Rimas Rimaslah Saya Igp Ulas Kes Liwat Terbaru


Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyuarakan rasa kurang enak berhubung dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka.
Kes berprofil tinggi ini merupakan yang kedua ketika PDRM di bawah teraju beliau. Kes pertama membabitkan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali.
“Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini.
“Ia membuang banyak masa. Tetapi oleh kerana satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.
Tuduhan liwat itu dibuat dalam akuan berkanun (SD) bertarikh 29 Jun lalu yang memperincikan hubungan seksual seorang lelaki dengan ahli politik itu di beberapa hotel pada 2013.
Dia turut mendakwa bahawa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.
Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan lelaki itu juga dikatakan telah memfailkan satu laporan polis mendakwa berlaku manipulasi tetapi tidak dapat disahkan.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merekodkan kenyataan pesuruhjaya sumpah mengenai hal itu.
“Di mana pesuruhjaya (sumpah) afidavit itu dibuat telah diambil kenyataan,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan pihak polis sedang merekod kenyataan daripada lelaki yang membuat SD itu.
Malaysiakini sudah menghubungi Pesuruhjaya Sumpah yang bertanggungjawab terhadap SD, yang mengesahkan bahawa SD berkenaan telah difailkan dan ditandatangani di hadapannya.
“Ya, SD dibuat oleh orang yang menandatangani dokumen itu,” katanya dalam pesanan teks.
Malaysiakini juga menghubungi pengadu. Dia mengesahkan bahawa laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lebih lanjut.
“Saya sangat tertekan. Kes ini dalam siasatan polis. Biarkan PDRM (polis) menjalankan tugas mereka,” katanya.
Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.
SD itu pertama kali diterbitkan di blog Malaysia Today pada hujung minggu.
Pada bulan Januari tahun ini, Hamid memaklumkan kes video melibatkan Azmin, yang ketika itu timbalan presiden PKR, masih terbuka.
Ini walaupun Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan perkara tersebut dengan alasan resolusi video itu terlalu rendah sehingga identiti mereka yang terlibat tidak dapat dipastikan.
Pada masa itu, kemunculan video itu dikaitkan dengan perebutan kuasa dalam PKR antara Presidennya, Anwar Ibrahim dan Azmin.
Selain tuduhan liwat, polis juga terpaksa menangani tuduhan Anwar melakukan serangan seksual.
Pada 14 Januari tahun ini, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada tuduhan yang akan dikenakan terhadap Anwar kerana kekurangan bukti. FMT
The post Rimas, rimaslah saya – IGP ulas kes liwat terbaru appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/18/rimas-rimaslah-saya-igp-ulas-kes-liwat-terbaru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Sd Liwat Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan

Kes Sd Liwat Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah memanggil seorang lelaki bagi memberikan keterangan hari ini berkaitan pendedahan yang mendakwa dirinya dibayar oleh seorang ahli politik untuk melakukan perbuatan liwat Ketua Polis Negara Tan Sri Ab...
Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut

Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 447 hits
Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut Asri Janggut yang mencetuskan kegemparan dengan pendedahan mengenai kegiatan penjualan rokok seludup dan pusat perjudian tanpa lesen baru baru ini pernah ditawarkan tapak gerai sementara Menurut Timbalan ...
Hiburan Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

Hiburan Imam Muda Syed Faris Enggan Ulas Kes Isteri Muda Kasari Nur Hidayu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 487 hits
Dilihat enggan mengulas mengenai semua dakwaan bekas isteri Nur Hidayu pendakwah bebas Imam Muda Syed Faris akui andai beliau bersuara tindakannya itu akan mengeruhkan lagi keadaan Malah tidak menolak perkara itu juga mampu memberi kesan ke...
Kes Adib Hamzah Patut Ulas Keputusan Koroner Bukan Syor Inkues Lain

Kes Adib Hamzah Patut Ulas Keputusan Koroner Bukan Syor Inkues Lain

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 617 hits
BANGI 16 Zulhijjah 1441H Khamis Penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim di Parlimen baru baru ini tidak dapat diterima Pengerusi Persatuan Peguam P...
Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

Dua Kes Baharu Covid 19 Di Selangor Empat Hari Berturut Kurang Lima Kes

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 427 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Bilangan kes aktif di Selangor kekal kurang lima kes dalam tempoh empat hari berturut turut Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata dua kes baharu membabitkan kes import hari ini menjadikan empat kes aktif dire...
Covid 19 25 Kes Baru Hari Ini

Covid 19 25 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 644 hits
PERINCIAN KES BAHARU PERLIS 10 10 kes jangkitan tempatan WN saringan kontak rapat kes PUI Sivagangga KEDAH 1 1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI Sivagangga PUALU PINANG 1 1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI Sivagan...
Covid 19 Indonesia Rekod 2 473 Kes Baharu 72 Kematian Dalam 24 Jam

Covid 19 Indonesia Rekod 2 473 Kes Baharu 72 Kematian Dalam 24 Jam

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 408 hits
JAKARTA 7 OGOS Indonesia mencatatkan 2 473 kes positif baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini meningkat kepada 121 226 kes Berdasarkan data yang disiarkan di laman ...
Covid 19 12 Daripada 16 Kes Penularan Tempatan Babit Kluster Pui Sivagangga

Covid 19 12 Daripada 16 Kes Penularan Tempatan Babit Kluster Pui Sivagangga

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 556 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Sebanyak 25 kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini dengan 16 merupakan penularan tempatan kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12 kes jangkitan dalam negara berkait kluster PUI Sivagangga den...
Tular Pula Mesej Pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah Ini Penjelasan Dari Polis Berhubungkait Dengan Kes Tersebut

Tular Pula Mesej Pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah Ini Penjelasan Dari Polis Berhubungkait Dengan Kes Tersebut

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 643 hits
KEPALA BATAS Polis mengesahkan mesej yang tular melalui aplikasi Whatsapp bahawa seorang pekerja Restoran Nasi Kandar Subaidah di Jalan Chain Ferry Butterworth positif wabak koronavirus adalah palsu
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Cara Cek Saman Polis Guna Sso Pdrm

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buffet Ramadhan Johor Bahru 2026

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2025 Sedekad Menginspirasikan Usahawan Muda

Nasi Goreng Daging Untuk Jamuan Kelas Ucid

Seo Tools Percuma Bahasa Melayu Jana Meta Title Keyword Ai

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa