Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan, Perak, telah terpalit dalam lipatan sejarah pengangkutan di Malaysia kerana di kawasan inilah, sekumpulan gajah telah menyerang gerabak kereta api penumpang secara bertentangan.
Stesen kereta api pertama di Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping dengan Kuala Sepetang. Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, perkhidmatan kereta api sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada pihak komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar.
Rempuhan gajah yang mengakibatkan kemalangan keretapi. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.
Gerabak depan keretapi terkeluar dari landasan. Bangkai gajah di sebelah kanan di tepi rel. Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu laju iaitu antara 40 hingga 50 batu sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap pada zaman itu.
Bangkai gajah yang merempuh keretapi. Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan itu dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar daripada gerabak kereta api yang dirempuhnya. Penduduk setempat percaya, gajah jantan itu mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang mati dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.
Papan tanda untuk memperingati peristiwa rempuhan gajah itu. Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terkorban dalam kemalangan itu. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami kecederaan ringan.
Model keretapi yang dipamerkan di Muzium Negara ini dikatakan sama model dengan kereta api yang dirempuh gajah di Teluk Intan. Manakala model kereta api wap yang dirempuh gajah itu adalah sama seperti model kereta api yang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |