Restoren Sisik Ikan Bakar Kedai Makan Wajib Try Di Klang



Assalamualaikum peminat makanan..
Tahu tak area bandar Klang ada satu restoren sangat unik sebab menyediakan Masakan Melayu Asli selain tawaran menu makanan laut bakar & steamboat. Ha paling penting lokasi kedai sangat strategik, terkenal dan paling mudah nak jumpa iaitu betul-betul berhadapan pusat borong terbesar di Malaysia, Plaza GM Klang. Mesti anda semua familiar tempat ni kan. Nak tahu sila baca sampai habis..
Sisik Restoren Ikan Bakar Dahulunya lebih dikenali sebagai Resepi Warisan Tok sering menjadi buah mulut pencinta masakan melayu dan asam pedas. Tampil lain dari yang lain dengan sajian masakan melayu asli yang mengiurkan mulut terutama diri BBL sendiri seperti ikan bakar berempah, sotong bakar, kerang bakar, ikan masak stim, pari asam pedas, pepahat masak berlada, ketam masak cili, udang goreng berempah, udang masak petai & banyak lagi la. Jenuh nak list semua sebab banyak yang sedap. Semua ini boleh customize mengikut citarasa pelanggan yang datang. 


Hanya makanan laut segar dibawa terus ke ruang 'display' berhampiran dapur tukang masak. Kat sini korang boleh pilih jenis seafood apa nak makan dari pilihan ikan laut atau darat seperti siakap, bawal, jenahak, patin, talapia, pari, ketam, sotong, udang, kerang, pepahat, kupang, lala & termasuk ketam nipah yang masih hidup. Fuh fresh betul. Siapa mengidam nak makan Telur Ikan Mayong pun ada setiap hari tau.

ha pilih nak makan seafood apa..baru je tangkap tadi
Ada juga aneka ulaman kampung popular antaranya ulam raja, petai, daun pegaga, daum selom, timun, kacang, tomato, terung dan beberapa jenis lagi. Yang dah siap potong untuk buat masak sayur pun ada. Mana tahu nak campur dalam ikan masak sup ke.


Dah pilih seafood & cara masakan sama ada bakar, goreng, celup tepung, masak stim atau masak asam pedas, chef akan terus masak. Sambil tu boleh tengok staff Restoren Sisik Ikan Bakar menyediakan juadah anda. BBL sendiri kecur air liur tengok sotong bakar madu tengah panggang atas grill. Siapa ye boleh tahan tengok sotong dah siap masak lepas tu tuang air asam dan sambal. Terus ber'konsert' perut..hehe


Tak complete kalu air asam tak ada kan. Ha pilih nak cicah ikan bakar dengan air asam, budu, cili kicap & beberapa lagi choice. Baru ngam nak start makan.


Lauk Istimewa Buat Perut Lapar
Pengasas dan juga pemilik restoren difahamkan berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Tak hairan la banyak menu tempatan popular setiap tempat dalam Malaysia boleh anda nikmati. Jom kita tengok apa BBL makan dengan kawan-kawan. Mohon terliur ye..

Ikan Bakar Berempah
Ikan Siakap Masak Stim
yang ni lupa nama apa..yang penting sedap..
Sotong Bakar Madu - wajib order
Udang Goreng Berempah
Kupang Masak Berlada
 Tomyam Seafood
Pari Masak Asam Pedas
Asam Pedas
Sayur campur & Kailan Ikan Masin
Hot selling Restoren Sisik Ikan Bakar ialah Nasi Lemak Buluh Perindu, ianya nasi lemak yang dikukus dalam buluh yang perfect macth terbaik bagi hidangan ikan bakar. Salah satu sajian boleh anda cuba rasai sendiri jika datang ke sini. Rasa nasi lemak unik dan cukup menyelerakan makan bersama ikan bakar berempah yang tengah panas-panas lagi. 


Malah Restoren Sisik Ikan Bakar ada set steamboat tomyam. Complete dari ayam, seafood, cendawan, sayur-sayuran dan bebola ikan. Sup tomyam boleh tahan pedas sikit. Sebelum tunggu menu utama siap masak boleh alas perut makan steamboat. Betul tak geng?


Menu utama (8 pagi - 4.30 petang)
i. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap
ii. Pelbagai jenis lauk pauk tradisional Melayu Asli

Menu utama (5 petang - 12.30 tengahmalam)
i. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap
ii. Ikan Bakar : Ikan Bakar Tempoyak (pais) & Bakar Berempah
iii. Sotong Bakar Madu
iv. Daging Bakar

Nak senang order je set makan berjemaah siap percuma steamboat & grill lagi. Boleh la buat majlis makan besar, hari jadi, ulang tahun atau hujung bulan bawa ahli keluarga datang makan bersama. Boleh la si isteri berehat sekali sekala kan.


Waktu operasi8 pagi - 4.30 petang > Masakan Asli Melayu5 petang - 12.30 tengahmalam > Menu makanan laut seperti ikan bakar, sotong bakar, Nasi Lemak Buluh Perindu, Steamboat & sebagainya
Okay BBL pun dah kenyang ni, sekarang giliran anda datang ke sini nikmati apa juadah saya makan malam ni. Kalu sedap, viralkan ke whatsapp group supaya orang lain tahu Restoren Sisik Ikan Bakar memang padu!


Restoren Sisik Ikan Bakar (betul-betul depan Plaza GM Klang)No 32 Jalan Kasuarina 1/KS7 Bandar Botanic, 41200 Klang SelangorNak tempah boleh whatsapp teruswhatsapp.com/60192263004 atau whatsapp.com/60162240474Facebook : www.facebook.com/restoransisikInstagram : www.instagram.com/restoransisik 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/08/restoren-sisik-ikan-bakar-kedai-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Menu Makanan Laut Dan Tradisi Melayu Di Restoran Sisik Ikan Bakar

Aneka Menu Makanan Laut Dan Tradisi Melayu Di Restoran Sisik Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 910 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua Sejak berhijrah sementara di Selangor ni belum ada Zumal review kedai makan dan restoran kan Baru baru ni Zumal terima peluang untuk bersama rakan rakan blogger lain ke food review di sebua...
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1203 hits
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu Restoran Sisik cukup dikenali dengan masakan warisan yang menyajikan hidangan ikan bakar dan pelbagai makanan laut Kedudukan Restoran Sisik yang strategi ini selain terdapa...
Pais Telur Ikan Belukang Bakar

Pais Telur Ikan Belukang Bakar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 2589 hits
Resepi telur ikan Cara memasak pais ikan yang teramat sedap Resep pepes telur ikan Telur ikan belukang sebijik sama macam telur ikan mayong telur ikan jan telur ikan duri Cara masak tak boleh overcook sebab nanti telur jadi keras Kena masak...
Saman Perokok Di Kedai Makan Dan Restoran Bermula Hari Ini

Saman Perokok Di Kedai Makan Dan Restoran Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 472 hits
KEMENTERIAN Kesihatan mengingatkan perokok iaitu tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan di kedai makan dan restoran telah berakhir Julai semalam Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata selepas tempoh ini kementerian ak...
Kedai Makan Sedap Di Area Selangor Hawker Station

Kedai Makan Sedap Di Area Selangor Hawker Station

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 479 hits
Kedai Makan Sedap Di Area Selangor Hawker Station Salam Alhamdulillah rasa dah lepas mengidam nak cari kedai makan yang sedap sedap ni Uzu ni sejenis suka makan menu menu yang rare Haaaa uzu juga kalau ada kedai makan viral dengan menu yang...
Ngidam Makan Jagung Bakar Vincent Raditya Dan Istri Naik Helikopter Ke Puncak

Ngidam Makan Jagung Bakar Vincent Raditya Dan Istri Naik Helikopter Ke Puncak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 270 hits
Istri YouTuber Vincent Raditya Novita Condro sedang hamil anak kedua mereka Di momen kehamilannya ini Novita ngidam makan jagung bakar di Puncak pakai helikopter
Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 388 hits
Sebut pasal negeri Pulau Pinang semua orang tahu itu negeri yang terkenal dengan kelebihan dari segi makanannya yang sangat sedap Saya sebagai orang Pulau Pinang mungkin ada sedikit perasaan syok sendiri Siapa lagi nak banggakan dengan kele...
Rasa Macam Ikan Gambit Saifullah Kongsi Foto Makan Katak Dikecam Netizen

Rasa Macam Ikan Gambit Saifullah Kongsi Foto Makan Katak Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 530 hits
Perkongsian foto pelakon Gambit Saifullah memaparkan yang dirinya sedang makan kaki katak mengundang kecaman netizen di Instagram BACA Menurut Gambit rasa katak itu seolah olah seperti ikan dan ayam dan dia pertama kali mencuba makan haiwan...
Netizen Ibarat Ikan Belukang Makan Najis Namron Tegur Netizen Suka Jatuh Hukum Pada Artis

Netizen Ibarat Ikan Belukang Makan Najis Namron Tegur Netizen Suka Jatuh Hukum Pada Artis

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 812 hits
Hanya kerana dia memberikan pendapat dan mempertahankan aktor yang terpalit dengan kontroversi pukul bekas tunang serta menjalin hubungan songsang pelakon berbakat besar Namron pula menjadi mangsa kecaman netizen Tegas Namron dia berbuat de...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia