Rindu Raya Dulu Dulu
Hai, assalamualaikum semua. ^_^.
Sedihnya, Ramadhan tahun ini (2013) bakal melabuhkan tirai. Rasa cepat gila masa berlalu. Paling sedih, aku rasa aku tak manfaatkan sangat Ramadhan tahun ni. Owh, ruginya!!! Rugi! Semoga aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. Esok (7.8.2013 hari khamis) hari last ramadhan untuk tahun ni, and lusa para umat Islam akan menyambut Aidilfitri.
Bila duk pikir pasal bab raya ni, teringat memori daun pisang sambut raya masa zaman sekolah dulu. Owh rindunya. T_T. Kenapa rindu? Sebab masa tu, memang terasa giler nak beraya. Mana taknya, beberapa hari sebelum balik cuti raya, aku and kawan-kawan yang lain duk bertukar kad raya. Ada yang pesan jangan baca lagi sebelum malam raya and ada yang bagi baca terus. Hehe. Best sangat tukar-tukar kad raya. Rindu saat itu! Sekarang ni masih ada lagi ke tradisi macam tu? Nope! Takdak. Kalau bagi pun, ada ke yang akan treasure kad raya tu? Aku masih lagi simpan semua kad-kad raya yang kawan-kawan aku bagi dulu tak kiralah aku rapat atau tak dengan dorang. Bagi aku, memori seperti itu amatlah berharga dan harus diingat sampai bila-bila. ^_^. Rasa sweet sangat masa tu. I miss those moments
Lagi satu, bila sampai malam raya jer, sure aku and family akan main mercun. Best giler lawan mercun dengan jiran. Kitorang pasang mercun yang ala-ala mercun yang main kat stadium tu. Yang bunga api tu. Haha. taw tak? Rasa happy sangat masa tu dapat tengok mercun and main bunga api. Bila cakap pasal mercun, teringat pula memori masa kecik-kecik dulu, aku suka tembak ayam dengan mercun aku. Suka tengok ayam melatah. Haha. Kelakar
Tapi, sekarang ni semua dah besar. Susah dah nak rasai semua tu lagi. Aku rindu nak tukar-tukar kad raya and main mercun. Aku rindu jugak suasana kemas rumah beramai-ramai dengan family. Happy giler! Sampai kalau boleh malam tu tak nak tido sebab happy sangat esok nak raya. Duk terbayang dah pasal berapa banyak duit aku akan dapat. Haha. Mata duitan betul! Tu dulu, tapi sekarang aku dah matured dah. Dah masuk U dah. Duit raya pun belum tentu dapat. Hehe. Sedih! Jeles tengok adik aku dapat duit raya. Aku pun nak jugak. Ngada-ngada kan? haha
Tapi tu la, semua tu dah tinggal kenangan dan kenangan itu sangatlah indah. Memori raya yang lepas akan aku simpan sampai bila-bila. Aku masih ingat lagi perasaan aku masa waktu tu. Gembira tak terkata. Hehe. Ok lah, tu je nak kongsi pasal kenangan raya aku dulu-dulu yang aku treasure sangat-sangat. Korang pun sure ada memori raya masing-masing kan? Share la, nak tahu jugak. Hehe.
Ok lah, mata dah ngantok, esok kena bangun sahur lagi. Moga Allah panjangkan umur ini untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. Amin. So, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jaga makan sikit taw!
Selamat hari raya ye buat korang semua yang sudi baca blog ini. ^_^. Trimas!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuastronaut.blogspot.com/2013/08/rindu-raya-dulu-dulu.html