Raya Kemerdekaan


Entri ini mungkin agak kelewatan sedikit untuk ditulis. Sebab Sambutan Kemerdekaan sudah berlalu beberapa hari yang lalu. Namun tidak mengapa, sebab entri ini tidak rigid (kaku) pada masa tertentu. Sebelum itu, saya ingatkan supaya anda sekalian tidak terasa dengan penulisan saya. Saya tulis bukan hanya ditujukan khas kepada sesiapa. Ia adalah penulisan umum, untuk memperingati diri saya disamping mengajak orang lain. Selamat membaca :).


Allahuakbar! Merdeka!

Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar, laungan takbir raya kedengaran di Masjid-masjid menandakan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan. Keesokkan harinya, orang akan melaungkan merdeka-merdeka-merdeka. Sedangkan syaitan sudah pun melaungkan nya semasa syawal menjelma. Syaitan gembira, sudah tidak dirantai. hoho

Kemerdekaan Mereka

Di hari raya tahun ini, kemerdekaan, dirasai pelbagai golongan makhluk.

Golongan mukmin, merasakan merdeka kerana mampu memerdekakan diri dari hawa nafsu. Nafsunya telah didik dengan baik agar tidak menguasai tindak tanduk dirinya. Yang telah berjaya memerdekakan iman dari belengu nafsu.

Golongan muslim biasa, merasakan kemerdekaan kerana, ramadhan sudah tamat, kini dirinya boleh makan seperti biasa. Dirinya merdeka dari Ramadhan yang membelit kemahuannya dari membuas sebulan yang lepas.

Golongan syaitan merasakan merdeka, kerana sudah tamat tempoh dirinya dirantai. Ia boleh melaksanakan misinya kembali. Dirinya merdeka dari rantaian Allah untuk menghasut anak-anak adam untuk terus mungkar terhadap Allah.

Merdeka dalam Penjajahan


Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Apa pula erti kemerdekaan menurut kamus hidup orang melayu kita? Ramai yang memahami bahawa kemerdekaan itu adalah kejayaan membentuk dan memimpin negara sendiri. Namun apa yang ada kini hanyalah negara yang sekular, yang menuruti tingkah laku penjajah. Itukah merdeka buat kita?

Launglah sekeras dan sebanyak mana pun, laungan merdeka, diri masih tidak merdeka. Kenanglah jasa mereka yang memerdekakan Negara ini, tapi penjajah tidak berganjak selangkah pun dari tanah air ini. Berbanggalah dengan kemerdekaan kita, Allah memandang hina dengan kemerdekaan kita. Yang dilaungkan hanyalah laungan kebodohan. Menyatakan diri sendiri bodoh di hadapan penjajah-penjajah.

Adakah itu Kemerdekaan?

Kita masih tidak mengecapi kemerdekaan. Tak kira secara fizikal atau secara batinnya. Secara negaranya atau pun secara fikirannya. Tidak ada. Jika sudah merdeka, mengapa sistem yang sepatutnya tertegak di muka bumi (Malaysia) ini, tidak ada? Jika sudah merdeka fikiran, mengapa masih berluasa maksiat. Tidak cukup akal yang sihat untuk buang anak? Akal tak cukup merdeka untuk memahami erti buruk dan salah. Lihat sajalah bagaimana raya disambut, lihatlah bagaimana kemerdekaan disambut. Buka televisyen, ada yang apa? Hanya hiburan melalaikan. Penuh dengan industri maksiat. Adakah itu erti kemerdekaan kita?

inilah sambutan raya kita..inilah merdeka kita

Kemerdekaan Qalbu

Saya tulis ini berdasarkan tulisan Murobbi saya. Tapi diolah dalam gaya bahasa saya. Apakah erti kemerdekaan itu? Syeikh Abdul Hamid Jasim al Bilali telah menulis dalam kitabnya yang bertajuk, ‘Al Bayan Fii Madkhalisy Syaitan’.

Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa “Kemerdekaan adalah kemerdekaan qalbu, dan peribadatan adalah peribadatan qalbu, sebagaimana juga kekayaan adalah kekayaan jiwa”

Rasullullah ada bersabda

“Kekayaan itu bukanlah harta benda yang banyak, namun kekayaan itu adalah kekayaan jiwa” (Diriwayatkan oleh Syaikhani)
Jelas sekali ayat diatas, bahawa kemerdekaan adalah sesuatu yang lahir dalam jiwa atau hati. Bukan hanya merdeka secara zahir. Kemerdekaan juga adalah buah hasil kejayaan dari pengendalian jiwa dari hawa nafsu. Merdeka dari nafsu yang membelengu tindak tanduk kita (spt yg telah sy tulis diatas). Apabila nafsu menjadi hamba kepada tuannya (diri kita), maka itulah erti kemedekaan sebenarnya.

Merdeka Jiwa Walau Hamba

Terdapat pelbagai contoh dalam sirah-sirah sahabah. Membuktikan merdeka itu bukannya satu khayalan para alim ulamak. Bilal bin Rabah, seorang hamba yang disiksa dan dijemur di tengah panas. Beliau sanggup mati dengan kalimah kemerdekaan dalam hatinya. Biar jasad terbakar hangit, asal diri merdeka disisi Allah s.w.t. Lihat pula pada sirah Zinirah, seorang hamba kepada orang paling bengis, Umar Al-Khatab. Diseksa dan dibutakan matanya oleh Umar Al-Khatab (ketika jahilliyah). Namun hati tetap teguh dengan keesaan Allah. Matanya terang hanya memandang pada keredhoaan Tuhan yang satu.

Lihat pula pada figur mesir era sezaman Assyahid Syed Qutb. Mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan yang dipenjara. Namun hatinya merdeka. Maka penjara terasa nikmat baginya. Mereka dihukum mati. Tapi hatinya hidup dengan nur keimanan yang teguh terhadap fikrah yang dipegangnya. Sungguh diberikan wang yang banyak untuk meninggalkan dakwahnya. Sungguh pun dirinya didesak untuk mengaku kesalahan yang tidak dibuatnya. Hatinya tetap merdeka untuk memilih dan menentukan corak kehidupannya. Kerana apabila hati itu sudah merdeka, maka tiada apapun yang akan dapat mengikat hatinya. Tiada tipu daya manusia yang dapat membahayakannya. 

Tersenyum di tali gantungMuhasabah Ramadhan

Dengan itu mari menilai kembali madrasah Ramadhan yang kita lalui selama sebulan. Apakah nafsu masih lagi menguasai diri kita? Setelah sebulan nafsu dipupuk dengan berlapar, apakah kita masih lagi diperhambakan nafsu? Jika masih juga ditahap lama, apakah erti menyambut Raya dan Kemerdekaan? Raya keraian bagi mereka yang menang. Menang melawan nafsu. Merdeka hanyalah untuk mereka yang merdeka jiwanya dari kokongan nafsu.

Raya Kemerdekaan 

Nilailah diri anda sendiri. Saya yang menulis bukanlah beerti saya sudah merdeka jiwa. Saya juga berada dalam proses pembaikan. Sebagai penutup bicara, saya ingin memetik satu kata-kata dari radio IKIM (lebih kurang la bunyinya). Buat apalah kita sibukkan diri kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Sekaranglah masanya untuk sibuk berubah dan melawan nafsu. Sekarang lah masa untuk istiqomah dalam melakukan kebaikkan. Untuk apa diharapkan Ramadhan hadapan, jika amalan tetap sama di bulan-bulan lain? Sekaranglah masa untuk merealisasikan perubahan. Tahun depan belum pasti tiba, tapi apa yang kita ada ialah sekarang. Mari merdekakan diri, S.E.K.A.R.A.N.G!

Kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan mereka yang mahu menegakkan khalifah. Marilah kita memerdekakan diri kita dahulu sebelum menyeru org lain. Bukan beerti kena sempurna baru nak menyeru. Ambillah konsep ‘menyeru sambil memperbaiki diri’. 
sumber rujukan
- Kemerdekaan Menurut Islam
- Apakah kita telah menikmati Kemerdekaan yg sebenar?

.::Bebaskanlah dirimu::. .::Selamat Hari Raya, Maaf dipohon, Zahir mahupun Batin::. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mr-iq.blogspot.com/2011/09/raya-kemerdekaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Sebab Kenapa Merisik Ketika Hari Raya Sering Berjaya

6 Sebab Kenapa Merisik Ketika Hari Raya Sering Berjaya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 201 hits
Merisik adalah salah satu adat di mana pihak lelaki biasanya akan menghantar wakil untuk bertemu dengan ahli keluarga pihak wanita bertujuan untuk memaklumkan bahawa si lelaki berniat untuk memperisterikan si wanita Merisik bukan lah rukun ...
Kata Kata Atau Ucapan Selamat Hari Raya Galungan Dan Kuningan

Kata Kata Atau Ucapan Selamat Hari Raya Galungan Dan Kuningan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 173 hits
Sebentar lagi umat hindu di Bali akan merayakan hari raya Galungan dan Kuningan yang dimana hari Raya Galungan jatuh pada Rabu 24 07 2019 Menurut penganut agama Hindu Hari Raya Galungan merupakan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Ucapan Selamat Hari Raya Nyepi Tradisi Ogoh Ogoh Di Bali 2019

Ucapan Selamat Hari Raya Nyepi Tradisi Ogoh Ogoh Di Bali 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 248 hits
Hari raya nyepi merupakan Hari Raya besar bagi umat hindu ada yang unik dari hari raya nyepi khususnya di Bali Uniknya setiap hari raya nyepi warga bali tidak diperbolehkan beraktivitas di luar Baca selengkapnya di https www a dhea com
Fesyen Baju Raya Budak 2020

Fesyen Baju Raya Budak 2020

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 132 hits
Fesyen Baju Raya Budak 2020 Ramadhan dan Aidiladha bakal menjelang pasti ramai ibu ibu sedang mencari tema warna baju raya untuk anak anak lebih lebih lagi kalau ada anak perempuan tentunya nak fesyen yag diva serta harga yang berpatutan Ma...
Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Tidak Adil

Kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Tidak Adil

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 206 hits
Jawatankuasa Komunikasi Digital dan Multimedia PAKATAN HARAPAN dalam satu kenyataan merujuk kepada SOP yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara berhubung Pilihan Raya Negeri Melaka yang tidak membenarkan kempen secara tradisional Nam...
Kereta Kemek Ditendang Sebab Wanita Asyik Brek Di Jalan Raya

Kereta Kemek Ditendang Sebab Wanita Asyik Brek Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh Foto hiasan JOHOR BAHRU Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian bertindak menendang pintu kereta mangsa hingga kemek Ketua Polis Daerah...
Calon Bn Bantu Tenangkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya

Calon Bn Bantu Tenangkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 279 hits
Calon BN bantu tenangkan mangsa kemalangan jalan rayaTiga buah kenderaan dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lesung Batu Alor Gajah Melaka kira kira jam 5 petang semalam Difahamkan kemalangan itu berlaku berpunca dari sebuah ...
Amalan Terbaik Ketika Memandu Di Jalan Raya

Amalan Terbaik Ketika Memandu Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 229 hits
Amalan Terbaik Ketika Memandu Di Jalan RayaAsalamualaikum Salam sejahtera Salam ceria semua buat blogger di seluruh Malaysia atau di seluruh Dunia Juga salam ceria dan penghargaan yang tulus kepada pembaca maya di luar sana Agak ketinggalan...
Biskut Semperit Biskut Cornflakes Untuk Raya

Biskut Semperit Biskut Cornflakes Untuk Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 164 hits
Biskut semperit khas untuk raya Comel kan kan kan Berapa kedai ntah saya travel nak cari acuan semperit edisi klasik Tapi tak jumpa Last2 guna piping bag Hamekkaw berapa kali bocor sebab adunan semperit kan tak la selembut cream yang untuk ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly