Rihanna Oksana Sah Bercerai Talak Tiga
Rihana Oksana Menangis Terharu Terima Sokongan Rakyat Malaysia
Spekulasi mengenai khabar berita perceraian wanita Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V akhirnya terjawab apabila peguam kepada Sultan Kelantan itu telah mengesahkan bahawa pasangan ini telah bercerai dengan talak tiga.
Sah Cerai Talak Tiga Menerusi sebuah kenyataan media, firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP melalui peguamnya, Koh Tien Hua memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.
“Kami adalah peguam mewakili Sultan Muhammad V. Dimaklumkan Baginda bercerai talak tiga dengan Rihana Oksana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah
“Mahkamah Syariah Kelantan sudah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002
“Kami mewakili Sultan Muhammad V memohon privasi Baginda dihormati,”
Malah ratu cantik Moscow ini turut menyertakan sebuah kenyataan bagi menjawab segala spekulasi yang terjadi. Biarpun tidak mengulas panjang mengenai perihal perpisahan tersebut, menurut Rihana dia berasa begitu terharu dan bersyukur sehingga mengalirkan air mata apabila menerima begitu banyak mesej yang baik daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelusuk dunia
“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua”Tambahnya lagi dia berasa bangga apabila darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya dan sanggup lakukan apa sahaja bagi membesarkan Tengku Leon. Jelasnya lagi dengan setelah apa yang terjadi, itu sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi mengenai kisah kehidupannya kepada umum
Menangis Terharu Dalam perkembangan lain, sebentar tadi Rihana turut memuat naik sebuah posting terbaharu memperlihatkan diri dan anaknya yang dikenali sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Menangis Terharu Dalam perkembangan lain, sebentar tadi Rihana turut memuat naik sebuah posting terbaharu memperlihatkan diri dan anaknya yang dikenali sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/rihanna-oksana-sah-bercerai-talak-tiga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29