Raja Ilya Tak Duduk Diam






Selepas enam bulan berkahwin dengan ahli perniagaan kelahiran Australia, Trent Garret, pelakon Raja Ilya, 34, kembali meneruskan aktiviti seninya seperti biasa.

Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini berkata, agenda seninya juga padat sehingga tahun depan.

“Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon drama dan filem ketika ini. Namun, saya perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga kerana suami juga memiliki perniagaan di Australia,” katanya.

Menurut Ilya, sebaik selesai majlis perkahwinannya pada Disember lalu, dia terus menyambung penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna musim ke 2 sehingga Mac lalu.


“Selepas selesai penggambaran drama, baru saya kembali ke Perth dan tinggal di sana selama sebulan. Selepas itu, saya kembali ke Malaysia untuk selesaikan skrip telemovie Sayang Ku Mia. Ia juga projek sulung terbitan syarikat saya, Golden Peacock Film Production Sdn Bhd,” katanya.

Terkini, Ilya terbabit sebagai hos program travelog 13 episod Raon Di Bumi Kenyalang, Sarawak terbitan syarikat produksinya.

Program travelogue arahan Muralikrishnan itu bakal ditayangkan di RTM.

“Selain sebagai hos, saya juga terbabit sebagai penulis skrip travelog ini. Ia pengalaman pertama kami suami isteri mengembara berdua sepanjang penggambaran program ini pada Ramadan lalu. Saya juga bersyukur kerana kami disambut baik oleh masyarakat di Sarawak. Kami juga mendapat tajaan penginapan dari beberapa hotel di sana,” katanya yang menjelajah ke beberapa tempat di Sarawak seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Bercerita mengenai penggambaran program berkenaan, Raja Ilya berkata, dia berdepan dengan cabaran apabila ia dilakukan dalam bulan Ramadan.

“Maklumlah, penggambaran dilakukan dalam cuaca panas terik, di tepi laut dan sebagainya. Mujur, suami yang turut menemani mampu menahan lapar dan dahaga kerana dia sudah biasa berpuasa untuk menurunkan berat badannya sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai majlis resepsi mereka di Malaysia pula, kata Ilya, mengikut perancangan ia dijangka berlangsung pada September nanti.

“Memang impian kami adakan majlis resepsi perkahwinan di sini khusus untuk meraikan rakan rapat, keluarga terdekat dan pihak media.

“Pada mulanya, saya merancang mahu mengadakannya pada 16 Jun ini di Glam Hall Mercu Mustapa Kamal di Neo Damansara, tapi terpaksa ditangguhkan pada September kerana terikat dengan komitmen kerja,” katanya.

Beraya dengan suami di Perak

Kedatangan Aidilfitri pada tahun ini pastinya cukup bermakna buat Ilya kerana meraikannya buat kali pertama sebagai isteri.

Menurut Ilya, kini hidupnya sudah lengkap kerana ada suami yang sentiasa menemani di sisi.

“Alhamdulillah, saya bertuah kerana Trent suami yang penyayang dan membuatkan hidup saya bahagia. Setiap kali ada masa terluang, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama,” katanya.

Aidilfitri tahun ini Ilya dan suami meraikannya di kampung halamannya di Ipoh dan Taiping, Perak.

“Kami sangat teruja dapat beraya bersama keluarga dan sanak saudara di kampung,”katanya.

Raja Ilya dan Trent berkahwin di kediaman saudara ahli perniagaan itu di Perth, Australia dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak pada 23 Disember tahun lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/raja-ilya-tak-duduk-diam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepsi Raja Ilya Twg Di Dua Negara

Resepsi Raja Ilya Twg Di Dua Negara

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 401 hits
SUMBER Pelakon Raja Ilya 33 mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Australia yang dikenali sebagai TWG pada 23 Disember depan Akad nikah dijadual berlangsung di kediaman bakal mentuanya di Perth Australia yang hanya dihad...
Saya Sangat Sayangkan Dia Sebab Tu Saya Mahu Dia Mati Wanita Duduk Hisap Rokok Selepas Tikam Kekasih

Saya Sangat Sayangkan Dia Sebab Tu Saya Mahu Dia Mati Wanita Duduk Hisap Rokok Selepas Tikam Kekasih

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 483 hits
Seorang wanita berusia 21 tahun ditangkap oleh polis kerana cuba membunuh teman lelakinya selepas dia menikam menggunakan pisau berkali kali pada bahagian perut mangsa Menurut kejadian berlaku pada Khamis 23 Mei di apartmen kediaman di Toky...
Ainul Hari Ini Ainul Duduk Semula Dalam Inkubator

Ainul Hari Ini Ainul Duduk Semula Dalam Inkubator

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 404 hits
SELEPAS dua hari berada di London bayi perempuan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak kanak Naluri sebagai bapa Ahmad...
Pendarahan Bengkak Pada Faraj Boleh Berlaku Ketika Hamil Elakkan Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

Pendarahan Bengkak Pada Faraj Boleh Berlaku Ketika Hamil Elakkan Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 397 hits
Kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh Kadangkala perubahan ini akan mengubah penampilan mereka dan juga mengakibatkan kesakitan Pendarahan adalah antara masal...
Penumpang Terpaksa Duduk Selama 10 Di Kerusi Dicemari Muntah

Penumpang Terpaksa Duduk Selama 10 Di Kerusi Dicemari Muntah

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 314 hits
Seorang ahli perniagaan terpaksa duduk di tempat duduk yang dicemari kesan muntah selama 10 jam dalam pesawat British Airways selepas krew kabin gagal menawarkan tempat duduk lain kepadanya nbsp Dave Dildea 38 timbalan presiden di sebuah fi...
Perlantikan Lateefa Beebi Koya Buat Pkr Tak Senang Duduk Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

Perlantikan Lateefa Beebi Koya Buat Pkr Tak Senang Duduk Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 664 hits
Pengisytiharan perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua PesuruhJaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Mahathir Muhamad mendapat kritikan bukan hanya dari pihak pembangkang malah pihak kerajaan terutama PKR juga melakukan perkara sam...
Anies Pastikan Penerbitan Imb Di Pulau Reklamasi Sesuai Prosedur Tak Ada Diam Diam

Anies Pastikan Penerbitan Imb Di Pulau Reklamasi Sesuai Prosedur Tak Ada Diam Diam

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 334 hits
Anies menjelaskan semua pihak yang bangunannya mengalami penyegelan harus diproses secara hukum dan dibawa ke Pengadilan Negeri Jakarta Utara Kemudian hakim memutuskan denda sesuai dengan Perda yang berlaku
Kami Takda Maid Dan Tidak Duduk Sekali Dengan Mak Atau Mertua Maka Dr Say

Kami Takda Maid Dan Tidak Duduk Sekali Dengan Mak Atau Mertua Maka Dr Say

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 642 hits
Please follow and like us 0 Bayi pertama satu keadaan yang janggal dan sukar untuk sesuaikan diri Segalanya harus dilakukan secara try and error Tiada betul atau salah namun menurut doktor popular Dr Say Shazril sebagai seorang suami di
Stuart Collin Geram Ada Yang Foto Diam Diam

Stuart Collin Geram Ada Yang Foto Diam Diam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 308 hits
Stuart Collin geram karena ada yang memotret dirinya saat sedang menikmati perjalanannya menggunakan kereta api Pria yang akrab disapa Stu itu tak suka dan merasa terganggu
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual