Punca Motor Terasa Bergoyang Di Bahagian Hadapan
Gegaran pada motosikal ini pasti kita akan perasan terutamanya apabila lalu di jalan yang berbonggol, berlubang dan kadang-kadang semasa membrek.
Ini antara sebab dan punca berlakunya gegaran pada bahagian hadapan motosikal korang:
1. Steering Fork LonggarIa sering berlaku apabila bahagian tersebut berbunyi semasa korang melintasi bonggol atau lubang di jalan yang menyebabkan ia terhentak. Hentakkan itu akan membuatkan handle bergoyang (bergerak ke depan dan ke belakang).
Pada bahagian sendi atau leher steering terdapat bola bearing set yang dinamakan steering kon. Faktor pemakaian motor yang sudah lama mejadi punca haus pada bahagian tersebut dan mengakibatkan terdapat ruang yang menjadi punca ia longgar.
2. Tayar gelembung
Sesetengah tayar motor akan bengkak pada bahagian tertentu. Ini menunjukkan tayar itu telah rosak. Ini adalah salah satu punca motor bergegar pada bahagian hadapan atau pada roda belakang. Tukar segera jika tayar rosak kerana ia boleh pecah pada bila-bila masa.
3. Rim Bengkok
Rim bengkok agak berlainan sedikit tandanya kerana ia bukan hanya dapat dirasakan apabila berlaku hentakkan tetapi sepanjang membawa motosikal. Korang akan rasakan gegaran dan jika terlalu parah ia terasa seakan-akan melompat-lompat seperti naik kuda. Jadi anda perlu bertukar kepada rim yang baru.
4.Masalah Minyak ForkPenyebab motor terasa terhentak kuat terutamanya apabila melalui bonggol atau membrek adalah kerana masalah pada fork yang telah kering, terlebih isi minyak atau tube fork bengkok. Selain itu, kesan kemalangan motosikal yang menyebabkan fork rosak dan menunjukkan tanda-tanda minyak meleleh keluar pada batang fork.
5. Bearing Roda Pecah
Masalah bearing roda pecah memberi kesan yang agak berlainan kerana selain bergetar ia juga akan menyebabkan motor meliar ke kiri atau ke kanan dan akan mengeluarkan bunyi. Anda perlu menukarkan set gantian bearing tayar tersebut.
6. Ketidakseimbangan Pada Bahagian TertentuKetidakseimbangan roda atau bahagian lain pemegang motosikal boleh berlaku kerana pemasangan tayar yang salah atau tidak sesuai yang membuatkan si penunggang akan merasa sebaik sahaja membawa motor tersebut. Apa yang korang boleh lalukan adalah pastikan bahagian bawah tayar berada pada kedudukan yang sepatutnya.
7. Gegalas Haba RodaIa juga mungkin berpunca daripada gegalas haba roda yang longgar atau tengkuk motosikal. Malah, penukaran pemegang yang terlalu lembut juga boleh menyebabkan gegaran.
8. Enjin RosakEnjin yang mengalami ketidak seimbangan operasinya juga adalah punca motor bergegar. Tetapi gegaran tersebut hanya boleh dirasakan semasa motosikal tidak bergerak.
Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu
Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blogtipsauto.blogspot.com/2023/10/punca-motor-terasa-bergoyang-di.html