Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Kukus Hanya 6 Bahan Sukatan Cawan


Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Kukus Hanya 6 Bahan Sukatan Cawan | Salam semua, mesti ramai yang resah gelisah kalau nampak roti yang tak sempat nak habiskan. Banyak resepi yang boleh dibuat dengan roti putih selain dari makan saja dan sapu jem kan. Tapi nak fikirkan idea tu bukan senang. Kalau macam sis, nak buat resepi yang melibatkan roti, tak nak yang renyah sangat. Kalau boleh resepi yang mudah nak buat. Terlintas nak buat resepi puding roti karamel mudah. Biasanya kita dengar nak buat puding roti karamel  mesti kena kukus kan. Ok, yang sis buat ini tak payah kukus, hanya bakar dalam oven saja. 



Kalau kalian nak kukus pun boleh juga kalau rajin. Sebab sis malas nak keluarkan kukusan itu yang ambil keputusan nak bakar. Nak bakar pun ada kaedahnya sebab kena cara bakar secara steam bath. Istilah lain adalah bakar kukus dalam oven. Resepi tak guna bahan banyak hanya 6 bahan saja. Lagipun resepi ini ikut sukatan cawan.

Resepi ini boleh untuk hidangan 5 orang makan. Loyang pun guna yang 8".
Cara Nak Kukus Puding Roti Karamel
1. Sediakan periuk kukusan letakkan air dan biarkan air sampai mendidih.

2. Pastikan tutup loyang dengan kertas timah atas permukaan untuk elakkan air menitis. Atau boleh balutkan tudung kukusan dengan kain.

3. Kemudian, letakkan loyang dan kukus hingga masak ikut masa yang ditetapkan.
Apa Itu Kaedah Steam Bath  ? 

1. Kaedah steam bath ataupun dikenali juga sebagai Bain Marie adalah kaedah memasak secara stim. 
2. Bila buat kaedah steam bath, ia bertindak sebagai pelindung aliran terus haba dari oven. 
3. Caranya, loyang yang berisi adunan dimasukkan ke dalam loyang lain yang berisi air panas. 
4. Dengan kaedah ini, paling utama adalah untuk elakkan adunan dari cepat hangus. 
Disebabkan ini resepi puding dan tak nak bagi cepat hangus, kena buat kaedah steam bath. Contoh gambar di atas. Gambar pinjam dari Mr Google. 

Untuk karamel, sis suka lagi gelap sebab nampak cantik bila dah telangkupkan macam gambar yang paling atas. Kalau kalian suka karamel yang lagi gelap, kena hanguskan lagi lama.

Gambar di bawah karamel sedang mengeras selepas baru saja angkat dari api.

Untuk video langkah demi langkah, kalian boleh tonton video di bawah. 



Resepi Puding Roti Karamel 6 Bahan Sukatan Cawan Tanpa Kukus 
Bahan untuk karamel 6 sudu besar gula pasir 
Bahan untuk puding 5 keping roti 3/4 cawan susu pekat 1 1/2 cawan susu cair 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanila
Cara - Cara 1. Guna loyang 8", masukkan gula pasir. Di dalam kuali, panaskan gula pada api yang perlahan sehingga menjadi keperangan.2. Masa tengah cairkan sambil pusingkan loyang biar karamel rata menutupi ke semua bahagian dalam.3. Kemudian, kisarkan semua bahan-bahan puding ke dalam mesin pengisar.
4. Masukkan ke dalam loyang karamel tadi.5. Sediakan loyang yang besar dari loyang puding. 6. Masukkan loyang puding ke dalam loyang yang besar. 7. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan. 8. Tuangkan air mendidih ke dalam loyang besar dengan hati - hati sampai tenggelam loyang puding. 9. Bakar pada suhu 150 C dalam masa 40 minit atau  hingga permukaan atas puding nampak keperangan. 10. Setelah masak, biarkan hingga sejuk sepenuhnya. Kalau nak sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu. 11. Sisipkan pisau sekeliling loyang, sediakan pinggan baru telangkupkan ke atas pinggan. 12. Potong dan sedia untuk dihidangkan. 
Nota : 1. Jika nak kukus,kukus selama 20 minit atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Selamat mencuba resepi puding roti karamel yang mudah ini. 
Baca Juga : 
1. 30 Resepi Kuih Tradisional Mudah Untuk Berbuka Puasa
2. Resepi Apam Gula Hangus Mudah Sukatan Cawan
3. Resepi Puding Trifle Mudah Dan Sedap



