Rakyat Lancar Kempen Bendera Putih


Isyarat perlu bantuan pada musim PKP
PETALING JAYA: “Naikkan bendera putih jika perlu bantuan, tidak perlu merayu dan malu.”
Demikian kata satu kempen yang dilancarkan di media sosial baru-baru ini yang menyeru orang ramai untuk menghantar isyarat secara terbuka jika memerlukan sebarang bantuan, terutamanya dari segi barang keperluan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang,” katanya.

Kempen ini mendapat sambutan meluas daripada warganet yang rata-rata menawarkan sokongan dari segi moral dan bantuan keperluan kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.

“Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera,” kata seorang pengguna Twitter, Hafizol Hakami.

Seorang lagi pengguna Twitter, Akmal Masduki menyeru agar mereka yang memerlukan bantuan mengibarkan bendera putih supaya jiran mendapat maklum tentang keadaan mereka.

“Sangat berdosa jika kita tidak bertanya khabar dan kesejahteraan jiran. Ini kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu,” katanya.

Sementara itu, bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, turut berkongsi di Facebook mengenai pemberian bantuan kepada individu yang mengibarkan bendera putih di kawasan Dewan Undangan Negerinya, Kota Iskandar.

“Sebaik dapat berita ada penduduk Kota Iskandar yang mengibarkan bendera putih, ketua cawangan Amanah Taman Pulai Indah Azam Mekhtar segera ke rumah, menghulurkan bantuan kewangan.

“Saya segera mengarahkan pegawai pusat khidmat DUN Kota Iskandar, Ustaz Muhammad Syafiq pergi ke rumahnya dan menyampaikan bakul makanan dan tunai.

“Mudah-mudahan keluarga (penerima) dapat mengharungi masa-masa yang getir ini dengan kesabaran,” katanya.

PKP 3.0 atau “total lockdown” mula berkuat kuasa pada 1 Jun selama dua minggu dan kini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP 3.0 akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4,000 kes. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/rakyat-lancar-kempen-bendera-putih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah Tiada Bekalan Makanan

Kempen Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah Tiada Bekalan Makanan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 707 hits
Salam to all readers Kempen Kibarkan Bendera Putih Bagi Bantuan Pada Orang Susah Tiada Bekalan Makanan Lately rasa sayu baca keluhan orang ramai ada yang kena buang kerja ada yang tak cukup duit nak beli makan ada kena halau rumah tak mampu...
Hiburan Kita Cuba Bantu Mereka Siti Nordiana Menyokong Kempen Bendera Putih

Hiburan Kita Cuba Bantu Mereka Siti Nordiana Menyokong Kempen Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 358 hits
Sedia maklum akibat daripada kesukaran hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang dilaksanakan oleh kerajaan insiatif kempen bendera putih telah dijalankan bagi membantu segelintir masyarakat yang terjejas ketika ini AdvertisementPen...
Kempen Bendera Putih Kitabantukita

Kempen Bendera Putih Kitabantukita

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 749 hits
Kerajaan mengumumkan lagi untuk melanjutkan TOTAL LOCKDOWN sambungan daripada sebulan lalu sehingga pada tarikh yang belum ditentukan Walaupun ia tidak dipanggil lagi sebagai PKP tapi Fasa 1 namun SOP tetap sama dan juga undang undang sama ...
Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

Amk Sediakan Bantuan Rakyat Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 481 hits
Kempen kibar bendera putih andainya bekalan keperluan harian terputus yang dianjurkan oleh beberapa NGO turut disertai Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Menurut Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab sebagai tanda solidariti sayap pemuda itu tu...
Keadilan Pahang Membantah Keras Pihak Yang Mengugut Rakyat Yang Menaikkan Bendera Putih

Keadilan Pahang Membantah Keras Pihak Yang Mengugut Rakyat Yang Menaikkan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 298 hits
Keadilan Pahang melahirkan rasa simpati kepada beberapa penduduk di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan yang mengadu bahawa mereka telah diugut untuk diambil tindakan sekiranya mereka mengibarkan bendera putih bagi memberi isyarat mereka per...
Kempen Bendera Putih Bantuan Makanan Tetap Diteruskan Di Kawasan Pkpd

Kempen Bendera Putih Bantuan Makanan Tetap Diteruskan Di Kawasan Pkpd

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 383 hits
July 2 2021 Ohana s Helping Hands Food Bank tidak menyangka PKPD diumumkan di Selangor dan Kuala Lumpur ketika PKP sedang berjalan PETALING JAYA Bantuan menerusi kempen bendera putih kekal diteruskan di kawasan perintah kawalan pergerakan d...
Bendera Putih Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap

Bendera Putih Rakyat Tolong Rakyat Bila Wakil Rakyat Tak Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 327 hits
INGATKAH kita tentang kisah Khalifah Umar Abdul Aziz seorang pemimpin yang mengenyangkan perut dan mengayakan rakyatnya Membaca sejarahnya tentu sesiapa pun mendambakan pemimpin sedemikian untuk negara Malaysia yang kita cintai ini Seorang ...
Beri Sokongan Terhadap Kempen Bendera Putih Pu Riz Bantu 110 Keluarga Susah

Beri Sokongan Terhadap Kempen Bendera Putih Pu Riz Bantu 110 Keluarga Susah

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 323 hits
Turut terkesan dengan keadaan semasa di mana ramai yang dihimpit kesusahan hidup suami kepada selebriti terkenal Neelofa PU Riz tampil membantu 110 keluarga kurang berkemampuan di Kuala Lumpur semalam Difahamkan lagi pendakwah bebas Haris I...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page