Putra Bantah Sprm Guna Bahasa Mandarin Dalam Portal Rasmi


Mohd Zaini Samsu Hadi Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif (tiga kiri) bersama Ketua Penerangan Pergerakan Wira Putra, Meor Mohd Hilmi Meor Zainun (tiga kanan) serta yang lain selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM berkenaan bantahan portal bahasa Mandarin di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL PUTRAJAYA – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bahasa Mandarin dalam laman portal rasminya.
Ketua Pemudanya, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif berkata, tindakan SPRM itu tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan dasar kerajaan.
“Tindakan SPRM ini melanggar Perkara 152 perlembagaan persekutuan bahawa bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan adalah bahasa Melayu.
“Perkara 152 (1) juga dalam perlembagaan persekutuan sangat jelas menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen.
“Seharusnya SPRM memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pertuturan, urusan rasmi surat menyurat, kenyataan media dan portal laman sesawang rasmi,” katanya.
Beliau berkata demikian hari ini ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu.
Jumaat lalu, SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin, bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina dalam mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.
Menurut SPRM, portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Shamshun Baharin Mohd Jamil.
Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/.
Dalam pada itu, Nasrul berkata, tindakan SPRM itu menguris hati masyarakat Melayu dan Bumiputera, selain menegaskan bahasa Melayu digunakan majoriti rakyat di negara ini.
Katanya, tindakan SPRM itu mengecewakan kerana dilakukan oleh agensi kerajaan yang dipandang tinggi dan dihormati.
Justeru beliau berkata, Putra mendesak SPRM supaya memadam, menurunkan dan membuang sepenuhnya apa jua bahagian yang menggunakan bahasa Mandarin dalam portal rasmi itu dengan serta merta. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/putra-bantah-sprm-guna-bahasa-mandarin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Lancar Portal Versi Bahasa Mandarin

Sprm Lancar Portal Versi Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 314 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini melancarkan portal versi Bahasa Mandarin Memetik satu kenyataan ia bertujuan bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara perkara berkaita...
Cuba Jaga Hati Portal Mandarin Malukan Sprm Kata Putra

Cuba Jaga Hati Portal Mandarin Malukan Sprm Kata Putra

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR 18 Sept Tiada keperluan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melancarkan portal dalam bahasa Mandarin Ketua wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia berkata pendekatan SPRM hari ini sesuatu yang memalukan SPRM Ni hao ma War...
Isu Bahasa Mandarin Di Portal Sprm

Isu Bahasa Mandarin Di Portal Sprm

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 363 hits
ISU BAHASA MANDARIN DI PORTAL SPRM 1 Makna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti dalam pecahan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas Bahasa rasmi ialah bahasa yang mesti digunakan dalam pentadbiran di tiga tahap iaitu keraj...
Portal Mandarin Hina Bahasa Kebangsaan Perlu Tutup Segera

Portal Mandarin Hina Bahasa Kebangsaan Perlu Tutup Segera

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 392 hits
By 19 September 2020Hazwan MohamadKUALA LUMPUR Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melancarkan portal berbahasa Mandarin dianggap sebagai menghina identiti Malaysia yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Ketua A...
Portal Bahasa Mandarin Maaf Cakap Ini Kerja Bodoh

Portal Bahasa Mandarin Maaf Cakap Ini Kerja Bodoh

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 366 hits
Tak faham bahasa Melayu etnik Cina berada di China atau Malaysia BANGI Apa jadahnya SPRM mewujudkan portal dalam bahasa Mandarin Tindakan ini amat memalukan selaku sebuah institusi besar kerajaan yang mempunyai tiang bangunan yang lain dari...
Isu Bahasa Mandarin Sprm Runtuhkan Jati Diri Rakyat Malaysia

Isu Bahasa Mandarin Sprm Runtuhkan Jati Diri Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 414 hits
Pergerakan Wira Parti Bumiputra Perkasa Malaysia hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menarik balik penggunaan bahasa Mandarin dalam portal rasminya Ketua Pergerakan PUTRA Nasrul Ali Hassan Abdul Latiff berkata tindakan ...
Macc Launches Mandarin Portal To Help Chinese Who Cannot Speak Bahasa

Macc Launches Mandarin Portal To Help Chinese Who Cannot Speak Bahasa

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 360 hits
The Malaysian Anti Corruption Commission today launched its Mandarin portal to meet the needs of the Chinese community to obtain information on corruption prevention and matters related to the commission The portal launched by MACC Deputy C...
Siasat Segera Guru Ajar Subjek Bm Guna Bahasa Mandarin

Siasat Segera Guru Ajar Subjek Bm Guna Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 358 hits
BANGI 4 Safar 1442H Selasa Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Haji Omar Kassim menggesa siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan bahawa subjek Bahasa Melayu diajar dalam bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cin
Portal Bahasa Mandarin Kenapa Orang Cina Sentiasa Diberi Pilihan

Portal Bahasa Mandarin Kenapa Orang Cina Sentiasa Diberi Pilihan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 345 hits
Khairul Azam Abdul Aziz KUALA LUMPUR Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memperkenalkan portal dalam bahasa Mandarin disifatkan sebagai tindakan tidak berpelembagaan serta bertentangan dengan dasar kerajaan Naib Presiden Parti B...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r