Pupuk Minda Keusahawanan Dalam Setiap Unit Dan Jabatan Di Syarikat Penulis Jemputan




Setiap perniagaan akan bermula dengan niat serta aspirasi untuk berjaya di dalam bidang yang diusahakan.
Kejayaan pula diukur dari segi keuntungan sesebuah entiti atau syarikat tersebut. Aspek untung memang sangat penting dalam menilai kejayaan sesebuah perniagaan atau syarikat.
Secara dasar, pengiraan untung dan rugi dikira dengan cara menjumlahkan semua hasil jualan dan ditolak segala kos operasi bagi menguruskan perniagaan tersebut.
Walaupun ini kerja yang mudah, ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh mengenai perkara ini.
Melalui pengalaman saya sendiri ketika memulakan perniagaan serta sedikit pengalaman menjadi tenaga pengajar, soal pengiraan keuntungan tidak diberi perhatian yang teliti. Tak ambil serius walaupun semua usahawan ingin mendapat keuntungan.
Malah, tak ambil berat untuk pelajari ilmu bagaimana nak kira untung dan rugi dalam perniagaan yang dijalankan.
Ilmu tentang ekosistem pengiraan ini amat penting .Kos pengurusan perniagaan bermula daripada langkah awal pemasaran dan seterusnya aktiviti jualan sehingga sampai ke pelanggan sehinggalah kepada hal ehwal aktiviti penjualan itu tadi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Pusat Pembangunan Usahawan - MEDEC (UiTM) menunjukkan 42% daripada punca perniagaan yang gagal adalah kerana perniagaan tersebut mengalami masalah kecairan aliran tunai (cash flow) ataupun kegagalan koperasi menyediakan, menyemak dan mematuhi rancangan kewangan untuk menjayakan sesebuah perniagaan.
Secara amnya kayu pengukur kejayaan sesebuah perniagaan bukannya berlandaskan bilangan kontrak yang diterimanya ataupun jumlah pelanggan, sebaliknya kayu pengukur yang objektif, tepat dan diterima pakai di seluruh dunia adalah berdasarkan kepada keputusan penyata kewangan yang teraudit yang menunjukkan keuntungan kepada projek tersebut.
Tiga penyata utama (Penyata Kewangan) yang dijadikan rujukan oleh para usahawan bagi mengukur prestasi koperasi.Penyata-penyata tersebut adalah:

Penyata Pendapatan atau Untung Rugi Kunci kira-kira Penyata aliran tunai
Terdapat juga usahawan yang langsung tidak mengambil kira gaji dirinya sendiri sebagai salah satu daripada kos operasi perniagaan dan ini terbukti merupakan satu cara yang salah kerana sikap sebegini boleh mencetuskan satu sikap untuk menjadikan pendapatan serta lebihan pendapatan hasil daripada proses perniagaan sebagai pendapat diri sendiri.
Analisis Kewangan antara salah satu disiplin dalam menentukan serta memahami segala keputusan yang akan dicapai atau dibuat ketika menjalankan sesuatu perniagaan.
Ia sangat berguna ketika pengurus atau pengarah ingin membuat sebarang keputusan dalam sesuatu projek yang ingin di jalankan.
Adakah ia akan membawa keuntungan kepada syarikat atau mengalami kerugian. Itu adalah semua bergantung bagaimana analisis kewangan itu dibuat.
Dalam perniagaan juga, tunai adalah nyawa bagi setiap perniagaan, tanpa mengira sama ada amaun yang ada itu kecil atau besar.
Jika terdapat perniagaan tidak mempunyai tunai dan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan sebarang tunai, maka perniagaan syarikat itu mungkin akan ditutup.
Dari aspek kos kepada syarikat, beberapa bentuk kos perlu ditanggani semoga jumlahnya dapat dikurangkan.
Kos, membabitkan kos modal, pengurusan penyelidikan, pengeluaran dan pemasaran.
Melalui perancangan dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa menanamkan sikap untuk mengurangkan pembaziran daripada berlaku, nescaya usaha-usaha tersebut akan menghasilkan penurunan kos.
Kos langsung dan kos tidak langsung seperti kos sosial perlu diambil kira dalam pengurusan kos oleh sesebuah syarikat.
Ia sangat menepati semangat pendekatan keuntungan perniagaan melalui tanggungjawab sosial.
Kejayaan mengurangkan kos oleh sesebuah syarikat mengikut perspektif di atas adalah suatu kejayaan yang memaparkan tahap kepakaran pengendalian perniagaan terbabit sudah dapat ditingkatkan.
Ini juga menggambarkan bahawa usaha mengurangkan kosmeliputi amalan akhlak pekerja serta alam persekitarannya.
Natijahnya, ilmu pengiraan keuntungan amat perlu bagi mengelakkan ketirisan serta kerugian kecil bak kata pepatah, sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit, yakni ketirisan yang tidak diberi perhatian bakal mengundang kerugian besar yang pada ketika itu, tiada jalan keluar lain yang boleh diambil melainkan menutup perniagaan.
Pihak pengurusan harus menekankan aspek pemikiran keusahawanan (Entrepreneurial mindset) didalam minda setiap pekerja syarikat dan bukan hanya terbatas kepada staf Jabatan Akaun dan Kewangan semata-mata.
Penekanan aspek “survival” perlu diiplimentasikan.
Setiap unit dan jabatan perlu memikirkan bahawa jabatan mereka semuanya sebagai “Profit Centre” dan bukan “ Cost Centre”.
Adaptasi pemikiran usahawan wajar diterapkan agar setiap unit dan jabatan faham tentang aspek kos, aspek margin untung dan rugi serta aspek asas pengiraan supaya perlaksanaan bajet jabatan mereka akan dapat diterjemahkan melalui perancangan strategik dan taktikal syarikat.
Semoga ada kebaikan bersama yang dapat kita perolehi dari perkongsian ini insyAllah. 
Nota: Artikel merupakan sumbangan dari En Azad Jasmi, seorang penasihat dan pembimbing perniagaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.jasduit.com/2021/03/pupuk-minda-keusahawanan-dalam-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Merupakan Antara Virus Yang Merbahaya Dalam Sesebuah Organisasi Penulis Jemputan

Ketua Merupakan Antara Virus Yang Merbahaya Dalam Sesebuah Organisasi Penulis Jemputan

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 259 hits
Organisasi dibentuk oleh satu kumpulan individu Samada dalam syarikat anda atau syarikat saya sendiri Juga dalam badan korporat atau dalam agensi kerajaan Perjalanan aktiviti sesebuah organisasi ini bergantung kepada visi dan misi mereka Ke...
Kelebihan Mengupah Syarikat Lori Sewa Berpengalaman

Kelebihan Mengupah Syarikat Lori Sewa Berpengalaman

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 296 hits
Adakah anda seorang pemilik rumah baru yang memerlukan bantuan Perkara yang terbaik untuk anda adalah untuk mengupah pekerja pemindahan yang merupakan jalan penyelesaian yang tepat Kelebihan Syarikat PemindahanPemindahan anda dapat dijalank...
Grab Dilaporkan Mempertimbangkan Tawaran Awam Awal Di Amerika Syarikat Melalui Spac

Grab Dilaporkan Mempertimbangkan Tawaran Awam Awal Di Amerika Syarikat Melalui Spac

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 223 hits
Grab salah satu syarikat yang popular dengan penawaran perkhidmatan seru pandu dan penghantaran makanan yang popular di Asia Tenggara sedia diperkatakan sebelum ini yang ingin melakukan IPO Terbaru melalui laporan Bloomberg Grab dikatakan i...
Gadis Bangga Satu Keluarga Kerja Syarikat Sama Netizen Samakan Dengan Megah Holding

Gadis Bangga Satu Keluarga Kerja Syarikat Sama Netizen Samakan Dengan Megah Holding

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 564 hits
Baru baru ini seorang gadis memuat naik satu video memaparkan tempat kerjanya menerusi akaun airahrosly di aplikasi TikTok Namun apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila dia mendedahkan bahawa dia bekerja dengan semua ahli keluarga...
585 Bebuli Vaksin Covid 19 Dipulang Ke Syarikat Pfizer Kata Kj

585 Bebuli Vaksin Covid 19 Dipulang Ke Syarikat Pfizer Kata Kj

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 413 hits
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata kerosakan bebuli itu adalah dalam kuantiti kecil dan pihak Pfizer akan mengganti semula bilangan dos yang telah dihantar pulang itu REMBAU Seban...
Pkr Persoal Keputusan Kerajaan Anugerah Projek 5g Kepada Syarikat Tunggal

Pkr Persoal Keputusan Kerajaan Anugerah Projek 5g Kepada Syarikat Tunggal

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 199 hits
Seorang pemimpin PKR telah mendesak menteri komunikasi dan multimedia Saifuddin Abdullah untuk menjelaskan mengapa dia telah bersetuju dengan kaedah syarikat tunggal untuk melancarkan teknologi mudah alih 5G dan bukannya rancangan konsortiu...
Fakta Vaksin Biontech Pfizer Covid 19 Sebenarnya Di Hasilkan Syarikat Muslim

Fakta Vaksin Biontech Pfizer Covid 19 Sebenarnya Di Hasilkan Syarikat Muslim

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 305 hits
Mungkin ramai daripada kita yang masih ragu ragu dengan pembuatan dan seterusnya pengambilan suntikan vaksin COVID 19 berdasarkan kepada komen komen di media sosial apabila kebanyakannya mempersoalkan bahan dan tujuan pembuatan vaksin Namun...
Digital Nasional Berhad Ialah Syarikat Tujuan Khas Dibawah Skmm Untuk Pembangunan Infrastruktur 5g Negara

Digital Nasional Berhad Ialah Syarikat Tujuan Khas Dibawah Skmm Untuk Pembangunan Infrastruktur 5g Negara

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 180 hits
Pada minggu lepas kami telah melaporkan bahawa selari dengan pelan MyDigital yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerajaan akan membangunkan sebuah syarikat tujuan khas dibawah penyeliaan Suruhanjaya Komunikasi d...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash