Punca Hubungan Suami Isteri Hambar Renggang Retak Menanti Belah


Punca Hubungan Suami Isteri Hambar & Renggang, Retak Menanti Belah! Hubungan suami isteri ini seperti air, ada pasang ada surutnya. Sekejap bergolak, sekejap tenang. Masam manis dalam rumah tangga sangat sinonim dengan pasangan suami isteri sama ada yang baru berkahwin atau pun sudah lama mendirikan rumah tangga. Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup, lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Hubungan tegang antara suami isteri tidak akan timbul tanpa punca dan sebab. Ketegangan ini perlu ditenangkan supaya tiada masalah lain yang lebih teruk akan terjadi.

Tidak boleh berpatah balik Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Jika berlaku pergaduhan, puncanya harus diteliti semula supaya masalah dapat diselesaikan. Jom, kita ikuti punca yang selalau terjadi kepada pasangan suami isteri dalam hubungan kekeluargaan ini yang semakin renggang.

1. TERSEPIT ANTARA IBU DAN ISTERI/SUAMI Hal ini sering berlaku dalam rumah tangga. Bagi suami, tanggungjawabnya adalah untuk memastikan dia membawa isteri keluar dari rumah keluarga untuk membina kehidupan sendiri secara berdikari. Tetapi yang menjadi masalah jika suami membawa isterinya tinggal sebumbung dengan ibu kandungnya. Mungkin alasannya untuk menjaga ibu dan masih belum mempunyai rumah. Permulaan perkahwinan mungkin boleh diterima, tetapi jika sudah sampai bertahun masih duduk di rumah ibu, isteri mana yang tidak bising? Jika duduk bersama, suami wajib mementingkan ibu dalam semua perkara.

Lukai Hati Isteri Kesannya, suami akan terpaksa melukai hati isteri kerana patuh arahan ibunya. Suami tersepit antara ibu dan isteri. Pada mulanya, mungkin keburukan kita tidak nampak, tetapi jika sudah lama kita tidak mampu menahannya. Jika isteri sudah mula menunjukkan rasa ketidakselesaannya, suami perlulah menasihat isteri supaya bersabar dan berilah peluang untuk suami berbincang dengan ibunya. Keadaan isteri yang terlalu memaksa dan mendesak akan mengeruhkan lagi keadaan. Pasti ada yang tidak menyokong dan kata bergaduh hanya jaga ibu atau bapa yang sakit. Terpulang pada sesiapa yang fikir begitu. Hakikatnya, ia berlaku. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.

2. SUAMI TIDAK MEMBANTU ISTERI Dalam rumah tangga, tanggungjawab suami adalah memasak, membasuh, mengemas rumah, memberi nafkah zahir dan batin dan menjaga kebajikan isteri. Tanggungjawab isteri pula adalah melayan suami. Itu apa yang sepatutnya diketahui oleh suami dan isteri. Tetapi, isteri zaman sekarang dikatakan ‘Superwoman’ mampu melakukan semuanya untuk suami. Itu menjadi satu bonus kepada isteri untuk menempah tiket ke syurga. Walau pun isteri sanggup melakukan semua itu untuk suami, waima itu adalah tugas suami, anda sebagai suami tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri. Jika isteri keletihan memasak, menguruskan keluarga, suami perlu membantu isteri untuk meringankan bebannya. Jangan sesekali biarkan isteri membuat semua kerja seorangan, dan akhirnya kepenatan. Jika penat, isteri akan mula mengeluh dan menolak ajakan suami. Suami pula akan bertindak dengan memarahi isterinya. Hal ini akan mencetuskan hubungan tegang antara suami dan isteri.

3. SELALU MENGUNGKIT Sikap selalu mengungkit sama ada isteri atau suami amat bahaya sekiranya masih diamalkan. Si isteri akan mengungkit kerja-kerja yang dia banyak lakukan, melahirkan anak, sanggup berkorban untuk suami jika apa yang dia hendak tidak dituruti suami. Suami pula akan mengungkit kepada isteri apa sahaja perkara untuk melawan balik kata-kata isterinya. Jika amalan ini diteruskan, hubungan suami isteri akan tegang. Jika kita sentiasa ada perasaan tidak puas hati terhadap pasangan, perlulah berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing. Jangan sampai satu tahap anda keluarkan semuanya, itu dianggap sebagai mengungkit. Sikap ungkit-mengungkit ini menunjukkan petanda yang anda tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja. Walau sepenat mana pun kita, perlu fikir positif dan tanam dalam diri supaya bersabar kerana keberkatannya sangat besar dan mampu mengukuhkan lagi keharmonian rumah tangga.

4. TERLALU BERKIRA DALAN MELAKUKAN KERJA RUMAH Bagi suami isteri yang bekerja, masa bersama di rumah adalah sangat singkat. Jika berjumpa, ada sahaja perkara yang menjadi sebab untuk marah. Setiap pasangan bekerja selalunya akan berkira untuk melakukan sesuatu kerja. Contohnya selalu tugas isteri memandikan anak kecil, memberi makan. Sesekali isteri akan meminta suami melakukan tugas tersebut. Menjadi masalah bila suami tidak mahu melakukannya. Suami terlalu berkira mengenai tugas membantu isteri di rumah. Begitu juga dengan isteri, berkira untuk membantu suami ketika di luar rumah. Kesannya, hubungan akan menjadi tegang dan masing-masing akan bermasam muka. Sampai bila hendak amalkan budaya seperti ini, yang menjadi mangsa anak-anak.

5. TIADA ZURIAT SENDIRI Anak merupakan anugerah daripada Allah kepada hambanya. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan mengkehendaki zuriat yang akan menyambung keturunannya. Zuriat juga dikatakan rezeki yang diberikan kepada Allah untuk hambanya. Rezeki setiap orang untuk memiliki anak dalah berbeza-beza sama ada lambat atau pun cepat. Bagi pasangan yang sangat mementingkan zuriat, akan menjadi satu bebanan dan tekanan jika sudah lama berkahwin tetapi masih tiada anak. Jika ini berlaku, masing-masing lebih suka menyalahkan sesama sendiri. Sikap keegoaan lelaki untuk memeriksa tahap kesuburannya sering dipertikaikan isteri. Jika memang telah terbukti masalah datang daripada isteri, suami akan mengambil tindakan untuk kahwin lain. Isteri akan rasa diri tidak sempurna dan terpaksa terima keputusan suaminya yang menggunakan zuriat sebagai faktor utama. Masalah seperti inilah sering manjadi faktor kepada hubungan tegang suami isteri dan akhirnya yang membawa kepada penceraian.

6. PERKAHWINAN JARAK JAUH Setiap pasangan yang berkahwin, mengimpikan hubungan yang terjalin atas dasar percintaan dapat dilalui bersama-sama. Walau bagaimanapun, zaman moden sekarang, kebanyakan pasangan suami isteri setelah berkahwin akan membawa haluan masing-masing kerana terikat dengan komitmen kerja dan terpaksa berjauhan. Pada permulaan perkahwinan, mungkin anda masih boleh terima dan boleh berbincang, berjumpa sesekali, tetapi sampai bila perasaan anda untuk bersabar? Lama –kelamaan, sikap mula risau dan tidak percaya kepada pasangan akan timbul. Pelbagai perkara ingin dijadikan bahan untuk marah. Suami mula mencurigai isteri, isteri pula mula mencurigai suaminya. Sikap ini memang akan membuatkan hubungan suami isteri menjadi renggang. Jadi fikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan syak wasangka ini dari berlarutan yang akan menyiksa perasaan masing-masing.

7. SUAMI TIDAK BERKERJA Kembali kepada fitrah hidup manusia, tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Tetapi jika suami tidak bekerja, adakah terlaksana tuntutan itu kepada isteri. Isteri yang bekerjaya akan mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Bebanan suami telah diletakkan atas bahu isteri. Tugas ini jika suami tidak segera ambil alih boleh mendatangkan ketegangan dalam rumah tangga. Isteri akan sentiasa mengungkit akibat kepenatan seharian bekerja. Situasi ini akan mengundang pergaduhan antara suami dan isteri. Jika suami yang faham akan tanggungjawabnya pasti akan mencari kerja, tetapi jika mendapat suami yang sebaliknya, pergolakan yang berlaku ditakuti akan berakhir dengan tindakan yang tidak sewajarnya.

