Resepi Lemang Buluh Turun Temurun Dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak


Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 23 Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia. Aktiviti membakar lemang dikatakan membantu dalam mengeratkan tali persaudaraan sesama manusia. Ini kerana resepi lemang bukanlah makanan biasa yang mudah dimasak kerana ia memerlukan teknik dan cara yang tepat. Lemang adalah sangat enak dimakan bersama kuah rendang. Selain makanan tradisi masyarakat Melayu untuk Hari Raya Aidilfitri, dan AidilAdha, ia juga sering dimasak ketika perayaan seperti Hari Gawai. Artikel kali ini akan menerangkan resepi lemang buluh turun temurun dan tips untuk elak membeli lemang yang mentah dan basi.
Sejarah Lemang Buluh Lemang di Malaysia dipercayai berasal daripada orang asli Malaysia yang menggunakan lemang sebagai makanan utama mereka. Ianya dikatakan berasal dari orang asli di Kelantan yang dipanggil orang asli Negrito. Orang asli Negrito atau dikenali juga sebagai Orang Semang merupakan penduduk yang terawal di Kepulauan Melayu. Kini, lemang buluh boleh didapati di seluruh Malaysia dan dipercayai sudah menjadi makanan utama sejak 1864 lagi.
Resepi Lemang Buluh Turun Temurun Resepi lemang buluh turun temurun ini adalah lemang warisan ibunda Dayang Aminah. Cara penyediaan lemang buluh ini menghasilkan lemang yang sangat enak dan lazat untuk juadah hari raya Aidilfitri.
Penyediaan dan Pemilihan Buluh Pilih buluh muda jenis telur atau yang nipis dengan saiz ruasnya tidak terlalu besar dan panjang Pilih buluh yang panjang ruasnya tidak lebih 2 kaki atau sekitar 18 inci. Cuci buluh yang sudah siap dipotong mengikut ruas di bahagian dalam dan luar. Susun terbalik untuk dikeringkan. Potong daun pisang muda iaitu pucuk pisang yang masih bergulung paling baik mengikut panjang ruas buluh (lebihkan 3 inci), kepit dengan pelepah pisang yang dibelah, gulung sebesar buluh dan masukkan ke dalam buluh. Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 24 Kredit: FB Khaidir Ahmad
Penyediaan Beras Pulut Satu gantang beras pulut adalah bersamaan 3.6 kilogram untuk lebih kurang 12 hingga 15 ruas buluh lemang Basuh dan rendam beras pulut selama 2 jam dan kemudian “ditus” atau keringkan dalam penapis. Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 25 Penyediaan Santan Kelapa Sukatan santan kelapa adalah 4 biji kelapa atau 1.5 kilo santan segar untuk satu gantang beras pulut. Masukkan garam sesedap rasa dan satu sudu teh gula. Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 26 Kredit: FB Khaidir Ahmad
Cara Membuat dan Membakar Lemang Beras pulut dimasukkan ke dalam buluh yang sudah siap berlapik daun pisang menggunakan tangan atau sudu makan. Jangan isi sepenuh buluh, sebaliknya tinggalkan ruang kosong kira-kira 3 inci atau satu jari telunjuk dari bahagian atas buluh kerana beras pulut akan mengembang apabila dimasak. Tuang santan ke dalam buluh lemang sehingga paras satu inci di atas paras beras. Susun condong buluh lemang yang siap diisi di atas bata dan bakar menggunakan kayu api yang sudah berbara (Perhatian: Jangan bakar ketika kayu api sedang menyala seperti unggun api). Jarakkan lemang dengan bara api sekitar satu hingga dua kaki dan buluh lemang hendaklah dipusing menghadap arah bara api setiap 5 minit bagi memastikan lemang masak sekata. Biasanya lemang akan masak sepenuhnya dalam tempoh 2 jam menggunakan bara api. Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 27 Kredit: FB Khaidir Ahmad
Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 1.Elak gerai yang membakar lemang dengan kayu pallet
Kayu pallet ini biasanya tidak dimakan anai-anai kerana ia telah disembur dengan racun anai-anai. Bagi mengelakkan pembeli terkena racun anai-anai, elakkan beli lemang buluh daripada gerai yang membakar lemang dengan kayu ini.
Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 28 2. Cari gerai lemang yang ada banyak kayu api
Gerai lemang yang banyak kayu api menandakan pemilik gerai memang membakar lemang dengan betul, dan bukan menjual lemang yang dikukus dari tempat lain.
Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 29 3. Jangan memilih lemang yang terlalu besar atau terlalu kecil
Jika lemang terlalu besar, ada kemungkinan lemang tersebut susah nak masak dan masih separa mentah semasa anda membelinya. Jika lemang terlalu kecil pula, isinya mungkin terlalu garing, liat dan keras. Jadi, pilihlah lemang yang bersaiz sederhana.
4. Minta peniaga membelah lemang pada bahagian bawah sebelum membelinya
Kebiasaannya peniaga akan membelah lemang pada bahagian atas dan menunjukkan kepada pembeli. Bagaimanapun, untuk lebih berhati-hati, anda perlu menyuruh peniaga membelah lemang pada bahagian bawah terlebih dahulu, kerana jika bahagian bawah lemang telah masak, sudah tentu bahagian atas lemang juga masak. Jika tidak, anda mungkin akan terpilih lemang yang masak di atas, dan separa masak di bahagian bawah.
5. Perhatian bahagian kepala santan lemang
Bahagian kepala santan adalah bahagian atas di mana lemak dan santan berkumpul dan mendidih semasa dibakar. Pastikan anda beli lemang yang bahagian kepala santan sudah kering, masak dan tidak berbau, kerana anda boleh simpan lemang sehingga 1-2 hari sebelum ia membusuk. Cara ini juga memastikan lemang yang anda beli itu belum lagi basi.
Resepi Lemang Buluh Turun Temurun dan 5 Tips Elak Beli Lemang Tidak Cukup Masak 30 Soalan FAQs Berkenaan Resepi Lemang Buluh Bagaimana untuk mengenalpasti bahawa lemang sudah basi atau busuk? Lihat dan bau kepala santan lemang. Jika kepala santan lemang sudah berbau, lemang tersebut telah basi atau membusuk.
Apakah jenis buluh yang sesuai untuk masak lemang? Pilih buluh muda jenis telur atau yang nipis dengan saiz ruasnya tidak lebih 2 kaki atau sekitar 18 inci.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/lemang-buluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Candil Ubi Keledek Ungu Resepi Turun Temurun

