Resepi Danmuji Yellow Pickled Radish
Resepi Danmuji, Yellow Pickled Radish Aku mula minat makan Danmuji selepas keluar makan bersama rakan sepejabat sewaktu aku masih bekerja dahulu.
Peminat makanan Korea dan Kdrama mesti kenal Danmuji. Kalau makan di restoran Korean mesti akan dihidang dengan Danmuji takpun Kimchi yang sesuai dimakan bersama Jajjangmyeon dan Tteokbokki.
Kiranya Danmuji dianggap sebagai ‘side dish’ kepada hidangan utama. Oh, Danmuji atau nama lain dia Takuan ialah jeruk lobak putih.
Danmuji (단무지) secara jeneralnya bermaksud acar lobak manis, berasal dari Jepun dan telah menjadi makanan tradisional orang Korea Selatan dan juga dikenali dengan warna kuning cerah.
Ini adalah ramuan yang penting untuk penghasilan kimbap (김밥; roti gulung dibungkus rumput laut), dan iringan yang sama pentingnya untuk jajangmyeon (짜장면; mi dengan sos kacang hitam).
Rasanya yang manis, tajam, cerah serta gigitan segar yang disajikan telah menjadikan danmuji sebagai lauk kegemaran di tempat bunsik (snek) di Korea. Sumber: Masisso
Resepi Danmuji, Yellow Pickled Radish Buat Sendiri Lagi Puas HatiJadi kali ini aku nak kongsikan resepi Danmuji yang mudah sangat nak buat. Boleh tahan sehingga 1 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
Danmuji kalau letak dalam Kimbap Roll pun sedap.
Bahan-Bahan
Lobak putih 1 biji
Cuka Makan 300ml (Ada yang guna cuka sushi, cuka epal)
Air 400ml
Gula 1 cawan
Garam 1 sudu besar
Serbuk kunyit (aku guna pewarna kuning)
Lada hitam 15 biji
Daun bay 2 helai
Cara-Cara
1. Kupas lobak putih dan hiris bulat dan jangan terlalu nipis.
2. Rendam dengan air bersih selama 30 minit.
3. Panaskan cuka, air,garam, gula, serbuk kunyit, Lada hitam dan daun bay sehingga mendidih. Selepas tu boleh padamkan api.
4. Masukkan lobak putih yang sudah direndam dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.
Siap. Aku suka makan Danmuji dengan mi goreng dan nasi putih. Memang selera tekak Melayu.
Khasiat Lobak Putih Perlu Tahu1. Bagus untuk menghilangkan keputihan terutama ketika mengandung.
2. Membantu masalah kencing tak lawas.
3. Dipercayai dengan minum jus lobak putih secara konsisten dapat membantu menurunkan berat badan.
4. Lobak putih yang disagat kemudian dicampur dengan minyak zaitun dapat memutihkan kulit muka. Sapu ke muka dan kemudian bilas selepas 30 minit. Lakukan seminggu sekali sekurang-kurangnya.
5. Banyakkan susu ibu. Nasihat para ibu supaya makan sup lobak putih ketika berpantang meransang pengeluaran susu badan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/05/resepi-danmuji-yellow-pickled-radish.html