Putrajaya Night Bridge Tour
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Putrajaya Night Bridge Tour! | Seronoknya bersiar-siar di kawasan sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Hop-On-Hop-Off! Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang sertai pengalaman yang sangat seronok dengan bersiar-siar di waktu malam di sekitar Putrajaya.
Putrajaya sememangnya mempunyai banyak tempat menarik dan sangat cantik, terutamanya di waktu malam! Antara tempat yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya dataran berhadapan dengan Masjid Putra
Kali ini, aku nak kongsikan dengan anda semua pengalaman aku menaiki bas Hop-On-Hop-Off bersama rakan media yang menyertai Fam Trip baru-baru ini
Untuk pengetahuan anda, Putrajaya Night Bridge Tour ini bermula di Kuala Lumpur iaitu di Sungei Wang dan terus menuju ke Putrajaya.
Untuk mereka yang sukakan suasana malam yang sejuk, sambil melihat cahaya warna-warni, anda sememangnya wajib naik dan rasai pengalaman Putrajaya Night Bridge Tour ni
Di bawah adalah senarai tempat-tempat yang anda akan lihat apabila menaiki bas ini. Memang semuanya merupakan lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.
1) Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)2) Bangunan Perdana Putra3) Masjid Putra4) Masjid Besi (Masjid Tuanku Zainal Abidin)5) Jambatan Seri Gemilang6) Jambatan Seri Saujana7) Jambatan Seri Wawasan8) Jambatan Putra
Dengan harga RM120 bagi dewasa dan RM65 bagi kanak-kanak, anda akan mendapat pengalaman melawat Putrajaya selama 4 jam. Kemudian anda akan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Memang sesuai untuk mereka ingin melakukan sesuatu yang baru ketika dating contohnya. Jadi, tunggu apa lagi, anda boleh hubungi info dan maklumat yang diberikan dibawah
HUBUNGI
011 120 5350
Facebook : hop on holidaysInstagram : hoponholidayscoWebsite : www.hoponholidays.com
Durasi Lawatan
4 Jam ( 6.00 Petang - 10.00 Malam )
Sekian
Sumber Gambar : Wonderfly
#PutrajayaRuns #GayaTravel #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/12/putrajaya-night-bridge-tour.html