Bubur Candil Ubi Keledek Ungu Resepi Turun Temurun

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 195 hits
Hari ini terjumpa satu resepi bubur kegemaran orangmuo Sejak orangmuo kanak kanak lagi arwah emak sering memasak bubur kegemaran orangmuo iaitu bubur candil ubi keledek ungu Apa lagi terus saja orangmuo salin resepi ini Terima kasih kepada ...
Beli Coklat Rm5 Tak Cukup Duit Cashier Hamil Dit Mbuk Pelanggan Wanita Dia Siap Ajak Settle Luar Kedai

Beli Coklat Rm5 Tak Cukup Duit Cashier Hamil Dit Mbuk Pelanggan Wanita Dia Siap Ajak Settle Luar Kedai

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 449 hits
Tular di media sosial hari ini mengenai satu video memaparkan seorang wanita yang sedang bekerja di sebuah pasaraya telah ditumbuk oleh pelanggan wanita di kaunter pembayaran Dalam video tersebut wanita berkenaan yang difahamkan sedang hami...
Himpunan Resepi Sambal Udang Petai 5 Tips Sambal Kurang Berminyak

Himpunan Resepi Sambal Udang Petai 5 Tips Sambal Kurang Berminyak

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 513 hits
Bagi mereka yang ingin menikmati ketika sahur terdapat beberapa menu ringkas dan mudah untuk disediakan Sambal udang petai goreng berlada adalah pilihan yang sangat sedap dengan udang dan petai digoreng rangup terlebih dahulu sebelum dicamp...
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Kacang Buncis

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 690 hits
RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA KACANG BUNCIS Assalamualaikum Juadah berbuka antara masak atau membeli Ada yang lebih berselera jika masak sendiri di rumah Dan ada pula yang memilih membeli di bazar dek kekangan waktu Semuanya ter...
Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple Dan Sedap Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan

Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple Dan Sedap Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 1011 hits
RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP MENU BERBUKA PUASA 6 RAMADAN Assalamualaikum Cik Rose rasa Ramadan kali ni Cik Rose lebih produktif di dapur Penant macam mana pun tetaplah ke dapur memasak juada berbuka untuk diri sendiri Beber...
Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 291 hits
Resepi ayam goreng berempah Dalam dunia masakan yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya terdapat sebuah hidangan yang telah memikat selera dan hati ramai orang iaitu Sebuah hidangan sederhana yang awalnya dimulakan oleh generasi terdah...
Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum Ada pencinta daging macam SA Meh SA nak share resepi dagjng masak hitam ni ye nanti bila2 boleh buat SA jumpa resepi ni kat FBHujung entry SA letak kredit ye SA memang nak cuba masak daging masak hitam ni tapi bukan hari ni ...
Tips Elak Kencing Malam

Tips Elak Kencing Malam

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 233 hits
Penat saya doktor Tiap tiap pagi saya jemur tilam Saya dah marah anak saya berkali kali Dia masih kencing malam Umur sudah 7 tahun pun masih basahkan tilam Sekarang pakai pampers adik dia setiap malam Kalau tidak mesti basah Bertenang Janga...
Beli Macam Macam Tapi Akhirnya Masuk Tong Sampah Cuba 4 Tips Strict Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

Beli Macam Macam Tapi Akhirnya Masuk Tong Sampah Cuba 4 Tips Strict Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 295 hits
Selain beribadah dan menambah pahala bazar Ramadan adalah antara yang dinanti nantikan oleh masyarakat kita apabila tibanya bulan yang mulia ini Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang pasti akan dibeli setiap kali berkunjung di bazar...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Cabut Gigi Tapi

Coelacanth Ikan Hidup Yang Menjadi Saksi Penciptaan

Microsoft Disaman Kerajaan Australia Tuduhan Menipu Halus Dalam Penggunaan Data Pengguna

Beego Ni Tak Faham Bahasa Jangan Sampai Saya Jadi Gila Linda Hashim

Uitm Lancar Nanosatelit Uitmsat 2 Ke Iss

Farhash Saman Rafizi Rm10 Juta Berhubung Video Di Media Sosial