Rafizi Memang Paling Layak Bergandingan Dengan Anwar


 
Pengumuman Rafizi Ramli untuk kembali aktif dalam politik, seterusnya mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Mei ini, rata-ratanya disambut gembira dan positif oleh ahli serta penyokong parti itu di seluruh negara.


Berdasarkan komen dan mereka yang berkongsi kenyataan Rafizi berkenaan pengumuman tersebut dalam pelbagai medium media sosial semalam adalah bukti nyata bagaimana kembalinya beliau memang sangat-sangat dinantikan.


Ada seorang pengguna media sosial menulis rasa gembira yang dialaminya dengan pengumuman Rafizi itu seumpana Rita Rudani setuju menerima lamarannya.


Memang tidak dapat dinafikan, kembali aktifnya Rafizi dan kemudian sedia bertanding jawatan nombor dua dalam PKR adalah pemulih semangat kepada parti itu yang terlibat lesu sejak kekalahan demi kekalahan dialami dalam PRN kebelakangan ini.


Dengan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Rafizi kini dilihat sebagai pendamping dan pembawa obor paling sesuai untuk membantu Anwar Ibrahim meletakkan kembali PKR di tempat yang sewajarnya di hati rakyat sebagaimana ketika beliau memegang jawatan Pengarah Strategik sebelum ini.


Ketika itu, selain mendedahkan banyak hal berkaitan 1MDB, nama beliau juga meniti di hati rakyat dengan siri pendedahannya tentang skandal lembu NFC yang melibatkan keluarga bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil.


Sebab itu, bersama pengumumannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi dipercayai tiada masalah untuk memenangi pertandingan itu nanti.


Jawatan nombor dua PKR memang selayaknya dan sesuai dipegang beliau berbanding calon-calon lain yang turut diwar-warkan mahu bertanding jawatan yang sama.


Calon-calon lain itu, maaf cakaplah, belum cukup berkelayakan untuk memegang jawatan Timbalan Presiden serta untuk membantu Anwar memperkukuh PKR.


Dengan demikian, eloklah mereka terbabit mencermin diri dan sebaiknya membatalkan saja hasrat mahu bertanding itu.


Tidak ke mana pun jika diteruskan juga hasrat ingin bertanding itu kerana asas yang paling penting ialah kemampuan dan kewibawaan untuk membantu Anwar serta PKR.


Mampukah mereka selain Rafizi itu?


Begitu pun, dalam usaha memperkukuh semula PKR dan membantu Anwar, keberadaan Rafizi akan lebih bererti dan menarik hati jika Nurul Izzah turut sama dalam pasukannya sebagai calon Naib Presiden.


Anwar, Rafizi dan Nurul Izzah – ketiga-tiganya adalah wajah bakal pemimpin masa depan dan mempunyai karisma serta kewibawaan sebagai “PM Materials” yang tidak perlu diragui lagi


Jika pun Anwar akhirnya ditakdirkan tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, dua pelapisnya itu mungkin mampu sampai ke Bangunan Perdana Putra pada suatu hari nanti berdasarkan penerimaan, wibawa dan bagaimana mereka begitu disukai.


Lantaran demikian, langkah menuju hari esok itu mesti dimulakan hari ini dengan usaha menggabungkan ketiga-tiganya dalam satu pasukan tidak harus dilengah-lengahkan lagi. – ShahbudinHusin 16/03/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/rafizi-memang-paling-layak-bergandingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

Melayu Seperti Rafizi Adalah Pemimpin Yang Paling Layak Dijemput Dan Diberi Tempat Dalam Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 220 hits
Harga seorang Melayu seperti Rafizi sangat membazir jika diletak dalam PKR rosak jika di dalam UMNO JIKA berada dalam DAP ia dapat membantu ramai orang Melayu lebih maju bersaing akan lebih ramai generasi Y menyertai dan MENJADIKAN parti IT...
Rafizi Needs To Break The Anwar Cult In Pkr

Rafizi Needs To Break The Anwar Cult In Pkr

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 228 hits
UMAR MUKHTAR For a smart guy you are making a move that makes no sense Coming back to fight for the no two job in the party that had been so silly as to choose an obvious traitor over you and patronising the man whose attitude by your own a...
Rafizi Anwar S Loyalists Not Helping To Create Winnable Narrative

Rafizi Anwar S Loyalists Not Helping To Create Winnable Narrative

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 187 hits
Fresh from announcing his comeback into active politics Rafizi Ramli has taken aim at PKR president Anwar Ibrahim s loyalists whom he claimed to have failed to help create a winnable narrative for the party and Pakatan Harapan since the 14t...
Terus Terang Edisi Terpaling Bersama Rafizi Ramli Dan Nurul Izzah Anwar

Terus Terang Edisi Terpaling Bersama Rafizi Ramli Dan Nurul Izzah Anwar

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 161 hits
TERUS TERANG EDISI TERPALING Bersama dan Sabtu 19 Mac 2022 9 malam Kali terakhir saya meluahkan pendapat dalam program terbuka adalah empat tahun lepas Antara tahun 2015 hingga 2018 saya menghasilkan beribu kandungan untuk menyampaikan makl...
Sindiran Rafizi Terhadap Anwar Dibidas Farhash Salvador

Sindiran Rafizi Terhadap Anwar Dibidas Farhash Salvador

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 173 hits
Bekas ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador membidas pemimpin PKR Rafizi Ramli memintanya menghentikan permainan politik murahan dan bersikap jujur Farhash menyentuh kenyataan Rafizi ketika temubual bersama radio BFM 89 9 pagi tadi berhubun...
Guan Eng Dibidas Kerana Cadang Agar Rafizi Lawan Anwar

Guan Eng Dibidas Kerana Cadang Agar Rafizi Lawan Anwar

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 233 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan sepatutnya mengelak daripada mengulas mengenai hal PKR yang hanya akan mengundang spekulasi dan kontroversi kata pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad Ahli parlimen Setiawangsa itu mengulas wawancara Guan Eng dengan...
Awani Ringkas Anwar Ibrahim Positif Covid 19 Manfaat Bkm

Awani Ringkas Anwar Ibrahim Positif Covid 19 Manfaat Bkm

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 209 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini
Bn Menang Di Johor Najib Layak Kembali Jadi Presiden Umno

Bn Menang Di Johor Najib Layak Kembali Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 229 hits
satuberita myBy March 9 2022Bila boss kau disambut meriahTebuan Tanah tau Najib Razak rasa beliau paling popular walaupun sudah didapati bersalah oleh dua mahkamah dan empat hakim dalam kes SRC International ke mana saja beliau pergi diliha...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Puding Dadih Mangga

Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan