Rawat Hati Gelisah




oleh Mohd Ajib Ismail
MANUSIA secara tabiatnya sering bersifat keluh kesah apabila dilanda kesusahan dalam kehidupan. Perkara ini dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ma’arij ayat 19-20 yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.”
Terdapat pelbagai situasi yang menyumbang serta menambahkan lagi perasaan resah gelisah dalam kehidupan. Mungkin ia berpunca daripada konflik dan tekanan dalam keluarga dan rumah tangga, tempat kerja serta musibah yang melanda termasuk situasi getir seperti wabak Covid-19 yang sedang kita hadapi.
Perasaan ini sekiranya gagal dikawal menyebabkan tekanan dan kemurungan sehingga sanggup melakukan pelbagai tindakan yang membahayakan diri serta orang lain.
Bahkan dalam sesetengah situasi, tekanan yang tidak dapat dikawal akhirnya menyebabkan individu mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Baru-baru ini media melaporkan mengenai seorang menteri di Jerman yang dijumpai maut dipercayai akibat membunuh diri ekoran kebimbangan melampau terhadap wabak Covid-19 dalam menangani krisis ekonomi.
Statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan penyakit mental mengalami trend peningkatan yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Justeru masyarakat disarankan menjalani gaya hidup sihat dan seimbang mengambil kira keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual.
Dalam konteks kehidupan seorang Muslim, kita perlu kembali kepada pendekatan kerohanian dan spiritual bagi menghadapi perasaan resah gelisah melalui proses penyucian jiwa.
Manusia menurut pandangan Imam al-Ghazali terdiri daripada komponen jasmani dan rohani.
Justeru aspek keagamaan perlu diterapkan dalam pembangunan jiwa dan spiritual seseorang kerana ia berperanan dalam pembentukan perilaku, tindakan dan keputusan bagi seseorang manusia.
Amalan yang pertama yang perlu dilaksanakan dalam penyucian jiwa ialah melalui taubat kepada Allah.
Taubat perlu dilaksanakan dengan menginsafi kekhilafan dan maksiat yang sudah dilakukan serta disusuli dengan tindakan menggantikan perlakuan dosa dengan perbuatan yang diperintahkan Allah.
Amalan yang kedua pula ialah melalui sifat sabar dan doa. Dalam konteks agama, sabar bermaksud menerima ujian Tuhan dalam perjuangan memperoleh keredaan Allah.
Individu yang memiliki sifat sabar memiliki personaliti baik yang menggambarkan perasaan cintanya terhadap Tuhan.
Dengan bersabar, seseorang dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak rasional dan bercanggah dengan syariat serta melakukan segala ikhtiar yang benar dalam kehidupannya.
Manakala doa adalah suatu bentuk pengabdian dan pergantungan individu terhadap Tuhan seperti maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” Setiap doa individu seharusnya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan yakin ia akan dikabulkan Allah.
Selain daripada meningkatkan amalan kerohanian, kita juga disaran mendapatkan nasihat pakar perubatan dan kaunselor bertauliah dalam menghadapi situasi resah gelisah.
Mengambil ibrah peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW, ketika bersembunyi di dalam Gua Thur buat sementara daripada buruan kaum Musyrikin Makkah, Rasulullah menyuntik kata-kata semangat kepada Abu Bakar dengan pesanan: La tahzan Innallaha Ma’ana bermaksud: “Janganlah bersedih kerana Allah bersama kita.” Dalam situasi terkini wabak Covid-19 yang melanda negara, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan secara atas talian bagi mendapatkan nasihat mendepani saat yang tidak menentu ini.
Justeru amat penting bagi semua masyarakat menghayati saranan yang diberikan terutama dalam menghadapi tempoh getir ini supaya perasaan resah dan gelisah dirawat seterusnya dijauhkan dari hati.
Penulis adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/04/rawat-hati-gelisah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rawat-hati-gelisah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Miskin Dibantu Tak Henti Yang Kaya Tak Puas Hati Fedtri Yahya

