Ramai Nak Jadi Youtuber Jadilah Kreatif Content Creator
Tahun 2020 ramai sangat nak jadi YOUTUBER | Memang tak dinafikan, memasuki tahun 2020 ramai pengguna laman sosial ingin menceburkan diri dalam bidang youtube. Katanya mengikut trend orang dah tak gunakan lagi pembacaan di Blog. Itu orang lahh kata. Tetapi bagi Ina tetap setia dengan penulisan digital di blog.
Bermula dari kisah Alif Irfan, beliau menunjukkan pendapatan puluhan ribu ringgit hanya menerusi youtube sahaja. Kini netizen terbuka mata dengan kisah-kisah kejayaan Alif Irfan tu seterusnya jadi pembakar semangat kepada netizen di luar sana. Kisah ni korang boleh google mengenai Alif Irfan yee.
Banyak Channel Youtube
Bukanlah dengki. Cuma kecewa lah, rata-rata netizen yang baru sahaja create channel youtube hampir kebanyakan adalah dari reused content. Arghh! Stress pula tengok. Asyik content yang sama jee. Sebab content yang sudah di upload dari facebook mahupun lagu-lagu , cerita-cerita atau tutorial tudung yang diambil dari mana-mana sumber sekalipun.
Yup, memang lah views mudah je naik ribuan dalam masa sehari. Tetapi dalam korang asyik bergembira dengan jumlah view ribuan itu. Nanti sampai masa nak monetised, pihak Youtube takkan luluskan. Sia-sia kan? Membazirkan waktu korang sahaja. Lagipun content creator dah claim itu video dia.
Jadilah Content Creator Kreatif
Nak jadi Youtuber ni, salah satu syaratnya mestilah kreatif dalam menghasilkan sesuatu video. Bukan senang-senang je nak copy idea orang tau. Jika boleh, korang buat dengan minat. Bukanlah sebab duit semata, sudahnya memang tak kemana lah.
Ina sendiri pun channel Youtube pun tak ramai subscriber. Sekarang ni mempunyai 252 subscriber sahaja. Buat video suka-suka je. Apa yang Ina suka, Ina buatlah video. Tetapi sekarang ni, tutorial sudah makin lenyap di Channel. Adehhh, lagipun takde volunteer yang nak masuk dalam video tu. Ahaks! Channel Youtube Ina pun dah jadi Lifestyle. Dulu fokus bab tutorial urutan sahaja. Ada beberapa viewers yang request pelbagai urutan, tetapi seperti Ina katakan takde volunteer,jadinya payahlah sikit.
Korang yang suka membebel tu macam Bella Khan (youtuber), elok lah bikin video-video kreatif di Channel Youtube. Tak perlu pun nak edit-edit cantik video sebenarnya ( tak percaya cuba tengok channel Indonesia, simple je video tapi content padat!). Cukup sahaja CONTENT hebat, memang naik cepat viewers dan subscribers. Guna kamera smartphone pun boleh. Video Ina paling banyak mencecah 12k viewers.. Boleh tengok kat link ini : https://www.youtube.com/watch?v=lBYxhaPBShg
Jika bakat korang terserlah, insyallah ada lah nanti client bagi job untuk review di Channel Youtube. Contoh : https://www.youtube.com/watch?v=6JIJa0q3XRA
Moga korang yang berminat dalam menghasilkan video kreatif, teruskan perjuangan di Youtube. Moga maju jaya menjadi Youtuber! Ingat tuuu, Youtuber adalah Content Creator.Bukan menciplak idea orang..
Seronok bila ada subscriber yang setia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2020/01/ramai-nak-jadi-youtuber-jadilah-kreatif.html