Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan


PYANHABIB -- KISAH SEPOTONG TELUR DADAR DAN GULAI NANGKA BULAN RAMADAN
Saya cuba mengingati sebanyak mungkin momen mengenai lelaki hebat ini; Pyanhabib Rahman

Pertama kali saya jumpa dan bertegur-sapa dengan Pyanhabib -- di rumah Anak Alam, Padang Merbok, KL sekitar 1987

Saya tahu lokasi ini kerana dibawa Ladin Nuawi menyertai Perhimpunan Penyair Muda (PPM) 1987

Ladin Nuawi jumpa saya merayau belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya baru bangun tidur di celah bangunan Dayabumi

Ladin Nuawi selalu nampak saya duduk melengung melihat Baca Puisi Tiang Lampu di tepi Pasar Budaya

"Kau nak ke mana?" Tanya Ladin Nuawi

Mata saya masih bakup dan fikiran masih mayau kerana tidur tak nyenyak di tepi bangunan serta keletihan kerana beban cuaca malam yang sejuk

"Jom.. ikut aku ke PPM," kata Ladin Nuawi

"Saya tak ada duit, bang?"
Peserta PPM dikenakan yuran RM20. Bagi kutu-rayau tahun 1987 -- jumlah ini setara macam RM500 sekarang

PERTAMA KALI JUMPA PYANHABIBSaya sertai PPM sebagai kru; kemaskan tempat tidur peserta dan bantu apa saja yang boleh. Program diadakan di KBN lama. (Sekarang Aswara)

Jadi, malam hari -- saya merayau sampai Rumah Anak Alam yang bersebelahan dengan KBN

Di situ saya nampak kelibat Pyanhabib; rambut panjang dan berdenim lusuh serta kemeja flannel saiz besar

Ada lebih 300 peserta dengan majoriti anak muda turun berkampung di PPM. Mood memang 'ala woodstock'. Cuma, sebab tak kenal orang -- saya jadi kera sumbang

Tetapi, peluang ini penting kerana minat saya pada sastera

1994Puas jadi kutu hippie -- tahun 1992 saya masuk USM

1994 saya sertai Kumpulan Utusan sebagai wartawan kadetsyip. Pyanhabib sudah lama di situ -- jadi bermulalah hubungan kami yang lebih akrab

Ketika era Puisi Jalanan Bawah Tiang Lampu sekitar 1986 sampai 1991 -- saya kerap melepak berkumpulan dengan penyair senior/rebel

Satu hari -- pada bulan Ramadan 1988 -- saya kelaparan dan tak punya wang untuk berbuka. 
Pyanhabib ajak saya ke Benteng Lama, Jalan Masjid India

Dia belanja berbuka -- makan nasi campur murah; berlauk sepotong telur dadar dan kuah lemak gulai nangka

Itu kali pertama, saya berbual panjang dengan Pyanhabib

BERPISAH DI UTUSAN MELAYUSaya keluar Utusan Melayu pada 1996 menyertai 'batch' pertama Astro

Sejak itu -- jarang jumpa Pyanhabib

Kami akrab semula tahun 2020. Saya mula strim dan teringat nak menjual buku puisi Pyanhabib. Sekaligus, menjemputnya baca sajak dalam strim

Saya yakin; pesona baca sajak Pyanhabib dari era jalanan ke media sosial -- satu potensi unik

Sejak itu kami kembali akrab; saya kekal memanggilnya 'abang'. Jarak usia kami pun -- saya 9 tahun lebih muda

Keraplah Pyanhabib datang ke studio; kerana seperti saya -- dia juga sudah mengecilkan lingkaran berkawan. Usia tua jadikan kita lebih selektif

GUA MAHU KE MEKAHSatu kali -- di studio saya sekitar 2023 -- Pyanhabib bercerita mengenai impiannya

"Sudah tua," katanya: "Sudah tidak mahu apa-apa. Gua mau pergi Mekah saja."
Itu ucapan yang melekat di hati saya; terasa sangat tersentuh

Dia macam 'abang' dan kawan baik. Saya selalu teringat -- masa susah, Pyanhabib belanja buka puasa makan telur dadar -- berkuah gulai lemak nangka

Saya tawarkan pakej ke Mekah. Pyanhabib tak mahu. Saya pujuk melalui isterinya. Dua minggu kemudian, selepas banyak kali pujuk -- baru Pyanhabib setuju

SAYA TAK PERNAH BANTAH CAKAP PYANHABIBDari zaman kutu-rayau, ada 5 orang yang saya takkan bantah cakap mereka

Nasir Jani, Sani Sudin, Khalid Salleh, Ladin Nuawi dan Pyanhabib

Kalau mereka bual guna "lu gua", saya tetap berbahasa memanggil mereka abang

Atas apa pun isu -- saya memilih sikap hormat dan mendengar. Kalau berbeza pandangan; saya pilih mendiamkan diri. Sebab proses intelek takkan mengatasi sikap hormat

Saya pilih diam dan mendengar; sebab ini senarai orang yang mendidik saya waktu remaja -- ketika usia masih bengap

Maka, saya kekal bengap; sebab bersikap bengap itulah -- memori terindah selama mengenali mereka akan terus hidup

Masa jadi kutu -- sikap bengap jadikan  saya banyak belajar dari mereka. Soal sastera, filem dan teater. Sekolahnya hanya di jalanan KL