Yang Miskin Dibantu Tak Henti Yang Kaya Tak Puas Hati Fedtri Yahya

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 715 hits
Selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan mengenai pelan ransangan ekonomi bagi membantu setiap lapis masyarakat di Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan banyak kata kata belakang daripada beberapa pihak berkaitan bantuan...
Sekeluarga Positif Covid 19 Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu

Sekeluarga Positif Covid 19 Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 239 hits
KETIKA rakan setugas mengerah keringat sebagai petugas di barisan hadapan Dr Samsu Ambia Ismail pula tidak dapat turut serta kerana dikuarantin di wad Hospital Teluk Intan Perak selepas disahkan positif jangkitan wabak koronavirus baharu Se...
Wanita Diragut Ketika Beratur Membeli Topeng Muka Orang Ramai Diminta Untuk Sentiasa Berhati Hati

Wanita Diragut Ketika Beratur Membeli Topeng Muka Orang Ramai Diminta Untuk Sentiasa Berhati Hati

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 270 hits
Walaupun negara kini berhadapan dengan ancaman penularan wabak COVID 19 di mana rakyat diminta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan namun ia sama sekali tidak melemahkan usaha segelintir individu untuk terus melakukan jenayah Malah di...
Covid 19 Tak Puas Hati Maki Polis

Covid 19 Tak Puas Hati Maki Polis

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 387 hits
TINDAKAN seorang wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian Petaling Jaya hari ini mengundang padah apabila dia ditahan Wanita berusia 30 an berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana...
Buat Group Semata2 Nak Jatuhkan Aku Anju Panas Hati Jadi Bahan Kutukan

Buat Group Semata2 Nak Jatuhkan Aku Anju Panas Hati Jadi Bahan Kutukan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 508 hits
Gara gara memuat naik video memberi komen berkenaan isu bantuan khas buat para selebriti pelakon Zarina Anjoulie atau nbsp lebih mesra dipanggil Anju telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penggiat seni tanah air Susulan daripad...
Satu Hati Sama Sama Melawan Wabak Ini Ustaz Ebit Liew Kecuali

Satu Hati Sama Sama Melawan Wabak Ini Ustaz Ebit Liew Kecuali

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 271 hits
Ustaz Ebit Lew sedang menghulurkan bantuan COVID 19 buat kita terpisah secara jasad namun ketika saat getir ini kita perlu bersatu hati membantu mereka yang memerlukan pesan penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew Sejak awal Perintah Kawalan Per...
Bila Peminat Di Ig Dah Tawar Hati

Bila Peminat Di Ig Dah Tawar Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 314 hits
Nama diva biar lah rahsia Hihi Kang tak masal pahalaku diambik dia Cuma pelik Tetiba je arini beliau muncul balik di newsfeed Aikkk Dah 4 tahun dah kau block Ahkak Dik Non Ni unblock balik dah Eh lupa agaknya beliau terbaca entry ai bertari...
Minta Dipeluk Cabaran Paling Emosi Dalam Perintah Kuarantin Luahan Hati Raifa

Minta Dipeluk Cabaran Paling Emosi Dalam Perintah Kuarantin Luahan Hati Raifa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 280 hits
Tangisan anak tunggal berusia 7 tahun di pintu bilik meminta dipeluk adalah antara cabaran yang paling mencabar bagi peneraju Bernama Radio apabila terpaksa kuarantin secara sukarela berikutan berkontak rapat dengan pesakit positif Covid 19...
Kerana Harta Kakak Ipar Maut Kakak Cedera Parah

Cool Heads Must Prevail In These Difficult Times

Norza S New Role To Ensure Road To Gold Programme Runs Smoothly

Surviving The Arctic Tundra In Canada A Test Of Human Endurance

Dokumentasi Hidupan Laut Bagaimana Kehidupan Kuda Laut

Krisis Air Di Selangor Sampai Bila Tanpa Penyelesaian

40 Ucapan Idul Fitri 2025 Lengkap Dengan Kartu Dan Gambar

Hari Ini Ada Acara Kunjungan Hormat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Takrif Air Naik 30 Tapi Masalah Air Belum Settle Lagi

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned

How To Buy And Sell Domains For Profit

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

5 Resipi Rendang Sedap Bukan Berasas Daging Ayam