Ready Ke Belum Personal Life
Assalamualaikum sahabat 🤗
Ada rupanya yang masih sudi baca blog kak nad . Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT .
Kulit Cerah Kenapa Nak Berahsia. Saya Consume Dianz ! Nak dianz tak? Mai wasap kak nad : 011-31934791
Balik semula kepada tajuk entry, Ready ke belum?
Banyak persoalan akan timbul dengan ayat Ready ke belum sebenarnya.
Dah ready ke belum ? BERNIQAB ?Dah ready ke belum? STOP ALL JAHIL PART? Dah ready ke belum ?TAK TINGGAL SOLAT? Dah ready ke belum ? JAGA AURAT ?Dah ready ke belum ? MATI ?
Perlu ke ayat dah ready ke belum? ?
"Daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung, daku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Agung. Tidak disembah yang lain, hanya Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri sendiri.
Daku bertaubat dari segala dosa yang daku lakukan; sengaja atau tidak sengaja, dengan sembunyi atau secara terang-terangan; baik dosa kecil atau dosa besar kerana Dikau ya Allah Maha Pengampun akan dosa.
Dikaulah yang membuka hati untuk bertaubat, Dikau penutup yang aib, Dikau melenyapkan segala kedukaan. Dan daku bertaubat dari segala dosa yang daku ketahui atau yang tidak daku ketahui; Hanya Dikaulah ya Allah yang mengetahui segala yang tersembunyi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Ya Allah! Sesungguhnya daku menyesali atas semua perbuatan maksiat yang daku lakukan dan berilah daku petunjuk agar daku dapat benar-benar dalam hal ini. Daku membebaskan diri dari semua agama selain dari Agama Islam.
Ya Allah! Jika sekiranya daku pernah syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadapMu, daku bertaubat dan ampunilah kesalahanku akhirnya daku mengucapkan dan mentasdidkan bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH.”
Sebelum ni kak nad but entry Kenapa Berniqab .
16 bulan untuk ready.
4 September 2017 tu masa kerja kat Pasaraya TF Value Mart Bera - Assistant Supervisor Store . Jadi nak received barang takut kena habuk try la pakai . Masa tu dah berdoa dalam hati .
Teringin nak pakai niqab . Tapi nak cuba pakai purdah dulu .
11 January 2019 beranikan diri untuk jahit niqab petak atau di kategorikan purdah dan pakai masa balik kampung . Sekejap je bertahan masa tu .
Lepas tu kak nad terasa malu nak pakai dan keluar dari rumah macam tu.
Lepas tu kak nad tanya pada diri . Pakai niqab kerana Allah kan ?Bukan kerana riak . Berniaga pon kerana Allah . Semuanya kerana Allah .
Jadi, bila kawan kak nad ternampak kak nad ,ramai yang bertanya kenapa kak nad pakai purdah dan berniqab.
So, kak nad mampu menangis je . Speechless and my reason is Syurga Allah .
Kak nad dah terima hukuman dunia. Tak mampu fikir hukuman di akhirat. Berapa kali tinggal nyawa ikan pon masih tak sedar diri . Dah ready ke belum ?Allahu
Tu pon masih boleh keluar ayat dah ready ke belum nak berubah?
Nota kaki : Kak nad jahit sendiri #niqabcurve ni sebabnya kak nad nekad nak pakai . Sekali terjahit rapat tang mata tu .Sakit juga mata sebabnya niqab terkena anak mata .
Balik semula kepada tajuk entry , Ready ke belum ? kak nad sebenarnya tak ready nak jumpa Encik Mohd la. Malu la sebab lama tak jumpa .
4 bulan tak bersua muka, tak ada chit chat langsung. Alhamdulillah, Allah jaga hubungan kak nad kali ni .
Kegagalan sebelum ni kak nad admit tak libatkan dengan Allah. Jadi ,bila semuanya kerana Allah, kak nad rasa bahagia selalu. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah .
Gigih ke baca sampai habis? Kak nad nak pergi solat dhuha lepas tu siap nak pergi kenduri kahwin mamat ni tapi mukanya di gelapkan.
Kesimpulannya : Takkan semua nak tunggu dah ready ke belum . Stop tangguh ! Just Do It . MashaAllah panjangnya entry ini . Tawakal kepada Allah 😉
https://.facebook.com/nor.nadiah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miss-nadya.blogspot.com/2019/01/ready-ke-belum-personal-life.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MissNadyaPunyerBlog+%28%21%E3%83%84+miss+nadya+punyer+blog+%E3%83%84