Resepi Kuih Loyang Rangup Sukatan Cawan


Salam semua, kuih loyang ini adalah kuih tradisional yang digoreng dengan menggunakan acuan khas. 
Apa lagi orang panggil kuih ni selain kuih loyang adalah  kuih ros ataupun kuih sarang tebuan. 
Ke ada orang panggil kuih goyang ke biasa kalau kat Kelantan popular dengan nama  kuih sarang tebuan.
Tak pernah dengar orang panggil kuih loyang. Ini kali kedua buat kuih loyang ni. Kali pertama buat guna santan dan gula je. 
Yang versi kedua ni campur macam-macam rempah. Taklah too sweet sangat. Bau rempah-rempah sikit. 
Dah lama nak rasmi acuan kuih loyang yang mak beli masa singgah kat pasar payang, Terengganu sejak tahun lepas lagi


Kalau buat kuih loyang ni teringat dekat arwah nenek. Selalu setiap tahun masa nak raya memang dia selalu buat kuih loyang ni bagi dekat cucu-cucu. 
Lepas tu kirim balik kat kampung mak satu lagi. 
Masa zaman budak, selalu tengok arwah nenek goreng kuih loyang dekat dapur kayu luar rumah. Zaman sekarang susah dah nak tengok dapur kayu

Bukan senang rupanya ya asyik berdiri tepi dapur. 


Berbalik kepada resepi ini kuih loyang ni memang rangup ada bau rempah tak ada manis-manis sangat.  Boleh buat snack sambil-sambil tengok TV tapi apa yang penting untuk adunan
Tak boleh nak cair sangat atau pekat sangat. Kena sedang-sedang elok. Kuih loyang memang sambil letak dalam minyak tu sambil kena goyang. 
 Tapi sekiranya bila tengah goreng  rasa macam kuih tak nak lekang dari acuannya. 
Ambil lidi cucuk sikit-sikit kat tepi-tepi acuan tu sampai dia lekang sikit. Bila dia dah nampak nak lekang tu goyang-goyang sikit,  nanti dia akan tertanggal dari acuan. 
Untuk santan tu tak habiskan semua. Boleh 2 kali goreng bila letak dalam minyak. Nak ambil celup banyak kali takut acuan tu tak sempat panas . 
Resepi Kuih Loyang Pedas Atau Kuih Ros Rangup Sukatan Cawan  Bahan - Bahan : 
3 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan cili kisar (boleh lebihkan jika suka)
2 cawan santan (1 kotak santan + air )
2 biji telur
1 sudu besar jintan manis * ( guna serbuk jintan manis )
1 sudu besar jintan putih * (  guna serbuk jintan putih )
8 ulas bawang putih *
2 sudu besar udang kering *
1 sudu besar gula & garam secukup rasa

Cara-Cara : 
1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat
2. Satukan semua bahan dan kacau sebati (santan jangan masuk semua takut tercair )
3. Panaskan minyak rendam acuan kuih loyang ke dalam sehingga panas
4. Bila dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan hingga paras ketinggian ( jangan celup hingga habis)
5. Celup beberapa saat kemudian goyangkan perlahan hingga kuih tanggal dari acuan
6. Biar acuan terendam ke dalam minyak beberapa ketika barulah ulangi langkah seterusnya
Tips Untuk Menghasilkan Kuih Loyang Yang Sempurna Nak buat kuih loyang ni ada tips ya, bukan main goreng je. Sebab kuih ni guna acuan kena celup dalam minyak ni memang kena hati - hati sikit. 
1. Pilih acuan yang diperbuat daripada tembaga. Ianya ada dijual di sesetengah tempat. Ada yang dah campur dan ini jadikan kuih goyang melekat tak turun-turun.

2. Sediakan 2 kuali/periuk. Satu kuali dengan minyak gorengan , satu periuk dengan sedikit minyak untuk rendam acuan

3. Pastikan celup dulu acuan kuih loyang ke dalam minyak yang panas dalam periuk sebelum dicelup dalam adunan kuih ros. 
Ini bagi hasilkan bentuk yang cantik dan mudahkan kuih dikeluarkan daripada acuan.

4. Lepas kuih loyang dah tercabut dari acuan, rendam semula 1-2 minit dalam periuk kecil bagi panaskan acuan tersebut.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2012/02/savoury-kuih-loyang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Koktail Kastard

Resepi Koktail Kastard

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 124 hits
KOKTAIL KASTARDBAHAN BAHAN 1 tin buah buahan koktail campuran1 tin nata de coco1 tin nenas kiubceri merah dibelah dua agar agar merah UNTUK KUAH KASTARD 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung kastard 6 sudu besar gula 2 sudu kecil esen vanilla...
Resepi Kacang Pool

Resepi Kacang Pool

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 317 hits
RESEPI KACANG POOLBahan bahan 1 1 tin kacang pool Tos kemudian ramas ramas jadi halus dan penyek 2 1 tin kecil kacang panggang 3 200 gm daging lembu kisar Nak guna daging kambing pun boleh 4 10 biji Bawang merah dikisar halus 5 4 biji Bawan...
Resepi Ayam Menangis

Resepi Ayam Menangis

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 193 hits
RESEPI AYAM MENANGISBahan untuk Perapan Daging Ayam Daging Ayam 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat1 sudu besar perasa4 sudu besar sos tiram3 sudu besar sos ikan3 sudu besar kicap manis2 sudu besar palm ...
Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 162 hits
PUDING KARAMELBAHAN BAHAN Bahan gula karamel 60gm gula1 sudu makan airBahan puding 4 biji telur saiz A500mg susu segar70gm gulaSedikit esen vanila CARA MEMBUAT Masukkan gula dam loyang pembakar dan letakkan di atas api kecil Biarkan gula me...
Udang Goreng Cili Thai Resepi Mudah Pedas Dan Sedap

Udang Goreng Cili Thai Resepi Mudah Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 359 hits
Kalau dah bosan dengan sambal atau kari udang apa kata korang try resepi Udang Goreng Cili Ala Thai ini Resepi ini memang wajib cuba kalau korang penggemar makanan Thai Rasanya memang padu gabungan pedas masam dan manis yang sangat memikat ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain