Pusaka Kita Dimamah Bangsa Sendiri


ADA ketika saya rasa kehilangan.

Ini bila mana orang-orang lama yang cukup berpengalaman, berpengaruh – dengan diri mereka sendiri ibarat ‘khutub khanah, bahan sejarah’ bangsa – kembali ke rahmatullah. Berpulang ke hadrat-Nya.

Saya takut kehilangan lagi orang-orang penting seperti negarawan, profesor yang disanjungi, guru serta ahli korporat yang berjasa besar kepada anak bangsa dan tanah air ini.
Bila mereka ini pergi, ia umpama membawa pergi sebahagian ilmu dan budaya Melayu yang belum sempat dikongsi itu. Sebab itu ada banyak ketika saya ‘menggasak’ wartawan-wartawan muda untuk berjumpa dan menemu bual individu-individu lama ini ‘sementara masih ada waktu’- untuk ‘menggali’ memoir sejarah, pengalaman, nilai dan pengaruh mereka agar dijadikan panduan dan iktibar kepada generasi muda hari ini.
SISTEM NILAI
Hari ini, saya terpana (kesedihan membuat akal tidak berdaya) kerana banyak sistem nilai Melayu lama sudah tiada lagi. Sementelahan pula sebahagian besar amalan budaya Melayu itu sudah diselaputi dan ditenggelami perubahan yang amat tebal.

Subjek atau mata pelajaran budi dan budaya seperti muzik, kesusasteraan, bahasa indah, adat dan etika tidak diajar di sekolah sebagai keutamaan. Malah, kerja kolektif membersihkan tandas dan menyapu halaman sekolah tidak lagi diamalkan seperti tahun-tahun 50-an dan 60-an.

Konon ia bercanggah dengan hak asasi manusia, bahawa seseorang murid atau pelajar itu tidak boleh dikerah tenaga mereka. Selepas dekad-dekad itu tandas kotor. Budaya bencikan sampah sarap tidak lagi ditekankan. Sifat perangai langgar bahasa, kasar, tidak acuh terhadap disiplin dan faktor-faktor sampingan menampilkan gambaran seolah-olah dunia hanya penting bagi sains, matematik dan bahasa Inggeris.

Beratus ribu yang sudah pulang ke tanah air semenjak merdeka (1957) setelah `dididik’ hidup mereka di UK, Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain meneruskan karier dan cara hidup berasaskan ilmu yang mereka timba. Cara berfikir, cara bertindak dan berinteraksi sebanyak sedikit memberi kredibiliti kepada budaya ilmu kebaratan.

Sama juga dengan mereka yang beribu-ribu pulang dari Mesir , Darul Ulum, Jordan dan lain-lain pusat pengajian Islam. Mereka membawa balik ilmu wahyu, usuluddin, fiqh dan syariat Islam amnya yang mereka pelajari. Sebahagian mereka dipenuhi budaya pengajian yang dilalui di Timur Tengah. Maka jadilah Semenanjung ini sebuah `kawah’ konflik budaya dan politik antara asuhan duniawi Islam di Timur Tengah dan ilmu dunia Inggeris di dunia Barat. Ya, bagaimana dunia pelajaran berupaya memesong sikap dan amalan hidup sebahagian besar rakyat yang menerima pengajaran dan pengajian jurusan masing-masing

TRAGEDI JAWI
Demikianlah bagaimana ‘tragedi’ menimpa tulisan Jawi. Skrip agama-budaya ini hidup semarak sehingga akhir tahun 1960-an apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mula mengendurkan keutamaannya. Tulisan jawi kemudian boleh dikatakan hidup-hidup ikan baung saja kerana amalannya tidak mendatangkan komersial lagi. Padahal masyarakat Tionghoa dan India terus dengan skrip Mandarin dan Tamil mereka. Bukan itu sahaja, akhbar Tionghoa jauh lebih laku daripada akhbar berbahasa Melayu hari ini di Semenanjung dan Sabah-Sarawak.

Melayu dahulu Melayu pencinta alam kerana alam dijadikan mereka sebagai guru. Mereka hormat akan padi, langit, gunung, sungai dan tumbuh-tumbuhan, lautan dan alam sekitar.

Guru yang mengajar alam sebagai guru itu sudah tiada lagi. Pakar yang memandang secara batin juga sudah ditelan zaman.

Pusaka kita, dalam satu pengertian, sudah dimamah bangsa sendiri. Bukan oleh pihak lain. Suasa di tangan orang diigaukan sedangkan emas permata di lembahan sendiri tidak dipedulikan.

Penjajah memang boleh disalahkan sedikit, lantaran mereka mengutamakan bahasa , seni, pakaian mereka dan sebagainya. Tetapi kita punya pilihan- kita boleh memilih bahasa Melayu sebagai bahasa ke depan. Tetapi kita pilih bahasa Inggeris konon bahasa ibunda tak cukup hebat untuk ceduk ilmu atau untuk mencapai matlamat hidup yang lain

CHINA TOWN, LITTLE INDIA
Dunia tanpa tali, dunia hiburan yang canggih kesemuanya telah menukar isian atau kekosongan budaya kita. Mereka ada Little India sendiri dan pekan China Town sendiri di seluruh pelosok dunia, akhbar tulisan sendiri serta amalan-amalan kemasyarakatan sendiri yang masih kental dalam amalan.

