Antara bukti kejayaan beliau - kedai bakeri cawangan ke-3 yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Kedai Red House Bakery 3 ni baru memulakan operasi pada 1 Julai 2020 lalu. Untuk ke sini, cari saja ‘Red House Bakery Azlina Ina 3’ di aplikasi Google Maps
Bahagian dalam kedai. Seorang lelaki (pengurus kedai ini mungkin) menyambut saya dan suami dengan mesra
Inilah yang saya nak cuba - cheese cake Azlina Ina. Ikutkan keinginan, memang nak ambil setiap jenis satu bekas. Nak merasa semua...haha! Harga untuk semua jenis cheese cake RM18/bekas. Ada juga cupcake, kek 500g/RM29.90 dan kek 1kg/RM59.90.
Sebagai tanda sokongan untuk Azlina Ina, saya beli 4 bekas cheese cake dan sepotong kek butterscoth. Ceh konon ‘sebagai tanda sokongan’, tapi sebenarnya ikutkan keinginan tekak la ni...hehe. Walaupun belum pernah merasa cheese cake beliau, tapi dengan yakinnya saya terus beli banyak. Lagi pulak mengenangkan bukan selalu boleh membeli, datang sini pun secara kebetulan lalu Tanjung Malim
Semua saya dah rasa, kecuali Red Velvet Indulgence masih belum dicuba. Semuanya sedap! Paling saya suka Choc Indulgence tu. Banana Milky yang warna kuning tu pulak, suapan pertama macam rasa pelik sikit. Lepas tu...eh, sedap jugak. Asalkan cheese cake memang sedap je kat tekak saya ni. Selain kek di atas, saya diberi percuma Korean Cheese Garlic Bread dan Brownies. Pertama kali saya merasa Korean Cheese Garlic Bread, lembut dan sedap|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |