Remaja Cedera Parah Diserang Dan Ditetak


NIBONG TEBAL, 17 Nov (Bernama) – Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan, luka pada kepala dan badan selepas diserang serta ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Bukit Panchor, di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, remaja berusia 19 tahun berkenaan menghantar rakan lelakinya di Taman Bukit Panchor dan dia menunggang motosikal bersendirian pulang ke rumah di Taman Nibong Tebal Jaya sebelum dikejar dua motosikal.
“Mangsa melihat terdapat empat lelaki menaiki dua motosikal itu dan seorang daripadanya dikenali remaja tersebut, mereka bertindak mengejarnya hingga ke belakang deretan rumah kedai di Taman Bukit Panchor sebelum mangsa terjatuh dari motosikal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata remaja itu bertindak berlari ke arah kawasan perumahan Taman Bukit Panchor dan bersembunyi di belakang sebuah kereta yang diparkir di hadapan deretan rumah di situ, bagaimanapun empat lelaki berkenaan telah ternampak mangsa sebelum menyerang serta menetaknya.
Menurutnya, mereka menetak mangsa beberapa kali pada bahagian kepala, tangan dan belakang badan sebelum melarikan diri selepas penduduk di situ keluar melihat apa yang berlaku kerana bunyi bising.
Shafee berkata penduduk di situ menghubungi polis memaklumkan kejadian itu dan mangsa yang cedera parah serta berlumuran darah dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya kerana kritikal.
“Menurut doktor merawat remaja itu, mangsa patah pada tangan sebelah kanan, mengalami luka di atas kepala dan bahagian belakang badan serta menerima lima jahitan. Dia berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.
Katanya, mangsa memaklumkan tidak mengetahui motif sebenar dia diserang dan ditetak empat lelaki berkenaan malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan sesiapa.
Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan masih memburu tiga lagi rakannya yang dipercayai masih berada di sekitar daerah SPS.
“Lelaki berusia 20-an yang ditahan di Nibong Tebal itu kini direman untuk membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya.
Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/17/remaja-cedera-parah-diserang-dan-ditetak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Murid Sekolah Cedera Parah Diserang Anjing Liar

Dua Murid Sekolah Cedera Parah Diserang Anjing Liar

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 917 hits
Jumaat 15 November lalu seorang murid Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin Telok Kemang Port Dickson cedera digigit sekumpulan anjing Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata kejadian itu berlaku pada jam 2 20 ...
Balikpulau Al Fatihah 4 Hari Bertarung Nyawa Lelaki Cedera Parah Ditikam Rakan Sekerja Akhirnya Meninggal Dunia

Balikpulau Al Fatihah 4 Hari Bertarung Nyawa Lelaki Cedera Parah Ditikam Rakan Sekerja Akhirnya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 472 hits
Lelaki yang cedera parah ditikam rakan sekerja sebuah syarikat penghantaran dalam kejadian di Balik Pulau Georgetown Selasa lalu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada Sabtu selepas bertarung nyawa selama empat hari Timbalan Ketua Po...
Guru Wanita Cedera Diserang Enam Individiu

Guru Wanita Cedera Diserang Enam Individiu

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 408 hits
Imej via FacebookSEMPORNA Seorang guru wanita cedera di mata selepas diserang enam individu di sebuah tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat Kampung Sungai Buaya dekat sini minggu lalu Dalam kejadian kira kira jam 8 pagi pada 21 Oktober lalu it...
Lelaki Cedera Parah Ditikam Selasa Lepas Meninggal Dunia

Lelaki Cedera Parah Ditikam Selasa Lepas Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 499 hits
GEORGE TOWN 23 Nov Lelaki yang cedera parah ditikam rakan sekerja sebuah syarikat penghantaran dalam kejadian di Balik Pulau dekat sini pada Selasa lepas meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini selepas bertarung nyawa selama empat...
Lelaki Cedera Parah Ditikam Rakan Sekerja

Lelaki Cedera Parah Ditikam Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 475 hits
Lelaki cedera parah ditikam rakan sekerja nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Nov 2019 11 34PM
Akibat Terlalu Lama Membujang Anak Perempuan Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi Sehingga Cedera

Akibat Terlalu Lama Membujang Anak Perempuan Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi Sehingga Cedera

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 533 hits
Tidak berpuas hati anak perempuannya yang berusia 30 tahun masih bujang si ibu tergamak memukul mangsa menggunakan batang besi Mangsa Lin 30 mengalami pendarahan dan lebam di beberapa bahagian badannya dan terpaksa memanggil polis datang ke...
Bas Terbalik Di Utara Perancis 33 Penumpang Cedera

Bas Terbalik Di Utara Perancis 33 Penumpang Cedera

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 234 hits
Bas terbalik di utara Perancis 33 penumpang cedera Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Nov 2019 11 26PM
Bentol Bentol Di Tubuhnya Makin Parah Ashanty Mengaku Lelah

Bentol Bentol Di Tubuhnya Makin Parah Ashanty Mengaku Lelah

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 303 hits
Ashanty masih berjuang keras melawan penyakit Autoimun yang diidapnya Usai menjalani operasi pada Selasa malam Ashanty masih harus dirawat di rumah sakit
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk

Bungled Pc Leaves Fam Red Faced The Absolvement Of Blame Lawyered Up And Search For Elusive Culprit

Muhammad Shah Firdaus Nurul Izzah Dinobat Pelumba Terbaik Malaysia 2025