Rakaman Mirip Suara Saja Tu Biasalah Sembang Kawan Lama


 


Panas! Portal pro-Azmin dedah perbualan telefon mirip suara Anwar dan ZahidApril 7, 2021 Sebuah rakaman audio perbualan telefon di antara presiden Umno dan PKR menunjukkan bukti paling jelas bahawa wujud perancangan bersama dua pemimpin itu bagi mencorakkan nada kecenderungan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.
Beberapa fail rakaman audio perbualan telefon yang tular di media sosial dan aplikasi perbualan dalam talian menunjukkan dua pemimpin itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).
“Saya, dah 22 tahun, baru saya follow Perhimpunan Agung Umno,” kata Anwar sambil ketawa selepas memberi salam kepada Zahid dalam rakaman perbualan tersebut.
“Don’t worry, that is only tactical, OK,” jawab Zahid.
“No, no, okey, okey, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game, tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata Anwar.
Mereka berdua dipercayai merujuk ucapan Zahid dalam PAU yang tegas mengatakan beliau komited dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno iaitu “No DAP, No Anwar” dalam usaha membina kerjasama politik pada masa akan datang.
MalaysiaNow yang menerima rakaman audio berkualiti tinggi melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.
Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Zahid ketika PAU mengumumkan mandat yang diperolehinya.
Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah di atas ucapan beliau di PAU, dan Zahid pula turut membalas pujian Anwar itu.
Zahid: You tahu siapa cikgu saya kan?
Anwar: Good lah, good. I’m very proud of you.
Zahid: Thank you, thank you. Cikgu saya yang ajar saya ucapan ini adalah orang yang saya tengah bercakap inilah.
Dalam ucapan penggulungannya ketika PAU baru-baru ini, Zahid turut memohon perwakilan untuk berdiri bagi menyatakan sokongan terhadap usul putus hubungan dengan PN.
Beliau kemudian mengisytiharkan usul tersebut diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan.
Pada satu bahagian perbualannya dengan Anwar, Zahid turut menyentuh perkara berkenaan ucapan perwakilan Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menolak cadangan dari presiden Umno itu .
MalaysiaNow difahamkan ucapan tersebut tidak disiarkan secara langsung seperti ucapan-ucapan lain yang menyokong Zahid.
Zahid: Shahidan je yang against the motion, kena boo lima, enam kali.
Anwar: Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani.
Zahid: Penakut.
Anwar: Hanya yang Perak tu, apa namanya, Shamsul, yang kata dia akan resign…
Zahid: Ya, betul.
Anwar: Kalau dia boleh, one or two days, dia kata, ‘Saya respect mood perhimpunan, saya orang Umno, saya patuh’, jadi begitulah. Tak apalah, kita tengoklah. Tapi good lah, terima kasih, congratulations.
Zahid: Thank you for your concern, thank you for your moral support.
Shamsul dalam perbualan tersebut merujuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah, yang sebelum ini berkata beliau akan meletak jawatan dari Kabinet jika diarahkan Umno.
Dalam perbualan mereka, Anwar mengingatkan Zahid mereka akan bertemu pada malam Selasa, sebelum berkata masih ada perkara yang perlu dilaksanakan
Anwar: Tapi itu tak habis lagi. Ada sikit lagi. Sebab, kalau katalah you [senyap], maka you kena call for an emergency meeting MT tau.
Zahid: Tak apa, tak apa, I can do it, I can do it.
Anwar: Because kalau you kena mengadap, macam sekarang [senyap]
Anwar kemudian mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Zahid, di samping turut berseloroh supaya beliau memberitahu isterinya, Hamidah Khamis, bahawa suaminya membuat Anwar berbangga.
“Alhamdulillah, tell Midah, ini first time Anwar bangga,” kata Anwar sebelum menamatkan panggilan.
Zahid merupakan sekutu utama Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam Umno ketika ia dipimpin Dr Mahathir Mohamad pada tahun 90-an.
Anwar ketika itu dilihat sebagai bakal pengganti Mahathir sebelum perdana menteri itu memecat beliau daripada parti dan kerajaan pada 1998.
Zahid juga adalah antara teman rapat Anwar yang turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Anwar dipecat.
Beliau kemudian mengalihkan sokongan dan berikrar untuk setia kepada Mahathir dan mendaki karier politiknya ketika Anwar meringkuk dalam penjara.

Sumber : https://www.malaysianow.com/berita/2021/04/07/pendedahan-perbualan-telefon-tergempar-antara-anwar-dan-zahid/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/rakaman-mirip-suara-saja-tubiasalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edisi Khas Mingguan 017 Rakaman Audio Percaturan Politik Mirip Suara A

Edisi Khas Mingguan 017 Rakaman Audio Percaturan Politik Mirip Suara A

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 162 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0171 AMARAN PKR BERHATI HATI DENGAN MUHYIDDIN 2 KARTEL PROJEK RM 3 8 BILION TUMPAS 3 RAKAMAN AUDIO MIRIP ANWAR ZAHID TULAR
Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

Rakaman Audio Mirip Suara Anwar Zahid Satu Konspirasi Tahap Tertinggi

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 312 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONRakaman perbualan peribadi yang didakwa mirip Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai hari hitam kepada demokrasi Malaysia Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk...
Gampar Pendedahan Rakaman Audio Mirip Suara Zahid

Gampar Pendedahan Rakaman Audio Mirip Suara Zahid

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 283 hits
Politik negara digemparkan dengan pendedahan rakaman suara mirip Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Jika betul rakaman audio itu melibatkan Zahid dan Anwar ia satu malapetaka besar kepad...
Gusar Cemas Apa Dengan Suara Mirip Anwar Dan Zahid

Gusar Cemas Apa Dengan Suara Mirip Anwar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 333 hits
Suara mirip Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi dah macam isu jenayah pula dah Apa salahnya kiranya benar Lagipun dalam politik Malaysia bukan ini kali pertama berlaku Kecoh sampai menyusahkan pihak polis kena siasat kena hantar ke unit forensik...
Rakaman Suara Zahid Anwar Siapa Ketakutan

Rakaman Suara Zahid Anwar Siapa Ketakutan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 208 hits
Rakaman suara Zahid Anwar siapa ketakutan Oleh April 09 2021Askar PPBM malam tadi sibuk menyebarkan audio rakaman mirip Zahid dan Anwar FAKTASumber rakaman Mohon didedahkan sumber rakaman itu dari mana Adakah dari teknikal Cawangan Khas sep...
Rakaman Jeminmacamana Takmau Sembang Kah

Rakaman Jeminmacamana Takmau Sembang Kah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 91 hits
Hamdan Taha Rakaman antara Anwar dan Zahid bukan main lagi musuh mereka berdua buat serangan terhadap ke dua duanyaTerutama dari PN juga Ramai dari Umno dan Pas mempertikaikan apa yang di bicarakan walaupun dari segi politik tidak ada yang ...
Rakaman Audio Selepas Dengar 10 Kali Saya Cam Suara Itu Yakin 100 Tulen Kata Annuar

Rakaman Audio Selepas Dengar 10 Kali Saya Cam Suara Itu Yakin 100 Tulen Kata Annuar

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 295 hits
April 8 2021 2 18 PMAnnuar Musa mendakwa rakaman audio dikatakan suara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim adalah tulen PUTRAJAYA Annuar Musa mendakwa rakaman audio perbualan dua individu dipercayai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ket...
Rakaman Suara Zahid Anwar Taktik Alih Isu

Rakaman Suara Zahid Anwar Taktik Alih Isu

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 292 hits
Isu rakaman perbualan didakwa di antara Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi tidak perlu diperbesar besarkan sehingga berhari hari lamanya kerana tidak menyalahi undang undang negara Pakar Und...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever