Ramalan Pru15 Blok Borneo Jadi Penentu Pembentukan Kerajaan


Deretan bendera dan poster calon pelbagai parti politik yang bertanding menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). -Foto Bernama oleh FARAH SHAZWANI ALI 18 November 2022 05:50pm Masa membaca: 2 minit
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Ilham Centre melalui kajian Pola Sokongan Pengundi dan Prediksi PRU15 meramalkan blok Borneo akan menyumbangkan 57 kerusi, dengan 18 daripadanya daripada GPS dan 6 daripada GRS. SHAH ALAM - Sokongan Sabah dan Sarawak dijangka akan membentuk blok Borneo dalam pembentukan kerajaan, susulan tiada gabungan parti yang dijangka menang dengan garis majoriti mudah 112 kerusi.

Firma penyelidikan bebas, Ilham Centre melalui kajian Pola Sokongan Pengundi dan Prediksi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meramalkan blok Borneo akan menyumbangkan 57 kerusi, dengan 18 daripadanya daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan 6 daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Justeru, naratif memperkasakan hak Sabah dan Sarawak akan menjadikan PRU15 sebagai pemangkin dalam pembentukan blok Borneo. “Di Sarawak, GPS dijangka akan menang 18 kerusi, Pakatan Harapan (PH) enam kerusi, Parti Bangsa Malaysia (1) manakala enam kerusi lagi peluang 50-50.



“Sementara di Sabah dan Labuan, GRS dijangka menang enam kerusi, BN (3), PH (2), Warisan (6), Bebas (1) dan lapan kerusi lagi peluang 50-50 antara parti yang bertanding,” menurut laporan kajian itu yang dikeluarkan pada Jumaat.

Unjuran kerusi yang dimenangi parti-parti di Semenanjung dan Borneo.
Cerapan dan observasi kajian akhir Pola Sokongan Pengundi dan Prediksi PRU15 ini dilaksanakan selama tiga minggu bermula 30 Oktober sehingga 17 November lalu, melibatkan kaji selidik secara tatap muka dengan 1,211 responden dan perbincangan kumpulan sasar (150 responden) di seluruh negara.

Berdasarkan dapatan kajian itu juga, PRU15 dilihat bersifat ‘lokal’ yang digarap melalui perjanjian MA63 secara berlebihan, berbanding melihat PRU sebagai platform untuk memilih kerajaan di peringkat persekutuan.


Malah, sepanjang cerapan dilakukan, politik lokal Sabah dan Sarawak lebih cenderung kepada politik oligarki dalam konteks elit setempat. Walaupun isu-isu hak Sabah dan Sarawak diketengahkan, aspek calon masih menjadi faktor terbesar mempengaruhi bukan sahaja pengundi malah jentera parti. Ilham Centre Firma penyelidikan bebas “Tiga angkubah terbesar yang melatari PRU15 di Sabah dan Sarawak ialah hubungan negeri-Persekutuan, sentimen perkauman dan kewilayahan serta isu-isu setempat,” jelasnya.


Berbanding Sarawak, kajian yang dibuat mendapati kocakan politik Sabah lebih bergelora disebabkan perebutan kerusi antara BN-GRS, PH, Warisan dan beberapa parti lokal serta calon Bebas.

Sabah dan Sarawak juga dilihat berpotensi untuk menghantar calon Bebas ke Parlimen, terutamanya di Parlimen Tenom dan Parlimen Sri Aman.

Unjuran keseluruhan 222 kerusi Parlimen.
“Parti-parti baharu seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) juga memberi tentangan yang signifikan kepada parti-parti besar dan utama di Borneo,” menurut laporan berkenaan.

Dapatan kajian yang dibuat juga mendapati, PH mendahului saingan, dengan 86 kerusi, diikuti BN dengan 51 kerusi, PN (25), GPS (18), Parti Warisan (6), GRS (6), Gabungan Tanah Air (1), PBM (1), Bebas (1) manakala 26 kerusi lagi dijangka sengit dengan peluang 50-50 antara parti yang bertanding.

SOURCE: Sinarharian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2022/11/ramalan-pru15-blok-borneo-jadi-penentu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Ph Di Hadapan Bn Pn Bertarung Di Kerusi Melayu Blok Borneo Penentu Ilham Centre

Pru15 Ph Di Hadapan Bn Pn Bertarung Di Kerusi Melayu Blok Borneo Penentu Ilham Centre

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 199 hits
POLA SOKONGAN PENGUNDI DAN PREDIKSI PILIHAN RAYA UMUM KE 15 PENDAHULUAN Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam keadaan ketika mana negara baru sahaja enam bulan keluar daripada fasa pandemik Covid 19 dan dengan krisis kenaikan harga minyak ...
Drama Pembentukan Kerajaan Di Bawah Berlawan Di Atas Berkawan Rakyat Naik Sawan