RINDU JALAN TAR & COLISEUMPagi ini -- saya jadi rindu pada Pyanhabib. Puncanya kerana saya teringat nak bersarapan di Jalan TAR

Jalan TAR dan tapak bekas Pawagam Coliseum -- kalau muncul dalam ingatan; pasti menyeret wajah kenangan Pyanhabib

Sebabnya -- tiap kali Pasar Malam Jalan TAR (lewat tahun 80an -- lokasinya di jalan utama) -- Pyanhabib akan baca sajak dan jual buku di seberang Pawagam Colesium

Itu menjadikan saya selalu rindukan suasana Jalan TAR pada malam hari. Laluannya memutarkan memori. 
PADA USIA TUAMasa tua dan sebelum Pyanhabib pergi (4 Jun 2024), kalau berjumpa -- kami hanya berbual soal keluarga. Pyanhabib akan bercerita kisah cucunya

"Sabarlah...," katanya: "Nanti lu akan dapat cucu juga."
Saya tersengih: "Abang rehatlah cukup-cukup... kalau sunyi datang sini."
Saya selalu pelawa Pyanhabib datang ngeteh di studio. Dia antara 'circle' akhir kawan-kawan lama yang masih kekal akrab

KASUT FUNG KEONGTiap kali kalau hujan turun dan kebetulan saya mengelamun di jendela -- atau kalau nampak sepatu FK ZRA Strim... saya pasti teringatkan Pyanhabib

Suasana hujan turun terasa paling romansa -- sebab sajaknya yang paling saya suka ialah 'Hujan'

Sepatu pula -- kerana dia yang pertama gayakan; setelah Izzat Amir Rabak-Lit tunjukkan edisi ZRA Strim di rumahnya

Berehatlah sahabatku. Sudah kau lalui hidupmu yang marhaen; indah dan berliku. Moga Allah merahmatiMu dengan segala kebaikan

Al Fatihah...







ZRA Strim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/01/pyanhabib-kisah-sepotong-telur-dadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang Mudah Je Resipinya

Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang Mudah Je Resipinya

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 121 hits
Jom cuba masak Gulai Tempoyak Telur Goyang untuk keluarga Nampak sangat sedap dan mudah dimasak Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk insan tersayang menu ini boleh diketengahka...
Mood Perempuan Ketika Datang Bulan

Mood Perempuan Ketika Datang Bulan

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 201 hits
Bila tiba hari pertama datang bulan wanita bukan sahaja berdepan dengan rasa sakit fizikal tapi juga emosi yang tak menentu Mood Swing Itu BiasaPerubahan hormon menyebabkan emosi mereka mudah berubah Kadang kadang mereka rasa ok tapi sekeja...
Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks

Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 131 hits
bulan kesedaran Setiap tahun bulan Januari disambut sebagai Bulan Kesedaran Kanser Serviks di seluruh dunia Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser serviks punca punca langkah pencegahan dan kepentingan diagnosis awal ...
Van Kelvin Nuju Bulan Chord

Van Kelvin Nuju Bulan Chord

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 113 hits
E E A bulan uji madah ka aku B E nama rita iya ngelamatu C m A enda berasai udah lama enda betemu B E agi ka enda iya ingat ke aku E A ujan sambut meh pesan ku B E nyema agi aku dikerindu C m A juluk ati ingin ka betemu baru B E tang nadai ...
Meriah Berbuka Puasa 2025 Dengan Gempita Ramadan Renaissance Iftar Buffet Renaissance Jb Hotel

Meriah Berbuka Puasa 2025 Dengan Gempita Ramadan Renaissance Iftar Buffet Renaissance Jb Hotel

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 189 hits
Meriah Berbuka Puasa 2025 dengan Gempita Ramadan Renaissance Iftar Buffet Renaissance JB Hotel Orang JB mencari cari buffet Ramadan 2025 Jom try sini Renaissance JB Hotel Bertemakan Gempita Ramadan pelbagai menu disajikan dari menu tradisio...
Ibu Bunuh Bayi 6 Bulan Kerana Suami Kahwin Lain

Ibu Bunuh Bayi 6 Bulan Kerana Suami Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 154 hits
Sinar HarianWARGA Kecamatan Mataram Baru Lampung Timur digemparkan dengan kejadian pembunuhan tragis bayi berusia enam bulan Apa yang menyayat hati bayi perempuan itu dipercayai dibunuh ibunya di rumah mereka pada jam 4 pagi Sabtu lalu Ketu...
Tilik Nasib Di Tiktok 2 Wanita Dipenjara 2 Bulan Didenda Rm1 000

Tilik Nasib Di Tiktok 2 Wanita Dipenjara 2 Bulan Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 121 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com myWanita warga Indonesia dan kekasihnya dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini FOTO IHSAN JHEAINS Seremban Wanita warga Indonesia dan kekasihnya dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Sy...
Terengganu Tumbuk Polis Di Mahkamah Penganggur Dipenjara 6 Bulan

Terengganu Tumbuk Polis Di Mahkamah Penganggur Dipenjara 6 Bulan

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 139 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penganggur dikenakan penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Chukai selepas mengaku bersalah menumbuk seorang anggota polis minggu lalu Tertuduh Rosidi Muhamed 37 membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah