Ramai Peniaga Online Di Kelantan Tak Bayar Cukai Jualan Lhdn
The Reporter
Masih ramai peniaga atas talian di Kelantan tidak membayar cukai jualan masing-masing walaupun telah menjana sejumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai
Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan, Shaufee Salleh berkata, keadaan itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuk peniaga tidak mempunyai maklumat atau pendedahan yang betul atau mengambil mudah berhubung pembayaran cukai
"Cukai pendapatan ke atas perniagaan dalam talian bukan suatu perkara baharu, ia merupakan jenis cukai pendapatan yang sama dikenakan ke atas para peniaga konvensional," katanya kepada Bernama
Beliau berkata demikian selepas sidang media mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela dan Isu Percukaian Perniagaan Atas Talian yang akan diadakan pada 11 Mac depan
Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan China Kelantan, Yap Heng Or
Shaufee bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peniaga atas talian yang tidak menjelaskan cukai atau dikenakan penalti
Menurut Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh peniaga tersebut
Bagi perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan mereka akan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari kosong peratus sehingga 28 peratus (mulai Tahun Taksiran 2016)
Dalam pada itu, Heng Or berkata, program tersebut diadakan pada Isnin bermula pukul 2.30 petang bagi memberi pendedahan kepada semua peniaga terutama peniaga atas talian berhubung percukaian secara atas talian
"Kita mengambil inisiatif ini kerana ramai peniaga yang masih tidak mempunyai maklumat jelas berhubung cukai bagi jualan atas talian
“Kita harap ramai peniaga dapat hadir pada program tersebut yang disediakan secara percuma. Peniaga yang secara sukarela membuat pengakuan pada hari tersebut juga akan hanya dikenakan penalti cukai serendah 10 peratus," katanya
Program tersebut dijangka akan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sri Sabin Samitah dan antara panel yang akan memberikan taklimat termasuk Anggota Majlis Institut Percukaian Malaysia, Chow Chee Yen. - Bernama
March 04, 2019 at 02:28PM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2019/03/ramai-peniaga-online-di-kelantan-tak.html