Putra Lapor Polis Dong Zong Tolak Bahasa Melayu Di Sekolah Vernakular



Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis terhadap Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang didakwa melanggar kontrak sosial berhubung penolakan mereka mengenai insiatif kerajaan yang mahu menyelaras silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.
(Utusan) – Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, isu tersebut timbul apabila berlaku ketidakpuasan hati akan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah Cina yang disuarakan berulang kali.
Sehubungan itu, beliau menegaskan dengan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan membantu meningkatkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini.
“Setiap rakyat Malaysia berhak untuk memahami dan menghayati budaya serta bahasa kebangsaan negara.
“Bahasa Melayu penting untuk mengukuhkan identiti dan rasa kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia, adalah wajib untuk memahami dan fasih dalam bahasa kebangsaan negara agar dapat menghayati roh dan semangat Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan menolak penyelarasan silibus Bahasa Melayu sekolah rendah vernakular.
Katanya, bahasa ibunda pelajar sekolah Cina bukan Bahasa Melayu, sebaliknya bahasa kedua di sekolah berkenaan, maka, ia tidak boleh diajar menggunakan silibus sama seperti pelajar Melayu lain.
Beliau dilaporkan berkata demikian dipetik akhbar tempatan Cina ketika hadir mesyuarat dalaman di Bangunan Dong Zong, kelmarin.
Sebanyak sembilan institusi pendidikan Cina di negara ini sebulat suara menolak inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) menyelaras silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.
Institusi pendidikan Cina itu adalah Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Kuala Lumpur.
Institusi lain Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia, Institut Pengajian Cina UTAR, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia, Majlis Guru Besar SJKC Malaysia dan Persatuan Ibubapa Pendidikan Cina Malaysia.
Dalam pada itu, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan kerana ia melibatkan pelanggaran terhadap Perlembagaan Persekutuan di dalam Fasal 151, 152, dan 153.
“Permohonan tindakan pendakwaan yang sesuai amat perlu,” katanya.
The post Putra lapor polis Dong Zong tolak bahasa Melayu di sekolah vernakular appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/31/putra-lapor-polis-dong-zong-tolak-bahasa-melayu-di-sekolah-vernakular/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Tak Faham Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Gaya Lapor Ni

Wartawan Tak Faham Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Gaya Lapor Ni

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 455 hits
Malaysia Gazette boleh dak lapor berita tu elok elok PMX Anwar Ibrahim tak sebut pun seperti tajuk berita hampa Keratan ucapan PMX di gambar 2 orang seumpama ini tidak layak menjadi seorang rakyat yang faham jiwa dan hati nurani manusia PMX...
67 Tahun Tapi Bahasa Melayu X Merdeka Mengapa

67 Tahun Tapi Bahasa Melayu X Merdeka Mengapa

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 293 hits
Fail Merdeka 1957 tunku abdul rahman jpg Wikipedia Bahasa 1 Masih merdekakah bahasa Melayu Wan Ahmad FahysalKUALA LUMPUR Merdekakah bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Itu persoalan pokok yang diutarakan Ketua Armada Bersatu Malaysia Wa...
Diana Danielle Berang Abang Bas Buat Konten Crush Budak Sekolah Puas Hati Tindakan Polis

Diana Danielle Berang Abang Bas Buat Konten Crush Budak Sekolah Puas Hati Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 230 hits
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa lega dan teramat berpuas hati selepas polis menahan reman seorang pemandu bas sekolah yang tular kerana memuat naik video konten crush bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah Berang dengan sit...
Lain Kali Guna Bahasa Melayu Saja Katanya

Lain Kali Guna Bahasa Melayu Saja Katanya

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 189 hits
Che IbrahimLainkali bila ada majlis guna bahasa melayu Kelantan atau Kedah sahaja baru ori
Tolak Anak Jatuh Sungai Tapi Lapor Hilang

Tolak Anak Jatuh Sungai Tapi Lapor Hilang

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 345 hits
KOSMOGambar fail menunjukkan jambatan di sungai Khannaut pada 8 April 2018 ABP nbsp NEW DELHI Seorang lelaki di Shahjahanpur wilayah Uttar Pradesh ditahan kerana menolak anak lelakinya yang berusia lima tahun ke dalam sungai sebagai cubaan ...
Polis Tangkap Pemandu Bas Sekolah Rakam Kanak Kanak

Polis Tangkap Pemandu Bas Sekolah Rakam Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 189 hits
MalaysiakiniPolis telah menahan pemandu bas yang merakam video murid sekolah rendah dan memuat naiknya di TikTok Ketua Polis Johor M Kumar berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada kira kira pukul tiga pagi di Simpang Renggam hari in...
Naratif Melayu Disuap Masih Dimainkan

Naratif Melayu Disuap Masih Dimainkan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 212 hits
mediaislam netNaiklah pemimpin mana pun orang Melayu terus direndah rendahkan dengan istilah disuap pemalas papa kedana sambil lewa mentaliti rendah dan sebagainya Setelah penjajah dan pendatang menindas kaum Melayu pihak yang seterusnya me...
Cuba Jangan Guna Perkataan Melayu Dan Islam

Cuba Jangan Guna Perkataan Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 279 hits
Cuba jangan guna perkataan Melayu dan Islam ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be OGESE1rqbs4 src in org https www youtube com embed OGESE1rqbs4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com e...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan