Rindu Dia Apakan Daya
Rindu Dia, Apakan Dayaالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهHari ini 07 November 2018 bersamaan hari Jumaat, adalah tarikh pernikahan anak buah Etuza iaitu anak ke 3 kakak sulung Etuza. Lalu terfikir Etuza nak buat apa? Teringat nak klik-klik gambar, gambar tersebut antaranya boleh Etuza muat turun dalam blog kesayangan Etuza ini. Pasti tugas menggambar antara lain yang Etuza dapat buat selain menyambut tetamu yang datang dan melihat- lihat jika ada perkara lain yang boleh di lakukan dalam majlis.
Cuma, agak keliru sedikit kerana kakak bagitau Etuza mungkin mengacara nanti. Alamak ada tugasan lain pula ni.Etuza harap dalam majlis nikah ja Etuza mengacara, mengacara pun seketika ja di majlis Nikah anak buah ni. Mengacara dalam majlis kahwin esok yang Etuza di beritahu saudara Morinus @ Yunus. Nanti kami akan jumpa pagi esok.
Pagi-pagi yang agak mendung di daerah Etuza, membuat Etuza berfikir sejenak. Rupanya susah nak klik-klik gambar yang lebih menarik jika dia dah tak ada.
Etuza tak berapa suka guna phone samsung Etuza, sebab kabur dan tak jelas gambar, siapa melihat gambar dalam phone Etuza memang tak minat nak tengok, tak sharp gambar yang di ambil. Tau kenapa Etuza mengeluh pagi-pagi ni, ha kamera Canon Etuza ada kerosakan lah dua minggu lalu. Masalah not card, tak dapat baca kad memori, sebab itu bila kita klik tak ada imej dalam skrin kamera Etuza. Haduii... rindu sekali nak klik-klik, lama dah tak klik-klik gambar di laman. Apa kan daya kena hantar service lah di kedai kamera lepas ni.
Nampak tak no card. Inilah Canon Etuza yang lama berkhidmat..apa kan daya dah tiba masa canon ada kerosakan..Rindui dengan dia ni..apa kan daya..Mungkin nak beli baru kot!! hehehe...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/12/rindu-dia-apakan-daya.html