Reunion Gegirl Semesti 50 And Fabulous
Reunion Gegirl SEMESTI | 50 And Fabulous! | Yes, you read it correctly I'm 50 now!
30 November 2024 tarikh bersejarah dapat bersua kembali dengan gegirls Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di, Chemor. Ramai daripadanya aku hanya jumpa bila habis SPM tahun 1991 dulu. Lama kan? 33 tahun dah.
Sebenarnya aku pernah join gathering/reunion sekali di Gombak dulu. Lama sangat dah masa anak-anak pun bersekolah rendah lagi. Selepas tu ada beberapa acara lagi di beberapa tempat tapi tak turut serta, ada je halangan takde rezeki berjumpa. Jadi reunion ini kali pertamalah yang aku ikut yang melibatkan perempuan je. Lagi best, bebas!
Seminggu dua sebelum hari kejadian dah gegak gempita dalam group telegram dan whatapps. Yang kelakarnya ada yang nak beli spenda hahahahahha... terus terkenang kat sepupu yang ingatkan kami jangan bawa spenda koyak, karang kastam airport selongkar beg malu! hahahahah.... Sebagai sesi mengenang masa dok asrama kami kena bawa pijama. Jenuh selongkar almari sebab aku tak nak beli online, sure ada masalah seluar ketat.
Di hari kejadian...
Aku dan Ina naik ETS dari Kuala Lumpur manakala Sue dari Sungai Buluh. Sepatutnya berempat tapi seorang tumbang kena influenza A. Bila sampai Stesen Keretapi Ipoh lahaulawalaa....sedihnya keadaan stesen tu bocor sana sini 😞. Kecewa sangat sebab bangunan klasik sebelum merdeka yang mula digunakan pada 1917, yang senirekanya diilhamkan oleh arkitek British, Arthur Benison Hubback, tak dijaga dengan baik. Sayangnya lahai.. Arkitek sama juga mereka Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Keretapi Ipoh merupakan gerbang menyambut kedatangan pelancong ke ibu negeri Perak kot... kenapalah tak dipulihara dan pelihara dengan baik?
Sesampai di Ipoh kami terus ke menziarahi bekas rakan sekelas yang diuji dengan masalah kesihatan. Ya Allah sedih tengok dia. Rezeki dan ujian masing-masing kan.. terkenang waktu mengusik dan tergelak sama sama 😢. Kami berdua dan beberapa belas orang lagi masuk ke SEMESTI masa form four. Yang seronoknya kami boleh berborak macam biasa walau dia agak lemah sebab batuk. Harapnya kawan sekelas dan satu dorm ni tabah dan sabar menghadapi ujian hidup. Aku nak ingatkan, kita yang tak berpencen ni, pastikan gaji yang ditolak untuk KWSP dan PERKESO (dalam english, SOCSO) benar benar dicarum. Kawan kami ni mendapat manfaat dari caruman berterusan dengan PERKESO. Caruman PERKESO sangat membantu dia dalam menjalani hidup sebab mak ayah dah tak ada, tinggal kakak yang ada keluarga sendiri sahaja, adik-beradik lain pun dan meninggal muda.
Seterusnya kami ke Dangau Indah Chalet lokasi yang AJK awesome pilih untuk perjumpaan kali ini. Menarik lokasinya, best juga kalau buat family day di sini
Bergambar di hadapan Stesen Keretapi Ipoh.
Reunion 3 Hari 2 Malam di ChemorYa Allah rindunya muka muka yang tak pernah berjumpa sejak habis sekolah dulu 😘. Kalau terjumpa pun ada lah seorang dua masa bekerja di Sha Ale. Itu pun zaman batu dulu, aku 1998 dah pindah Seremban keje kat Nilai. Sohehlah kecoh bila dah ramai ramai tu.. bercakap dengan orang tu pusing pulak menjawab soalan orang ni..hahahha...seronok
Selepas makan - banyaknya makanan - kami pun diberi goodie bag siap nama sendiri seorang satu yang di dalamnya ada Tupperware leper yang agak besar dan beberapa hadiah lain. Dapat juga beg kapas kosong untuk kami dapatkan autograf sesama sendiri. Nostalgia sungguh cara ni. Oleh sebab ini kali pertama aku join aku tak tahu ramai peserta lain juga bawa hadiah untuk dibahagi-bahagikan. Nampaknya mereka seronok sangat memberi. MasyaAllah semoga murah rezeki kawan-kawan yang memberi hadiah dan menyumbang tenaga. Macam-macam dapat, Chayok bagi Tupperware, Ayong dan siapa entah bagi sejadah kecil, Ayong tambah key-chain, East pun bagi key-chain, Alang bagi mug, jajan, tuala kecil, dapat shopping bag juga... eii padat dua beg bawa balik. Yang lucunya masa Yani bagi selimut Ikea, dah macam bagi bantuan mangsa banjir hahahaha... terima kasih kawan-kawan
Seronok betul terima cenderahati 😍
Kecoh betul acik acik ni 😁
Potong kek sempena dah 50 tahun. 50 tahun muda lagi, bersara pun 60.
Suka beg ni.
Masa kami ambil gambar berkumpulan hujan dah mula rintik. Lantaklah!
Ramai yang sambung makan ada yang mandi dalam kolam. Syok aih pompuan semua. Aku banyak mendengar
Ada kawan surat temuduga tawaran sambung degree ke luar negara disorokkan emak. Kesian sangat. Ramai juga kawan-kawan yang belajar di luar negara seperti US, UK, Australia, New Zealand dan Jepun. Aku dulu mak dah sesiap cakap, kalau ko dapat belajar kat Sarawak mak tak dapat hantar. Belum dapat surat dah sedih. Anak aku bila dia tanya boleh tak dia intern kat Langkawi? Aku kata pergilah
Yang tak disangka dulu Ita menetap di Nilai/Sepang sebelum dipindahkan ke Perak. Ayong biasa ke Seremban 2 berjual beli rumah. Kalau tahu boleh lepak mamak berborak. Yang ku tahu Syem di Nilai, Yazid dan Nasa di Seremban. Nasa tak kenal aku kot tapi pernah terjumpa dia di kenduri pakai kain pelekat, mesti rumah dia dekat rumah aku
Ada kawan yang jadi expatriate di negara orang.
