Reaksi Lucu Wajah Fighter Pilot Berubah Bentuk Akibat Daya Graviti Ketika Latihan


Kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang sememangnya memiliki kelas yang hebat di mata orang awam. Memandu pesawat tempur berteknologi tinggi membelah langit pastinya membuatkan ramai anak muda bercita-cita untuk duduk di kerusi juruterbang pesawat berkenaan.
Namun sebagai orang awam, ramai yang mungkin tidak tahu bentuk ujian yang menanti bakal juruterbang tersebut. Paling kuat pun sekadar dengar-dengar juruterbang sebenar berkongsi cerita, itupun jika anda bernasib baik untuk bertemu dengan salah seorang daripada mereka.
Juruterbang pesawat pejuang sedang beraksi. (Kredit: Air Force Times) Latihan juruterbang pesawat pejuang dan angkasawan Salah satu latihan yang wajib mereka duduki adalah ujian High-G Force.
Latihan high-G dilakukan juruterbang pesawat pejuang dan angkasawan yang perlu mengendali pesawat atau kapal angkasa dengan tahap pecutan yang tinggi.
Latihan ini bertujuan untuk mengelakkan juruterbang hilang kesedaran disebabkan pecutan graviti yang berlaku ketika pesawat berlepas.
Pecutan yang tinggi menyebabkan daya graviti memaksa darah meninggalkan otak sehingga boleh mengakibatkan seseorang hilang kesedaran.
Juruterbang hilang kesedaran ketika daya g mencapai 5.25g. (Kredit: Toughest Cars) Tekanan graviti sehingga 9 kali ganda Dalam keadaan normal, daya graviti yang bertindak ke atas tubuh badan kita adalah 1g di mana darah boleh dipam naik ke otak dan membekalkan oksigen ke organ tersebut.
Jika anda menaiki roller coaster pula, tahap tekanan graviti yang bertindak ke atas anda pula boleh mencecah 5g (49m/s²).
Namun bagi juruterbang pesawat pejuang atau angkasawan, mereka perlu menjalani latihan sehingga mencecah 9g dengan memakai sut khas (g-suit).
Sut ini bertindak menekan darah ke bahagian atas badan bagi mengelakkan pengsan akibat kekurangan darah yang membekalkan oksigen pada otak.
Susah kan untuk bayangkan latihan mereka kalau sekadar membaca? Jom kita tonton video simulasi yang mereka lalui.
Video simulasi Dah puas tertawa? Biarpun lucu, ujian ini menjadi kayu ukur kehebatan mereka menghadapi tekanan berbanding orang biasa. Hebat bukan?
Nah, sebab itulah ada netizen yang membuat meme perbandingan reaksi ‘juruterbang’ dengan orang biasa ketika menaiki roller coaster.

Dalam satu artikel diterbitkan Live Science, bekas ahli bedah penerbangan dan pengarah urusan National Aerospace Training And Research Center (NASTAR), Dr Swee Weng Fan menjelaskan, jantung boleh menghasilkan tekanan darah yang cukup untuk menghantar darah ke organ di atas jantung termasuk otak dan mata.
Namun dalam peningkatan daya graviti, daya pecutan cukup kuat untuk memaksa darah turun ke kaki, menjadikan hampir mustahil untuk darah mengalir semula ke jantung untuk kitaran.”
Oleh itu, jantung perlu bekerja keras untuk melawan daya tersebut bagi menghantar darah ke otak dengan tekanan yang lebih tinggi.
“Tiada darah di otak bermakna tiada oksigen di dalam otak,” katanya. Sel otak anda mempunyai rizab oksigen yang boleh membuatkannya terus berfungsi selama 4 saat. Selepas simpanan ini habis, otak akan “berhenti berfungsi”, menyebabkan anda hilang kesedaran, tambah Dr Fan.
“Ia seperti tertidur. Sebahagian mendakwa mereka mengalami mimpi yang jelas atau mimpi ngeri selepas terjaga. Ia boleh diikuti kekejangan dan pergerakan otot yang tidak terkawal. 
“Semua ini mungkin mengambil masa 20-30 saat, walaupun ia boleh berbeza secara meluas.”
Bagi orang dewasa biasa, tekanan serendah 3G boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen, kata Dr Fan.
Disebabkan itulah semua juruterbang akrobatik dan pesawat pejuang menjalani latihan Anti-G Straining Maneuvers (AGSM) termasuklah teknik bernafas dan penegangan otot untuk meminimakan saliran darah ke bawah.
Teknik ini penting untuk memastikan otak menerima darah dan oksigen yang mencukupi bagi memastikan juruterbang tidak pengsan serta tubuh dapat berfungsi dengan baik ketika di udara.
Sumber: Toughest Cars, Live Science, Military Wikia
The post (Video) Reaksi Lucu Wajah ”Fighter Pilot” Berubah Bentuk Akibat Daya Graviti Ketika Latihan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/17/video-reaksi-lucu-wajah-fighter-pilot-berubah-bentuk-akibat-daya-graviti-ketika-latihan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Jatuh Ketika Bermain Anak Pengsan Mata Terbeliak Amp Macam Bergerak Ikut Sesuatu

Akibat Jatuh Ketika Bermain Anak Pengsan Mata Terbeliak Amp Macam Bergerak Ikut Sesuatu

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 422 hits
Meskipun pantauan telah dibuat ketika anak ligat bermain risiko kemalangan tetap boleh terjadi dalam sekelip mata sehingga menyebabkan gegaran otak Melihat sahaja anak sedang membesar dan boleh berlari ke sana ke mari menjadi detik yang tid...
Wajah Bengkak Dan Sesak Napas Akibat Alergi Cat Rambut Cewek Ini Menderita Selama 10 Tahun

Wajah Bengkak Dan Sesak Napas Akibat Alergi Cat Rambut Cewek Ini Menderita Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 569 hits
Padahal udah sempet uji tempel sebelum ngewarnain rambut di salon profesional lo Duh serem
Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 474 hits
Hanya mampu merenung jenazah ibunya seolah olah faham ibu dah meninggal buatkan ramai yang menitiskan air mata melihat gelagat anak kecil berusia 8 bulan di sisi jenazah ibunya Nurfaradhila Zulkifli Amin 32 yang bertarung nyawa selama 52 ha...
Gara Gara Meneran Terlalu Kuat Ketika Berak Lelaki Ini Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Gara Gara Meneran Terlalu Kuat Ketika Berak Lelaki Ini Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 699 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung akibat meneran terlalu kuat ketika sedang membuang air besar Difahamkan warga emas bernama Zhu dari Wenzhou Zhejiang China itu sememangnya mempunyai sejarah...
Dunia Lebih Teruja Jika Anwar Jadi Pm Ketika Apec 2020

Dunia Lebih Teruja Jika Anwar Jadi Pm Ketika Apec 2020

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 322 hits
Dengan tak semena mena Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November ini telah menjadi alasan terbaru bagi Tun Mahathir Mohamad untuk melanjutkan lagi tempoh kuasanya sebagai Perdana Menteri paling tua dalam dunia Perkara itu disebutnya bu...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula