Rekabentuk Unik Berinspirasi Bumbung Panjang Tarikan Baru Di Mcdonald S Tampin


Rekabentuk Unik Berinspirasi Bumbung Panjang Tarikan Baru di McDonald's Tampin | Sebut sahaja McDonald’s, mesti terbayang burger Big Mac kegemaran, tak lengkap tanpa fries dan Oreo McFlurry, fuh, terus terliur. 
Memang comfort food rakyat Malaysia lah, dari pagi sampai ke tengah malam boleh dinikmati; tak kiralah bila tak larat nak masak, ada tetamu mengejut, atau nak suprisekan birthday anak, memang McDonald’s pilihan selamat dan dapat buat semua orang happy! 
Pelajar pun suka lepak sambil order segelas hot latte sampai ke tengah malam sebab wifi percuma, kan? Siapa je tak pernah buat macam tu masa bergelar student, kehkehkeh. 
Teruja betul bila dapat tahu cawangan ke-15 McDonald’s di Negeri Sembilan telah dibuka di Tampin. Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin ini terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan tau, memang strategik untuk meluaskan aksesibiliti pelanggan dari pelbagai kawasan. Selepas ini, McDonald’s Malaysia juga merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan di Rembau, Senawang dan Rasah. Excitednya

Yang lebih menarik perhatian adalah, pembukaan McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke arah negeri membangun.  
Dengan pembukaan cawangan ini, McDonald’s Malaysia berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dan menawarkan pekerjaan kepada komuniti setempat khususnya di Tampin. 
“Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.  Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini.  Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” kata YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, pembukaan McDonald’s Tampin telah selamat disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu  YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun pada 8 Mac 2022. 
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
Tahu tak yang bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin yang telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan. 
Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.
Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. 
Justeru itu, McDonald’s Tampin ini bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang unik, malah tarikan utama di Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin adalah ianya dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR)  – Yayasan Jaafar Ahmad.  
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) ini disediakan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. Harapnya, kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh masyarakat. 
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. 
Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Walaupun McDonald’s Malaysia adalah sebagai sebuah organisasi yang besar dan gah, namun ternyata ia sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat. 


Follow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.noormaizan.com/2022/03/rekabentuk-unik-berinspirasi-bumbung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kemahiran Baru Yang Wajib Dikuasai Untuk Berjaya Tahun 2025

5 Kemahiran Baru Yang Wajib Dikuasai Untuk Berjaya Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 115 hits
Untuk berjaya pada tahun 2025 individu perlu menguasai pelbagai kemahiran yang bukan sahaja relevan dengan perubahan teknologi dan industri tetapi juga mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa depan Dalam menghadapi dunia yang sem...
Indeks Saham A S Dijangka Mencapai Paras Tertinggi Baru

Indeks Saham A S Dijangka Mencapai Paras Tertinggi Baru

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 91 hits
Pembetulan besar terakhir S P 500 berlaku dari Januari hingga November 2022 terutamanya disebabkan oleh perubahan ketara dalam dasar Rizab Persekutuan Sebagai tindak balas kepada kebimbangan inflasi yang meningkat Fed menaikkan kadar faedah...
Dapat Handbeg Dan Purse Baharu Alain Delon Di Tahun Baru 2025

Dapat Handbeg Dan Purse Baharu Alain Delon Di Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum Bestnya Dapat Handbeg dan Purse Baharu Alain Dellon di Tahun Baru 2025 Alhamdulillah Maha baiknya Allah kat saya yang serba berdosa ni haih Memang ada terfikir nak tukar handbeg baru sebab handbeg sedia ada dah nampak kusam ...
Ciri Baru Steam Amaran Pengguna Tentang Abandonware

Ciri Baru Steam Amaran Pengguna Tentang Abandonware

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 102 hits
Valve baru baru ini melancarkan satu ciri baru yang memberitahu pengguna Steam apabila permainan dalam akses awal tidak menerima kemaskini untuk tempoh yang agak lama Ciri ini menambah notis pada halaman kedai permainan yang menunjukkan bil...
Rezeki Tahun Baru Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

Rezeki Tahun Baru Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 92 hits
Rezeki Tahun Baru Berita baik untuk rakyat perubahan tarif elektrik pada Julai nanti tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah Jadi tak perlu risau keperluan asas anda tetap terjaga Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Mente...
Localsend Teknologi Baru Untuk Kemudahan Memindahkan Fail

Localsend Teknologi Baru Untuk Kemudahan Memindahkan Fail

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 145 hits
Pengenalan Localsend Apakah Localsend Localsend adalah aplikasi inovatif yang memudahkan penghantaran fail secara langsung antara peranti yang berada dalam rangkaian yang sama Anda tidak perlu lagi bergantung pada e mel atau aplikasi penyim...
Wany Hasrita Kerap Tukar Pengasuh Demi Anak Kini Lega Anak Serasi Pengasuh Baru

Wany Hasrita Kerap Tukar Pengasuh Demi Anak Kini Lega Anak Serasi Pengasuh Baru

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 78 hits
Demi keselamatan anaknya penyanyi Wany Hasrita mengakui kerap bertukar pengasuh malah lebih berhati hati dalam mencari pengasuh buat anaknya Aisyah Al Iman Kata Wany lagi kejadian anak perempuannya yang dihayun kuat ketika digendong membuat...
Eh Korang Pernah Tak Dengar Lagu Sampai Rasa Macam Pergi Konsert Aku Baru Je J

Eh Korang Pernah Tak Dengar Lagu Sampai Rasa Macam Pergi Konsert Aku Baru Je J

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 71 hits
Eh korang pernah tak dengar lagu sambil rasa macam dekat konsert Aku baru je jumpa speaker ni hyperbar namanya Bukan calang calang tau bass dia kuat gila Bunyi dia memang padu Bluetooth pun ada senang nak sambung USB pun boleh main lagu Bes...
Apple Mungkin Lancarkan Iphone Se Baru Dan Powerbeats Pro 2 Pada 11 Februari

Apple Mungkin Lancarkan Iphone Se Baru Dan Powerbeats Pro 2 Pada 11 Februari

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 86 hits
Apple mungkin akan melancarkan iPhone SE baharu dan fon kepala PowerBeats Pro seawal 11 Februari menurut laporan Bloomberg Pengumuman ini dijangka berskala kecil memandangkan syarikat belum menghantar jemputan untuk acara secara bersemuka a...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Online Presence Is Critical For Business

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital