Puteri Islam Pun Ok
Assalamualaikum semua
Dah masuk minggu ke empat kita di dalam tahun 2019 ni. Alhamdulillah... di harapkan semuanya berjalan dengan lancar. Pada Cik Ila yang bekerja ni, tak banyak perbezaan dengan tahun sebelum ni. Kerja sama saja macam biasa. Tapi bagi anak-anak yang bersekolah terasa sikitlah. Alfeey yang naik ke tahun 2, tak de banyak sangat beban pelajaran. Tapi Alisha yang naik tahun 4, bermakna dia dah masuk ke tahap 2.
Bila dah masuk tahap 2, subjek kat sekolah pun dah bertambah. Ada subjek Sejarah, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Reka Bentuk & Teknologi. Hari-hari ada homework. Minggu pertama tu lajak sampai ke pukul 12 buat homework. Tapi Alhamdulillah...sekarang dia dah boleh adjust masa untuk buat homework dan ulangkaji. Homework SK buat lepas Isyak dan homework SRA buat lepas habis sekolah sementara tunggu Cik Ila ambil
Yang menarik bila masuk Tahap 2 mestilah dapat terlibat dalam aktiviti KOKO. Boleh pilih nak join Unit Beruniform apa? Kelab apa? Persatuan apa? Kalau boleh... sebagai ibu, Cik Ila nak dia sertai aktiviti lasak yang boleh menguji kekuatan dalaman dan fizikal dia. Walaupun murid-murid diberi peluang untuk membuat pilihan, tapi ikut cikgu juga. Alisha pilih Pengakap pada awal nya (ibu suruh ok). Tapi bila hari koko, nama dia dimasukkan dalam Puteri Islam. Sebab ramai sangat yang mohon untuk join Pengakap, cikgu terpaksa tolak dan masukkan ke dalam unit yang kurang sebab nak bagi seimbang. Good thing juga nama dia tersenarai dalam Puteri Islam sebab dari awal lagi dia nak pilih Puteri Islam. So ibu patut biar anak buat pilihan sendiri sebenarnya. Puteri Islam pun ok pe!!! Nak lasak-lasak kakak teruskan Taekwondo ye (Alisha dah poom belt). Yang lainnya, Alisha pilih Persatuan Kebudayaan dan Kelab Bola Jaring.
Dua set baju untuk Puteri Islam. Yang putih (saiz paling kecik tu) untuk pakai hari isnin dan yang t-shirt pink tu untuk aktiviti koko hari rabu. Uniform kawad pun dah tak macam zaman ibu dia sekolah dulu. Patut lah bersungguh-sungguh dia nak masuk Puteri Islam. Uniform warna pink 😊😊😊 Nampak tak muka happy dia
Untuk uniform dan t-shirt Puteri Islam ni, Cik Ila beli dari Koko Uniform Sdn Bhd. Boleh beli online atau pun pergi sendiri. Cik Ila pergi sendiri sebab dekat saja
Koko Uniform Sdn BhdEight Kinrara Service Aparment(Commercial)G-A-08, Ground FloorJalan BK 5A/3B, Bandar Kinrara47180 Puchong, SelangorTel: 0129532876
https://www.kokouniform.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikilamenari.blogspot.com/2019/01/puteri-islam-pun-ok.html