Ada kawan di luar negara yang ditanggung suami ambil master walau jadi surirumah. Suaminya berpegang kepada pandangan when you teach a man, you teach a man. When you teach a woman, you teach a society
Ada dua doktor hadir. Rasanya daripada keseluruhan batch kami enam orang jadi doktor, ada juga jadi pharmacist and optometrist. Ada jadi pengarah di jabatan kerajaan. Boleh dikatakan hampir semua ada kerjaya bagus sepadan dengan pendidikan dan pengalaman (kecuali aku hikssss...)
Ada yang habis jodohnya. Ada yang berjodoh lagi
Ada yang beranak lagi di usia 48 tahun 😲
Kebanyakan anak sulung dan kedua kami dah kerja. Hebat-hebat anak kengkawan ada yang ke Jerman, Scotland, USA dan ramai masuk universiti tempatan
Sripatun nak kahwinkan anak bulan Januari, Aimi bulan Jun
Dalina baru dapat cucu
Ada yang dah mula ada masalah kesihatan
Ada kawan yang sakit menjaga dan menanggung kedua ibu bapa uzur dan adik sakit kanser. Beratnya ujian hidup dia. Oleh kerana dia pun tak kerja lagi, aku cadangkan dia sewakan satu atau dua bilik rumah dia di KL nun jadi dia tak payah bayar ansuran bank dah. Cuma dia kena selektif dalam mengambil penyewa
Yang sedihnya berbelas kawan satu batch kembali kepada Allah sebelum 48 tahun pun. Kelas aku je dua orang Awie dan Payu 😢😢
Nur Mizuari Al Azzam (Noomeck- meninggal accident)Asrul Faizi (lemas di ITM Dungun- kami empat orang satu batch berkongsi tarikh lahir)Mohd Ridzuan Ghazali (Payu)Meor Hairul Anuar (HARA)Norazman NordinAhmad Mahir (kerja di Australia tapi meninggal semasa bercuti di Malaysia)Haziman NasirMohd Asri HassanZawawi Jaafar (Awie)Dr NuriahHamzah ArbainAzmi HassaliSopi Sopian
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
لَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah ia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya dan jadikanlah surga sebagai tempat tinggalnya.
Ada pula seorang kawan lelaki yang kematian isteri tahun ni bertanya siapa yang ada anak perempuan? Ex-schoolmates: Kenapa?
Si polan : Aku nak jadi menantu
HAHAHAHAHAHAH.....siapa nak bermenantukan ko weh? hahahah...menantu sebaya pulak dengan mak mentua. Dia memang nakal dan lucu dari zaman sekolah.
Berpindah-Randah Berborak
Acara malam selepas dinner ialah kami bertukar-tukar hadiah yang bernilai tak kurang rm30. Syukur alhamdulillah dengan hadiah yang aku dapat. Apa apa hadiah pun aku gembira, yang penting dapat berkumpul dengan kengkawan lama.
Bertukar hadiah dapat ni. Terima kasih kepada pemberi. Semoga dilimpahi rezeki yang halal.
Disebabkan hujan lebat nak baring di rumput sambil tengok bintang-bintang di langit pun tak boleh, dari meja makan kami pindah ke bilik. Doute pula 'buka kedai' hahahah...kita tak pergi kedai kedai pula datang kat kite. Shopping
Sempatlah bersembang dengan June tentang masalah rumah sewa dia dan adiknya. Ini topik yang aku suka sebab tak pandai bab lain. Bersembang dengan Sue fasal emas sikit. Topik acik acik sangat kan? heheh..
Kami berkongsi empat orang sebilik, sebelum pergi memasing dah minta maaf kot kot ada ada yang tak boleh tidur dengar bunyian. Ala apa susah, tekap je dengan bantal. Aku tak terdengar apa pun pun bila perut kenyang badan letih mata mengantuk. Macam kena morfin, doktor kira 1 2 3 4 5 zZZzzZZzzzzz
Jika Ada Sumur Di Ladang...Hujan turun terus-menerus jadi semua aktiviti kami hanyalah di meja makan dan bergambar di depan pintu bilik. Dari bawah naik ke balkoni kemudian ke bilik sana pula. Untung ada kawan yang bawa anak-anak dara jadi merekalah yang tolong ambil gambar dengan t-shirt sedondon tempahan khas. Agaknya berdekah dia bila dah masuk kereta, gaya acik-acik sama je semua hehee.
Hujan..
Belum hilang kenyang sarapan pagi pukul satu kami makan tengahari pula. Semua AJK awesome yang uruskan. Kenyang giler
Untuk memudahkan kami yang di luar Ipoh, kami minta keluar selepas solat Zohor. Mujur tuan tanah baik hati izinkan sebab tak ada orang lain mendaftar masuk. Selepas bersalaman, bergambar dan tolak kereta Ita yang terlekat kat tanah kami pun bersurai 😭
Begitulah aturan hidup, berjumpa dan berpisah. Aku gembira dapat berjumpa ramai kawan-kawan sebaya satu sekolah seasrama. Semoga kita ketemu lagi di gathering tahun hadapan insyaAllah. Alhamdulillah atas segalanya
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2024/12/reunion-gegirl-semesti-50-and-fabulous.html