Dapatkah kita tunjukkan bahawa cara hidup kita hari ini (yakni hidup berpekerti dan berbudaya) berupaya dikompas atau ditentukan hala tujunya oleh corak kehidupan kita setakat ini?

Soalan inilah yang amat penting dijawab dengan berani oleh orang Melayu khasnya dan Bumiputera amnya?

Dan sebab itu saya cukup sentimental bila mendengar atau dikhabarkan pemergian selamanya orang-orang lama dan cukup berpengaruh serta besar jasanya kepada kita bangsa Melayu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Saya takut kehilangan mereka ini lagi. Semoga Allah memelihara kesihatan dan amal ibadat mereka.
Oleh: Zulkifli Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/pusaka-kita-dimamah-bangsa-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Covid 19 Boleh Seluk Saku Sendiri Untuk Rawatan Swasta

Pesakit Covid 19 Boleh Seluk Saku Sendiri Untuk Rawatan Swasta

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 231 hits
MalaysiaGazette Gambar hiaan KUALA LUMPUR Persatuan Hospital Swasta Malaysia mengesahkan pesakit yang disahkan positif Covid 19 boleh mendapat rawatan di hospital swasta tetapi perlu menyeluk saku sendiri Presidennya Datuk Dr Kuljit Singh b...
Hiburan Ini Pilihan Kami Sendiri Zarina Anjoulie Jelas Punca Penceraian Walau Baru 6 Bulan Berkahwin

Hiburan Ini Pilihan Kami Sendiri Zarina Anjoulie Jelas Punca Penceraian Walau Baru 6 Bulan Berkahwin

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 406 hits
Baru sahaja 6 bulan berkahwin ramai yang terkejut dengan berita yang tiba tiba diumumkan oleh Zarina Anjoulie pada pagi ini Meskipun sering berdua bersama namun pelakon wanita itu mendedahkan bahawa dia sudah pun berpisah dengan suaminya Ei...
Tetapkan Plan Data Sendiri Dengan Yoodo

Tetapkan Plan Data Sendiri Dengan Yoodo

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum semua Sekarang ni dah macam macam plan data yang ada kan Untuk sehari seminggu sebulan Pilih je nak yang mana tapi harga semuanya dah ditetapkan dengan limit yang tertentu Bila data habis tak pasal pasal kena beli add on pul...
Diabaikan Pemerintah Tukang Pikul Jenazah Covid 19 Mogok Kerja Keluarga Angkut Sendiri

Diabaikan Pemerintah Tukang Pikul Jenazah Covid 19 Mogok Kerja Keluarga Angkut Sendiri

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 263 hits
Sejumlah tukang pikul jenazah pasien Covid 19 di Kota Bandung mogok kerja Akibatnya sejumlah jenazah pasien Covid 19 sempat terlantar Lantaran hal itu keluarga memutuskan untuk mengangkut sendiri peti ke liang lahat Rabu hingga pukul 22 00 ...
Hampir 6bulan Menjdi Isteri Orang Kini Zarina Anjoulie Sah Bercer4i Ini Penjelasan Dari Zarina Anjoulie Sendiri

Hampir 6bulan Menjdi Isteri Orang Kini Zarina Anjoulie Sah Bercer4i Ini Penjelasan Dari Zarina Anjoulie Sendiri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 328 hits
Pada 17 Julai lalu pelakon Zarina Anjoulie Lavocah selamat menjadi isteri kepada pasangan Eilyas Azhar Pernikahan sederhana itu dilakukan di pejabat agama dan dihadiri keluarga sahaja
Wanita Ini Bunuh Anak Nya Sendiri Dengan Kejam Kerana Menyangka Anaknya Adalah Iblis

Wanita Ini Bunuh Anak Nya Sendiri Dengan Kejam Kerana Menyangka Anaknya Adalah Iblis

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 315 hits
Polis Brazil sedang menyiasat pembunuhan kejam seorang kanak kanak berusia 5 tahun yang dibunuh oleh ibunya sendiri Ibunya didakwa memukulnya sehingga mati mengeluarkan bola matanya dan bahagian lidahnya dan kemudian cuba memakan organ kana...
Cara Membuat Mencipta Check In Sendiri Di Facebook

Cara Membuat Mencipta Check In Sendiri Di Facebook

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 315 hits
Cara Membuat Check In Sendiri Di FacebookAssalamualaikum dan salam sejahtera Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara membuat mencipta check in sendiri di Facebook Tentu anda pernah lihat wall facebok rakan rakan anda yang secara...
Ibu Diugut Anak Sendiri Serahkan Fortuner Yang Dibeli Atau Bayar Sewa Rm57 629

Ibu Diugut Anak Sendiri Serahkan Fortuner Yang Dibeli Atau Bayar Sewa Rm57 629

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 235 hits
Sebagai seorang anak lelaki seharusnya kita perlu berbakti menyenangkan kedua dua ibu bapa yang sedang meningkat umur sebagai tanda membalas semula budi kedua dua ibu bapa yang membesarkan kita Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco