Rezeki Tanam Pisang Awak Belakang Rumah
Ini kali kedua pokok pisang yang ditanam ditepi dan belakang rumah berbuah. Tak perasan, rupanya pisang dah masak. Tanah rumah semi D tak besar pun, hanya sekangkang kera je. Boleh la sekadar untuk menanam sayur kangkung, cili dan ulam-ulaman seperti ulam raja dan pegaga. Pokok lain macam serai, kunyit, lengkuas, daun kari, daun limau purut tu antara tanaman yang awal-awal lagi masa beli rumah dah tanam. Kalau time nak masak untuk makan tengahari, daripada bersusah payah pergi supermarket, boleh petik je dekat belakang rumah
Sebenarnya, ada banyak pokok pisang yang ditanam tepi rumah sebelum ni. Antaranya pisang serendah dan pisang nangka. Cuma tak kena dengan selera tekak ni, jadinya tebang dan kekalkan dengan pisang awak sahaja. Anak pokok pisang tu saya dapatkan dari kampung. Masa balik kampung sebelum PKP mak cadangkan ruang tanah yang ada kat rumah ni elok ditanam dengan pokok yang tak merimbun dan meninggi seperti pokok pisang ni.
Mujur sempat tengok pisang masak, kalau tak dah jadi rezeki burung.
Pada mulanya agak keberatan jugak untuk bawak balik anak pokok pisang tu dari Kelantan ke Johor. Bimbang kereta kotor dengan tanah..hahaha. Tapi memikirkan harga pisang seikat je dah cecah dalam RM6 hingga RM7, terpaksa jugak ambil dan letak dalam bonet. Alhamdulillah, dapat rasa pisang yang sendiri tanam secara percuma. Pernah satu masa empat tandan pisang awak ni masak secara serentak. Rezeki jiran-jiran sebelah. Boleh la dibuat pisang goreng, cekodok atau pengat.
Saya sebenarnya bercadang untuk besarkan dapur rumah pada bahagian belakang dan tepi rumah ni. Cuma sekarang ni tengah kumpul duit sikit-sikit. Lebih kurang dalam 50 ribu jugak kalau nak besarkan dapur tu. Anggaran je, mungkin lebih dengan harga barang naik sekarang ni. Sementara tunggu bajet mencukupi, boleh la berbakti pada tanah untuk dapat hasil. Yang terbaru ni ada pulak dalam tiga pokok pisang yang baru keluar jantung. Tunggu keluar buah dulu, baru cantas jantung pisang tu. Rebus jantung pisang cicah dengan air asam pun sedap jugak. Kalau rajin boleh la buat kerabu
Tempat favourite anak main bawah pokok pisang..jangan bawah pokok durian dah la..haha
Sebenarnya tanam pokok pisang ni banyak faedahnya. Daun pisang boleh buat bungkus nasi lemak. Aroma nasi lemak daun pisang ni wangi, membangkitkan selera untuk makan. Biasanya kalau waktu tengahari, pokok pisang ni menaungi kawasan dapur dengan pelepah pisang tu, menjadikan kawasan dapur rumah saya ni sejuk. Waktu hujan terasa tenang je mendengar bunyi air hujan jatuh atas pelepah pisang bertalu-talu. Masa inilah peluang saya bagi untuk anak merasai nikmat mandi hujan. Orang kata mandi hujan bagus untuk membersihkan dalaman diri dari sebarang penyakit dan gangguan jin
Bagi anak rasa mandi hujan..teringat zaman budak-budak masa kat kampung dulu.
Bagi saya, tak rugi jika kawasan rumah tu ditanam dengan pokok pisang ni. Sekurang-kurangnya ada juga hasil yang boleh dituai nanti. Buah yang boleh ditanam buat apa nak beli kan? hahaha. Lagipun hobi menanam pokok sekitar rumah ni boleh jugak dijadikan sebagai exercise untuk keluarkan peluh. Lagi seronok bila tengok pokok yang kita tanam tu membesar, bercambah dan berbuah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nicknashram.com/2021/09/rezeki-tanam-pisang-awak-belakang-rumah.html