Rare Pintu Wang Gunung Janji Pengalaman Hiking Yang Menarik Di Perlis


Para hikers kental yang berkunjung ke Perlis, sudah tentu tercari-cari mana destinasi hiking menarik di negeri paling Utara ini. Jom saya kongsikan satu tempat hiking rare, yang jarang kita dengar, tetapi pasti menjanjikan pengalaman hiking baharu yang sangat menarik, iaitu Pintu Wang Gunung, Perlis. Menariknya, trail setinggi 499.1 meter ini sangat istimewa kerana terletak di kawasan betul-betul sempadan antara Malaysia dan Thailand. 
Pintu Wang Gunung Janji Pengalaman Hiking Yang Menarik!

Saya sertai ekspedisi hiking Pintu Wang Gunung dengan satu kumpulan hikers yang aktif di Utara, iaitu Merendang Hikers. Dengan bayaran RM35 pakej adalah termasuk permit, guide, kru dan pengurusan. Selaku orang asal Perlis, agak memalukan sebenarnya selepas 40 tahun tinggal dan menetap di sini, tahun nih baru tahu tentang kewujudan tempat hiking unik nih. Jadi tanpa buang masa, saya cuba sertai ekspedisi Pintu Wang Gunung dengan tarikh paling hampir.


Poster hiking Pintu Wang Gunung oleh Merendang Hikers

Jadi pada tarikh 18 November 2023, kami berkumpul di tempat pertemuan, iaitu kedai makan bertentangan dengan Taman Ular Perlis, Sungai Batu Pahat pada jam 1.00 pagi. Kali ini saya berseorangan tanpa ditemani kawan-kawan hiking lain. Tapi OK, sebab sepanjang perkenalan saya dengan dunia hiking, para hikers nih memang sangat peramah dan senang buat kawan. So takde masalah!
Selesai diberi taklimat ringkas oleh saudara Lutfi, kami dibawa ke poin akhir bermulanya pendakian. Terletak di tepi jalan dan selekoh, tempat parkir kereta hanyalah tepi-tepi jalan utama agak berbahaya. Jika dapat disediakan tempat parkir yang sesuai, maka tentu pendaki rasa lebih selamat untuk meninggalkan kereta. 
Taklimat ringkas keselamatan sebelum mendaki

Pendakian cerun yang mencabar di Pintu Wang Gunung

Perlukan penginapan homestay di Perlis? Hubungi AMKAY Homestay

Team pendakian pada hari ini adalah seramai 18 orang sahaja, datang dari seluruh Malaysia. Paling jauh dari Selangor, dan kebanyakan yang lain dari negeri-negeri Utara seperti Kedah dan Pulau Pinang. Guide kami adalah Anip, juga anak negeri Perlis. Selesai taklimat ringkas pendakian, maka kami mulakan pendakian Pintu Wang Gunung pada jam 3.30 pagi.
Trail Pintu Wang Gunung nih adalah setinggi 499.1 meter dengan jarak keseluruhan hampir 4KM. Ada 14 check point kesemuanya, dengan Check Point 1 adalah paling mencabar. Seperti kebanyakkan trail dan tempat mendaki lain di Perlis, trail ini menyajikan cabaran hiking bukit yang berbatu tajam. 
Head lamp dan glove sangat diperlukan sepanjang pendakian

Check point 1 adalah antara check point paling mencabar
Perlukan penginapan selesa di Perlis? Hubungi AMKAY Homestay

Setiap langkah haruslah penuh hati-hati dan cermat. Mujur juga malam sebelumnya tak hujan, jadi tempat pendakian taklah licin dek basah dan berair. Kasut dengan tapak yang sesuai juga sangat membantu. Apatah lagi permukaan bukit yang berbatu dan tajam sampai boleh terasa di tapak kaki. Head lamp dan glove adalah sangat membantu. Jadi jangan lupa bawa ya jika anda nak mendaki Pintu Wang Gunung! 
Sepanjang jalan pendakian, anda akan terserempak dengan batu penanda sempadan Malaysia dan Thailand. Mudah nak faham, semasa mendaki di sebelah kiri anda adalah Thailand, di sebelah kanan anda adalah Malaysia. Batu penanda sempadan paling jelas dan mudah dilihat adalah pada Check Point ke-5. Boleh lah ambil peluang bergambar, sebab bukan senang nak jumpa batu penanda tu di tempat lain. 
Sebelah kanan saya Malaysia, sebelah kiri saya Thailand

Pada saya selaku newbie dalam dunia hiking, saya kategorikan trail Pintu Wang Gunung sebagai trail 3.5/5 (sederhana sukar). Trail nih lebih mudah berbanding trail Gunung Pulai di Baling yang berbatu dan lebih tinggi. 


