Resipi Bingka Ubi Lemak Berkrim Kalau Buat Enjoy Makan Satu Family


Waktu berpuasa ni, banyak betul rasa teringin nak makan macam-macam. Salah satunya kuih orang lama macam bengkang, kuih bakar atau bingka. Rasa lemak dan manis-manis manja kuih stail lama ni memang memikat selera. Baunya pula, kalau dibuat harum satu rumah!
Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.

Ikuti perkongsian resipi ini:
Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu
Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je
Resipi Lain: [Sedapnya Biskut Red Velvet Coklat Chip & Badam Cincang. Rangup, Cair Di Mulut!]
Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..
Bahan2 seperti di bawah:
4 cawan Ubi Kayu – disagat
2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S
1 cawan Gula Pasir
½ sudu kecil Garam
Sedikit Pewarna Kuning
Rugilah siapa tak cuba buat kuih sedap mcm ni..

Resipi Lain: [Resipi Cookies Ala Famous Amos, Krup Krap Rangup. Makan Sebalang Tak Perasan!]
1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat.
Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt
Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.

2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas.
Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha.
Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu..
Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.
Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..

3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..
Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.

4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan.
Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa.
Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala
Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.

5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik.
Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee

6. Masukkan pewarna kuning.
Ikut suka je nak letak banyak mana.
Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya.
Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.

7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur.
Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.
Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.

8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas.
Letak dekat rak paling bawah.
Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..

9. Bila dah masak, keluarkan dari oven.
Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam.
Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.

10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..

Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.
ALL THE BEST & SELAMAT BERPUASA!
The post Resipi Bingka Ubi, Lemak & Berkrim. Kalau Buat, Enjoy Makan Satu Family! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-bingka-ubi-lemak-berkrim-kalau-buat-enjoy-makan-satu-family/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Isi Ketam Resipi Padu Terasa Lemak Isi Ketam Makan Pun Bertambah

Nasi Goreng Isi Ketam Resipi Padu Terasa Lemak Isi Ketam Makan Pun Bertambah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 785 hits
Kebiasaanya nasi goreng ketam hanya menggunakan Fillet ketam dan bukanya isi ketam yang sebenar Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara penyediaan nasi goreng isi ketam yang sebenar Baca Bagi penggemar masakan cina muslim anda pasti pe...
Dah Boleh Buat Sendiri Resipi Ikea Meatball Cream Sauce Sama Macam Makan Di Ikea

Dah Boleh Buat Sendiri Resipi Ikea Meatball Cream Sauce Sama Macam Makan Di Ikea

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 478 hits
Meatball IKEA merupakan makanan favourite di restoren IKEA Sehingga ada yang pergi nak pergi ke IKEA semata makan meatball di restorennya dan bukan untuk membeli perabot rumah Bagi mereka yang pernah mencuba dan merasa pasti merindukan meat...
Resipi Roti Coklat Kismis Sedap Gebu Berlemak Anak Makan Tak Cukup Sebiji

Resipi Roti Coklat Kismis Sedap Gebu Berlemak Anak Makan Tak Cukup Sebiji

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 575 hits
Dalam tempoh PKP ni para ibu mempunyai banyak masa untuk mencuba pelbagai resipi roti yang menarik Jika anak anak anda sukakan roti coklat seperti yang dijual di pasaran bolehlah dibuat sendiri Resipi Chocolate Raisin Bun ini dikongsikan ol...
Resipi Cookies Ala Famous Amos Krup Krap Rangup Makan Sebalang Tak Perasan

Resipi Cookies Ala Famous Amos Krup Krap Rangup Makan Sebalang Tak Perasan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 488 hits
Walaupun untuk beraya di kampung tidak dibenarkan pada Aidilfitri tahun ini tidak semestinya ia menghalang kita untuk merasai kemeriahannya di rumah sendiri Para ibu semestinya sedang sibuk memuat kuih raya sekarang Untuk anda yang menggema...
Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap

Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 742 hits
Anak anak memang suka makan ayam goreng mama pula ada yang teringin nak makan nasi beriani Apa kata cuba resipi Nasi Beriani dari yang dikongsi menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni Mudah dan cepat nak buat Boleh jadikan menu buka puasa...
Resipi Biskut Pasir Rasa Lemak Cair Dalam Mulut Serius Sedap

Resipi Biskut Pasir Rasa Lemak Cair Dalam Mulut Serius Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 578 hits
Biarpun rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri usahlah bersedih Ia pengorbanan untuk kebaikan kita semua Namun begitu kita masih boleh beraya dengan meriah seperti biasa Bu...
Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup Tak Melekit Makan Pun Laju Je

Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup Tak Melekit Makan Pun Laju Je

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 363 hits
Sudah hampir dua minggu kita berpuasa Kebanyakan para ibu berpusu pusu mencari resipi kuih raya yang boleh dibuat Kalau boleh biarlah yang tidak menggunakan terlalu banyak bahan dan mudah untuk dibuat Antara kuih raya yang menjadi kegemaran...
Resipi Ayam Kicap Berempah Sedap Terangkat Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga

Resipi Ayam Kicap Berempah Sedap Terangkat Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 457 hits
Kadang kadang lauk seringkas ayam masak kicap jugalah yang membuatkan semua orang berselera waktu makan Rasa lemak kicap dan kelembutan isi ayam memang menggiurkan Boleh dikatakan semua orang sukakan hidangan ini Ayam masak kicap ada banyak...
Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Bingka Ubi

Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Bingka Ubi

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 608 hits
hi there amboi makin meriah Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Dia punya members sangatlah ramai Dan yang paling havoc semua member nak bagitau masakan mereka yang lain dari yang di expect Dan memang ada yang mencuit hati sis terhibu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk