Resepi Suhun Goreng Viral
Resepi Suhun Goreng Viral. Sana sini orang upload gambar suhun goreng yang dikatakan lebih berkhasiat dan mudah dimasak berbanding mee siam goreng. Ada yang kata dengan makan suhun boleh turun berat badan dengan cepat bagi mereka yang sedang berdiet. Ada juga yang menyediakan menu suhun untuk isteri dalam pantang, yang katanya berjaya turun 7 kg ketika tempoh berpantang. Macam memberangsangkan kan? Berkobar-kobar eden nak cuba resepi suhun goreng viral ini
Bahan-bahan:
5 bungkus suhun saiz kecil - rendam 1/2 jam3 biji telur - goreng dan buat telur hancur1 biji bawang besar - hiris2 ulas bawang putih - hiris5 tangkai cili padi - hiris2 sudu makan cili sosKicap lemak manis secukupnyaGaram secukupnyaHirisan kentang / lobak merah2 tangkai sawi - potong kasar
Cara penyediaan suhun goreng viral
1. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan kicap lemak manis dan cili sos serta kacau rata.
2. Masukkan suhun yang telah direndam tadi. Kacau rata. Masukkan daun sawi hingga sedikit layu. Perisakan dengan garam
3. Matikan api. Barulah masukkan telur hancur
Dan kacau lagi. Waktu ini suhun dah mudah sikit di gaul. Gaul rata sehingga semua bahan bercampur
4. Siap untuk dihidangkan
Korang dah buat ke? Cuba buat dan rasakan keenakannya. Yang buat saya syok makan adalah suhun tu sendiri yang teramat lembut. Tak risau dapat mee yang keras.. hehe. Saya masak guna cili padi dan suka lebih pedas. Jika korang nak guna cili kering @ cili boh pun boleh. Ikut kesukaan masing-masing
Tapi disebabkan suhun akan mengecut bila digoreng, jadi bergumpal.. akan leceh sikit bila nak masak banyak-banyak macam satu kuali besar. Macam tak cukup pulak walau habis beberapa bungkus suhun.. haha
Nak masak banyak kena sabar sikit tapi okay je.. harga suhun tak la mahal.
Selamat mencuba ya 😍👌
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2023/02/resepi-suhun-goreng-viral.html