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/02/resepi-puding-roti-karamel-tanpa-kukus-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 608 hits
Resepi Ayam Kukus Sedap Sesuai Untuk Menu Makanan Sihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Kita makin hampir ke penghujung PKP 2 0 adakah ianya akan disambung lagi Sama samalah kita nantikan keputusan dari yang berkuasa Kes nampaknya...
Tak Payah Berat Roti Butter Meletop 3 Bahan Ni Pun Dah Buat Anak Kenyang

Tak Payah Berat Roti Butter Meletop 3 Bahan Ni Pun Dah Buat Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 478 hits
Cuti hujung minggu macam ni ada waktunya anak mula kelaparan di petang hari Tak perlu sediakan menu berat roti dengan butter dan kaya sudah cukup buat anak kekenyangan asalkan pandai berkreatif Sarapan ringkas pun amat sesuai Mudah Resipi d...
Resepi Sushi Roti Tawar Mudah Sangat Cara Penyediannya

Resepi Sushi Roti Tawar Mudah Sangat Cara Penyediannya

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 474 hits
RESEPI SUSHI ROTI TAWAR MUDAH SANGAT CARA PENYEDIANNYADah puas menu yang sama setiap hari Hari ini kita cuba sedikit kelainanBahan yang kamu perlukan
Guna 3 Bahan Je Ini Resipi Roti Ala Kopitiam Super Lazat Tak Guna Banyak Bahan

Guna 3 Bahan Je Ini Resipi Roti Ala Kopitiam Super Lazat Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 307 hits
Roti 3 bahan ni memang sangat mudah dihasilkan Enak dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas sebagai sajian minum petang Malah ia juga sangat sesuai dihidang ketika sarapan Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ni Hanya perlukan tig...
Inti Kaya Penuh Sapuan Mentega Tebal Roti Bakar Pkp Ala Ala Old Town 3 Bahan Ni Memang Power

Inti Kaya Penuh Sapuan Mentega Tebal Roti Bakar Pkp Ala Ala Old Town 3 Bahan Ni Memang Power

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 309 hits
Menikmati roti bakar dengan mentega dan kaya tanpa teknik yang betul sajian roti jadi tak umphh Roti bertambah kebabom rasanya bila disatukan dengan tiga bahan padu iaitu mentega dan kaya yang sedap Resipi tiga bahan ala ala roti bakar Old ...
Anak Alergik Telur Buatkan Puding Karamel Tanpa Telur Ni Paling Senang

Anak Alergik Telur Buatkan Puding Karamel Tanpa Telur Ni Paling Senang

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 320 hits
Puding Karamel Tanpa Telur yang satu ini paling sesuai untuk yang alergik telur atau tak suka rasa hanyir telur dalam puding Paling menarik caranya cukup mudah malah tak perlu dikukus seperti biasa Menarik Jom cuba resipi ringkas yang dikon...
Puding Karamel Aiscream

Puding Karamel Aiscream

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 388 hits
Puding Karamel Aiscream By Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan150 ml Aiscream Vanilla1 sudu kecil Nescafe2 sudu besar Milo100 ml Whipping Cream 50 ml Jus Oren100 ml air panas3 biji telur1 biji kuning telur1 sudu kecil esen vanilaKaramel 3 ...
Umt Inovasikan Roti Lebah Bahan Utama Bar Tenaga

Umt Inovasikan Roti Lebah Bahan Utama Bar Tenaga

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 230 hits
HARAKAH DAILY KUALA NERUS Roti lebah daripada lebah kelulut yang sering kali dibuang kini diinovasikan menjadi bahan utama dalam penghasilan bar tenaga segera melalui hasil kajian seorang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu Produk Bee...
Petua Buang Angin Hanya Guna 3 Bahan Legakan Sakit Kepala Lenguh Badan

Petua Buang Angin Hanya Guna 3 Bahan Legakan Sakit Kepala Lenguh Badan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 620 hits
Apabila semakin menginjak usia badan tak cukup rehat pemakanan tak dijaga pastinya kita akan rasa cepat letih sering sakit kepala dan badan berangin Bila semua ini datang secara serentak fokus untuk bekerja dan menguruskan keperluan keluarg...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025