KESIMPULAN Selagi boleh dielakkan punca-punca ketegangan rumah tangga, teruslah dielakkan. Jangan biarkan masalah kecil seperti ini menjadi punca keretakan rumah tangga anda. Ambil langkah pencegahan awal dan gunakan pendekatan yang sewajarnya dalam melayari masam manis rumah tangga.
Sumber: Sirap Limau
The post Punca Hubungan Suami Isteri Hambar & Renggang, Retak Menanti Belah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/punca-hubungan-suami-isteri-hambar-renggang-retak-menanti-belah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Maut Disembelih Suami Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

Isteri Maut Disembelih Suami Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 715 hits
Isteri maut disembelih suami kerana enggan lakukan hubungan intimGara gara menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim seorang wanita berusia 60 tahun maut disembelih suaminya dengan parang lapor Dalam kejadian yang berlaku pada waktu sub...
Nak Hubungan Intim Suami Isteri Makin Bahagia Cara Ini Kena Praktik

Nak Hubungan Intim Suami Isteri Makin Bahagia Cara Ini Kena Praktik

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 693 hits
Dalam membangun rumah menuju kebahagiaan suami dan istri memainkan peran penting dalam membangun keharmonisan dan kasih sayang yang konstan Dengan itu semua orang harus ditentukan untuk menjadi pasangan terbaik dan bahagia Berikut adalah be...
Pkr Retak Yang Menanti Belah

Pkr Retak Yang Menanti Belah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 311 hits
Semuanya kerana pemimpin Kepala rosak maka ahli pun turut rosak Pemimpin baik akan membentuk ahli dan pengikut yang baik begitu lah sebaliknya Itu sebab UMNO patah riuk dalam PRU yang lalu puncanya pemimpin fullstop Hari ni Pigayarrr pun na...
Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Isteri Tuntut Cerai

Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Isteri Tuntut Cerai

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 392 hits
Suami tidak suka mandi antara penyebab kes perceraian di daerah Kuantan Malah punca itu dikesan menjadi penyumbang kepada statistik perceraian di Kuantan yang secara purata merekodkan kira kira 1 000 kes setiap tahun dalam tempoh dua tahun ...
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 439 hits
40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim 40 Tahun Hidup Bersama Suami Berusia 80 Tahun Ini Sembelih Isteri Kerana Tolak Hubungan Intim
Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher Dan Tik4m Belakang Isteri Berkali Kali Punca Didedahkan

Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher Dan Tik4m Belakang Isteri Berkali Kali Punca Didedahkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 327 hits
Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher dan Tik4m Belakang Isteri Berkali kali Punca Didedahkan Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher dan Tik4m Belakang Isteri Berkali kali Punca Didedahkan
Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami

Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 546 hits
Hidup bermadu bukan perkara yang mudah Tidak ada wanita di dunia ini yang mahu berkongsi suami sama ada menjadi yang pertama atau kedua ketiga dan keempat juga Realitinya berpoligami adalah ketentuan syariat dengan hukum harus bukan sunat M...
Aznil Terkejut Dilamar Pasangan Suami Isteri

Aznil Terkejut Dilamar Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 411 hits
PENGACARA Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil mendedahkan dia telah dilamar oleh seorang wanita menerusi sepucuk surat yang diberikan oleh seorang lelaki Pak Nil menerusi akaun Instagram peribadinya memuat naik sebuah video beserta kapsyen b...
Suami Isteri Jana Pendapatan Sampingan Rm4k Sebulan Tanam Kobis Di Halaman Rumah

Suami Isteri Jana Pendapatan Sampingan Rm4k Sebulan Tanam Kobis Di Halaman Rumah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 735 hits
MARAN Berbekalkan kreativiti dan us4ha seorang belia generasi kedua FELDA mampu meraih pendapatan RM4 000 sebulan hasil jualan sayur sayuran organik yang ditanam di sekeliling rumah keluarganya dekat FELDA Jengka 12 di sini Bermula dengan e...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game