Laluan berbatu tajam dan curam memang memerlukan skil pendakian yang baik daripada pendaki. Tak dicadangkan juga untuk orang yang pertama kali nak belajar-belajar hiking. Buat lah sedikit persediaan hiking beberapa minggu sebelum nak mendaki supaya dapat mengurangkan kecederaan. 
Pada jam lebih kurang 5.30 pagi, kami tiba di puncak Pintu Wang Gunung. Ada dua kawasan yang menjadi tumpuan pendaki untuk berehat dan bergambar. Cuma kawasan berbatuan, dan tak ada kawasan luas untuk berbaring atau berehat. Antara orang terawal yang sampai, saya cuba cari lokasi paling menarik untuk saya rehat sebentar melelapkan mata dengan harapan dapat melihat matahari naik dengan cantik sekali. 
Pemandangan malam yang indah dari Pintu Wang Gunung

Sekitar jam 6 pagi saya dikejutkan dengan suara Azan Subuh dari masjid sekitar kawasan tersebut. Subhanallah, sayu betul hati mendengar lafaz agung dari puncak tertinggi di situ. Suara tenang dengan tiupan angin sejuk betul-betul membawa hati jauh ke dalam diri untuk diinsafi. 
Selesai solat Subuh, saya bersedia dengan tripod dan fon untuk menyaksikan pemandangan sunrise cantik dari atas puncak Pintu Wang Gunung. Barulah dapat lihat pemandangan sebahagian negeri Perlis dengan cantik dari atas nih. Kelihatan juga dari jauh Bukit Chabang dan Timah Tasoh yang menjadi kebanggaan negeri Perlis. 
Pemandangan indah waktu pagi dari puncak Pintu Wang Gunung

Pemandangan indah waktu pagi dari puncak Pintu Wang Gunung


Pemandangan indah waktu pagi dari puncak Pintu Wang Gunung


Suasana yang sangat memuaskan pada hari pendakian nih menyebabkan tak terasa dah dua jam di atas puncak. Team Merendang Hikers kami berkumpul untuk sesi fotografi sebelum berangkat turun ke bawah. Kali nih pendakian turun jauh lebih mudah kerana suasana yang lebih jelas dan dalam keadaan tidak mengejar apa-apa. Lebih rileks. Lebih santai. 


Bergambar dengan penanda puncak Pintu Wang Gunung, 499.1 meter
Pertemuan dengan anak murid masa praktikum di Penang tahun 2006 dulu

Satu lagi spot menarik untuk bergambar di atas puncak Pintu Wang Gunung
Perlukan penginapan di Perlis? Jom menginap di AMKAY Homestay
Ekspedisi pendakian Pintu Wang Gunung tahun 2023 

Alhamdulillah saya sangat bersyukur trip Pintu Wang Gunung ini tak ada sebarang perkara tak diingini berlaku. Semua kawan-kawan hikers pun sangat mesra dan jadi kawan baru sepanjang pendakian ini. Memang best dan sangat meninggalkan kenangan.
Nak berkunjung ke Perlis dan perlukan penginapan homestay yang selesa di Kangar? Hubungi AMKAY Homestay (013-800 7003) untuk tempahan homestay pada harga mampu milik!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikguhailmi.com/2023/11/rare-pintu-wang-gunung-janji-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Janji Prabowo Bakal Naik Gunung Dan Pensiun Jika Kalah Lagi Di Pilpres 2024

Video Janji Prabowo Bakal Naik Gunung Dan Pensiun Jika Kalah Lagi Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 244 hits
Calon presiden Prabowo Subianto memberikan pidato dalam acara Musyawarah Nasional III Majelis Ulama Indonesia di Jakarta Sabtu
Video Ijtima Ulama Janji Dukung Penuh Anies Cak Imin Jika Mau Teken

Video Ijtima Ulama Janji Dukung Penuh Anies Cak Imin Jika Mau Teken

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 148 hits
Calon presiden dan calon wakil presiden Koalisi Perubahan Anies Baswedan Muhaimin Iskandar menghadiri pembukaan Ijtima Ulama dan Tokoh Nasional
Janji Ganjar Pranowo Buat Raja Ampat Mendunia

Janji Ganjar Pranowo Buat Raja Ampat Mendunia

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 226 hits
Ganjar bekomitmen untuk menjadikan Raja Ampat dikenal dunia
Drama Jangan Lupa Janji Lakonan Ben Amir Uqasha Senrose

Drama Jangan Lupa Janji Lakonan Ben Amir Uqasha Senrose

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 458 hits
Tonton drama bersiri Jangan Lupa Janji akan mengisi slot Tiara di Astro Ria Drama 45 episod terbitan Juita Viden dibawah arahan Michael Ang Dibintangi oleh Ben Amir Uqasha Senrose Jazmy juma Angeline Tan dan ramai lagi Judul Jangan Lupa Jan...
Anies Janji Bangun Stadion Berkelas Internasional Di Makassar Tpn Prabowo Jangan Hanya Demi Elektoral

Anies Janji Bangun Stadion Berkelas Internasional Di Makassar Tpn Prabowo Jangan Hanya Demi Elektoral

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 140 hits
Juru Bicara Tim Kampanye Nasional Prabowo Gibran Cheryl Tanzil mengatakan hal itu menjadi cara dari masing masing tim dari pasangan capres
Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint

Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

Managing Motivating Remote Teams

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


How Dermasuri Helps You Achieve Smooth Skin With Zero Effort

Analytics In Golf How Trackman Simulators Enhance Your Performance

Pn Bergolak Lagi

Guru Ditahan Miliki Ganja Bernilai Rm6 300

Hadiah Birthday 2024 Tudung Bawal Leeyanarahman

Telur Ayam Double Yolk