Drama Pembentukan Kerajaan Di Bawah Berlawan Di Atas Berkawan Rakyat Naik Sawan

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 143 hits
Mari ikuti drama sepanjang pembentukan kerajaan selepas PRU15 berakhir Adakah Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri ke 10 ataupun Tan Sri Muhyiddin yang akan menggalas jawatan perdana menteri ini semula Apa peranan Zahid Hamidi di dal...
Anwar Dakwa Pn Bekerjasama Dengan Bn Untuk Bentuk Kerajaan Selepas Pru15 Muhyiddin Bengang Amp Minta Bukti

Anwar Dakwa Pn Bekerjasama Dengan Bn Untuk Bentuk Kerajaan Selepas Pru15 Muhyiddin Bengang Amp Minta Bukti

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 99 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendakwa pemimpin BN dan PN sudah memulakan rundingan untuk bekerjasama membentuk kerajaan selepas PRU15 nbsp Jelas Anwar rundingan itu dibuat selepas masing masing ketinggalan dalam persaingan nbsp A...
Pasca Pru15 Zahid Nafi Gps Runding Bentuk Kerajaan Bersama Pn

Pasca Pru15 Zahid Nafi Gps Runding Bentuk Kerajaan Bersama Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 120 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional ada rundingan dengan Gabungan Parti Sarawak untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional Presiden UMNO itu turut menegaskan tiada sebarang perundingan de...
Gps Hanya Mahu Kerajaan Persekutuan Yang Stabil Selepas Pru15 Kata Abang Johari

Gps Hanya Mahu Kerajaan Persekutuan Yang Stabil Selepas Pru15 Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 139 hits
GABUNGAN Parti Sarawak hanya mahukan kerajaan pusat yang stabil selepas Pilihan Raya Umum ke 15 untuk memainkan peranannya sebagai pemerintah cekap dalam menjalankan tugas demi rakyat Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata kerajaan pusa...
Pru15 Pn Mungkin Bersama Bn Bentuk Kerajaan Di Perak

Pru15 Pn Mungkin Bersama Bn Bentuk Kerajaan Di Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 123 hits
IPOH Perikatan Nasional sedang mempertimbang untuk bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri di Perak Timbalan Pengerusi PN Perak Razman Zakaria berkata keputusan itu dibuat selepas parti itu tidak memperoleh majoriti mudah 30 keru...
Pasca Pru15 Rakyat Resah Mahu Kerajaan Negeri Pahang Dibentuk Segera

Pasca Pru15 Rakyat Resah Mahu Kerajaan Negeri Pahang Dibentuk Segera

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 83 hits
Dewan Undangan Negeri Pahang masih dalam keadaan tergantung ketika ini selepas tiada gabungan parti politik berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Ketika rundingan masih dijalankan rata rata pengundi dan rakyat Pahang
Selepas Pru15 Siapa Bakal Bentuk Kerajaan Ini Nasihat Kepada Pengundi Atas Pagar

Selepas Pru15 Siapa Bakal Bentuk Kerajaan Ini Nasihat Kepada Pengundi Atas Pagar

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 179 hits
DANIAL HAKIMGabungan parti yang bakal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 bergantung pada keputusan 21 2 juta pengundi pada 19 November ini Khusus buat pengundi atas pagar ada nasihat daripada seorang anak muda buat golongan ...
Pru15 Anwar Yakin Ph Akan Menang 112 Kerusi Parlimen Bakal Bentuk Kerajaan Baru

Pru15 Anwar Yakin Ph Akan Menang 112 Kerusi Parlimen Bakal Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 131 hits
November 16 2022Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 Presiden PKR yan...
Penubuhan Perbadanan Kelantan Utara Satu Cadangan Bernas

Two Custom Vyatka Scooters Fresh From The Butcher S Block

Hans Isaac Perlu Letak Jawatan

Jdt Juara Piala Malaysia 2023

Senarai Terkini Pakej Harga Kereta Sewa Murah Kuala Terengganu

Kongsi Foto Fitting Baju Syafiq Kyle Amp Mimi Lana Bagi Hint Akan Berkahwin Menanti Untuk Kongsi Momen Indah Bersama

Tular Rakaman Suara Wanita Dipercayai Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan

Dividen Asb 2023 Tarikh Agihan Kadar Bonus Semakan



5 Perkataan Biasa Yang Sebenarnya Mewakili Jenama Produk

Kenapa Lelaki Ramai Jadi Botak Berbanding Wanita

Info Penuh Peserta Juri Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 2024 Musim 4

10 Fakta Biodata Amir Ahnaf Pelakon Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah Astro Ria Gandingan Anna Jobling

Memahami Ungkapan Holier Than Thou Dari Aspek Bahasa


Ayam Brand Community Care Campaign 2023 Empowers 1 000 Children For A Better Future

Diperpusip Kubu Raya Undang Forum Tbm Temu Silaturahim Perdana

Panduan Lengkap Pengeluaran Sdy Cara Mengetahui Angka Keluaran Togel Sdy

Pakistan Afghanistan Kecam As Guna Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata Di Gaza

Jeritan Meminta Tolong Ketika Maghrib

Umno Confirms Isham Sacked From Party