Resepi Viral Kek Brownies Merry Azlina Ina Cara Buat Lengkap Berserta Gambar
Resepi Viral Kek Brownies Merry Azlina Ina | Cara Buat Lengkap Berserta Gambar | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yaa.. siapa tak kenal dengan cikgu azlina ina yang sangat famous amos dengan kebolehan, kemahiran dan kemurahan hati beliau berkongsi aneka resepi mudah dan cepat, sedap dan viral secara percuma sahaja. Free only woh. Banyak pula koleksi resipi yang diberi. Saya pun baru ter'serempak' tadi dengan page FB beliau yang followers udah 1 juta lebih pergh! Then scroll scroll nak ushar, maklumlah first time jejak sana kan hehe. Paling tertarik dengan satu post ni - resepi kek brownies merry merelit viral. Warna brownies dark chocolate + kedut berkilat terbentuk cantik dia tu fuh mengancam!
So i decided to share the recipe at here. Nampak macam mudah bila baca step by step, langkah by langkah cara membuat dia. Takdelah rumit mana. Siap baik hati beri sukatan cawan sekali untuk lebih faham.
Tapi masalahnya kat rumah ni takde oven hahahaha.
Takpelah, tepek sini dulu. Kot kot nanti ada rezeki try baking kat rumah kakak/abang nanti, dorang ada oven muehehe.
Resepi Viral Kek Brownies Merry Azlina Ina | Cara Buat Lengkap Berserta GambarDitulis oleh: Azlina Ina
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaAsalamualaikum anak-anak mak semua. Dengar kata semua anak-anak mak dah sombong ek taknak resepi free ek yeke? kita bagi satu malaysia pandai buat brownies pandai jual nanti cari duit sendiri mak suka korang berdikari.
Mesti ada anak mak yang nak belajar kan? Brownies merry merelit. Mak bagi step mai ramai-ramai semua.. Free ajer.
Resepi Kek Brownies Merry Merelit Kedut Viral oleh Azlina Ina
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaTudiaaa macam plastik dah ha :D
Korang ikut step baik-baik mesti jadi. tapi dari 3 tahun lepas korang memang ikut step ni step satu baca step dua share step 3 tido. tahun depan mak bagi lagi ulang lagi hurm hurmmm tu la anak-anak aku.
Ok jommm mak bagi dua dua sukatan gram dan cawan. jadi semua boleh buat takde alasan.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina ina375g dark compound beryls atau 1 bar setengah (dalam 1 kg ada 4 bar kan so guna 1 bar setengah).
150g butter (kat kertas butter tu ada senggat-senggat korang garis tang 150g potong).
Ok dua bahan ni cair kan. ikut la korang nak cair kan kat oven ke pengukus ke kalau bosan sangat lama duk dalam rumah ko pura-pura lah bawah bekas tu keluar pusing-pusing padang taman ko ke sampai cair haha. pon boleh.
Mentara tu, korang masukkan:- 3 biji telur- 200g gula perang (1 cawan minum kopi tu tapi bagi mak tak manis jangan risau. gula perang kan so ngam-ngam je manis dia).
Kacau sebati.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina ina6-7 biskut mery pecah kan.
Masa ni cari lesung tak jumpa haha susah sangat mak guna lutut je.
Eh jangan caye hahah masing-masing dah bayangkan tu. Mak guna tin susu pekat kikiki.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaOk coklat dengan butter tadi keluarkan panas-panas.
whisk kan supaya takde berketul.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaOk ni rupa telur tadi dah di whish sebab pengewhisk nya bekas coklat tadi jadi telur jadi gelap.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaMak kena bagitau ni risau ko tunggu telur tu gelap sampai magrib baru jadi brownies ko.
Dah tu masukkan coklat dicairkan tadi panas-panas ya ok kacau.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaLetak serbuk koko atau milo pun boleh 1 sb (sudu besar). Kacau sebati.
Mak pikir nape serbuk koko aku warna macam milo ni.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaOk sekarang masuk kan pulak 50g serbuk merry (1/2 cawan macam tu). ni merry yang kita dah hancur kan guna lutut tadi.
kacau rata jugak.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaLast masuk tepung self rising 80g dalam 3/4 cawan ye ok kacau sebati.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaDah siap loyang 8x8 korang lapik baking paper ek.
tuang adunan.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaIni penting baca baik-baik.
Panas kan oven jangan lama sekadar 1-2 minit cukup. kalau terlampau lama oven jadi panas brownies korang tak jadi kedut.
Lagi satu masak brownies jangan takut guna api slow walau masa dia 1 jam. lagi lama lagi brownies cantik berkilat. so takyah nak cepat cepat masak sangat. suhu wajib ulang wajib wajib wajib. Guna apinatas bawah no fan.
Bagi oven biasa yang panas dia normal 150 sahaja jangan lebih.
Bagi oven yang cepat panas 130-140 paham ya, guna rak no 2 dari bawah atau oven kecik 50 liter rak 1 dari bawah. ok dah paham ek hehe.
Masa 45 minit untuk suhu 150 tadi dan 55 minit - 1 jam bagi suhu 130-140 tadi.
Ok mak dah bagi sangat jelas ni sape tak jelas lagi pegi mandi bunga.
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaDah siap!
Mak doakan korang semua berjaya buat bukan berjaya save resepi je. dan pandai jual dan pandai cari rezeki dengan duit sendiri amin ya rabb ~
resepi viral kek brownies merry kedut azlina inaCredit: Page Facebook Azlina Ina Fans
Selamat mencuba!
Till next time, daa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2020/06/resepi-viral-kek-brownies-merry-azlina-ina.html