Raub Bandar Musang King
Bagitahu awal awal lah.
Tajuk dengan isi tak berapa ngam.
Hehe..
Mama Yan balik ke Raub dari Segamat hari Ahad hari tu. Kami bertolak pagi dari Segamat,Sampai daerah Bera dalam pukul 12 macam tu
Dah lapar.
Mula mula nak singgah makan kat KFC je,Tempat yang senang, cepat, bersih.
Tapi KFC kat situ tengah tutup untuk renovation
Cari la tempat lain untuk isi perut
Kemudian terjumpa la restoran ni. On aje lah.
Dah lapar dah.
Nama restoran ni Restoran Nasi Kukus Ayam Berempah & Patin Tempoyak
Terletak di bangunan Umno Cawangan Bera. Tu ada banyak bendera Umno atas papan iklan kedai tu
Masa kami sampai,Tak ramai pelanggan pun. Ada 2 ke 3 keluarga besar macam kami juga duduk kat meja panjang
Meja lain kosong
Restoran ni cuma menyajikan dua jenis menu iaitu, Nasi dan patin tempoyak, Nasi kukus ayam berempah
Dua jenis menu tu je..
Oleh kerana kami semua tak makan tempoyak,Maka kami order 7 pinggan nasi kukus ayam berempah, dan Mizan, order ayam je seketul
Alhamdulillah.. kedai ni tak kedekut jual ayam dia tanpa nasi
Selalu je jumpa kedai nasi ayam dan nasi kukus ayam berempah ni taknak jual lauk ayamnya
Kalau nak kena beli nasi sekali
Dia kata nanti kuantiti tak ngam,nasi akan terlebih.
yelah.
diaorang kan orang meniaga.
dah ada kira kira dia.
Tapi kedai Nasi kukus ayam berempah yang kat Bera ni,Memang terbaik,Rempah ayam goreng untuk ayam mizan tu,penuh piring
Kira mama dia punya la.
Mizan nak ayam je.. taknak rempah
Nasi kukus ayam berempah dia dia dihidangkan bersama hirisan timun, sambal belacam dan sedikit kuah kari
Makan tak letak kari,taruk dia punya rempah rempah ayam tu pun dah sedap sangat sangat dah
Masa dah nak beredar dari restoran,Yang si abang sibuk dengan game dan handphone,eh..geram betul maknya ni
sorang lagi tak siap siap makan.
Habis semua pinggan dia intai,ayam siapa tak habis.
dia habiskan
kalau boleh dengan tulang tulang dia nak mamah..hahaha
kami sampai dalam pukul 3 macam tu
Kali ni lalu jalan Temerloh - Lancang - Mempaga - Raub,sebab kat Bentong ada tanah runtuh,jalan tutup
Tapi nampak ok ikut jalan ni,Tak tempuh bandar Bentong yang boleh tahan menyampahkan kesesakannya tu
Sampai rumah terus sampai penyapu dan mop
Macam biasalah kan..
membersihkan rumah sebulan sekali pun tidak agaknya.
entah apa je yang bujang sorang tu buat kat rumah
rasanya takde sedara mara MY baca blog ni,So tulis je la luahan hati MY kat sini
memang sakit hati sebenarnya, Tapi tak tahu nak cakap apa dan macam mana.
Mama Yan ada adik bongsu yang tiggal bersama mak abah di kampung,Tapi entahla.
makan tanggung, berak cangkung,apa kerja pun tak buat
Rumah bersepah dan berhabuk,lantai depan rumah tu dah rupa lantai bengkel,Hitam berdaki
Suami MY bagi dia motor supaya kalau dia kerja,Senang nak ulang alik waktu rehat untuk tengok tengok mak,tapi..
tak kerja pun
Dah tu, terkejut la kami tengok moto yang kami bagi.
masa bagi dia masih dalam set standard semuanya.
Dapat kat dia,Dah rupa motor dalam kebun sawit,dengan brake pun tak pasang
Cermin pandang belakang tak pasang,Bakul dan box dah takde,Sedih la.
Tak jaga barang dengan baik,Tak hargai pemberian orang,Umur dah banyak,tapi pemikiran macam budak budak.
Tak fikir perasaan orang langsung
Kalau ikutkan banyak nak tulis,tapi dah jadi mengumpat pulak,Cukuplah pendam sorang sorang..
Bukan MY taknak bantu adik beradik,Tapi lama kelamaan,Bantuan tu disalahgunakan,Diambil kesempatan berlebihan,Rasa kebaikan dan kasih sayang kita tidak dihargai pula
Tapi lagi sedih bila tengok mak
Dah la tak boleh dengar, tak boleh berjalan, tak boleh uruskan diri sendiri,Anak pula dot dot dot..
takpelah.
Lepas raya nanti,Insyaallah, nak bawa mak duduk rumah MY
Semoga semuanya dipermudahkan Allah Taala
Doa doakanlah ya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2021/12/raub-bandar-musang-king.html