Punca Air Sungai Kapar Kechil Bertukar Biru Dikenal Pasti Premis Diarah Henti Operasi


Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin. Foto NSTP/Faiz Anuar SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah mengenalpasti punca pencemaran air Sungai Kapar Kechil sehingga bertukar biru berikutan penemuan itu pada 18 Jun lalu.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, siasatan LUAS pada 6 Julai lalu di Kawasan Industri Batu 8, Jalan Kapar menemukan aktiviti mencurigakan oleh sebuah premis memproses plastik kitar semula berhampiran Sungai Kapar Kechil.
“Semakan di dalam premis mendapati terdapat sebuah pam yang disyaki digunakan untuk mengepam efluen dari kolam premis ke Sungai Kapar Kechil.
“Semakan lanjut juga mendapati terdapat dua lagi pam digunakan oleh premis untuk mengabstrak air sungai tanpa kebenaran.
“LUAS sudah mengarahkan premis untuk menghentikan serta-merta operasi pam dan melakukan pensampelan di lokasi berkaitan premis serta dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi analisis dan tindakan penguatkuasaan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

“LUAS membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79 (4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air, dan Seksyen 107 (b) bagi kesalahan mengabstrak sumber air tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan petang semalam.
Jamaliah berkata, siasatan susulan LUAS pada 8 Julai pula menemukan sebuah lagi premis yang disyaki di kawasan sama.
“Semakan di sebuah premis penyimpanan cecair getah mendapati terdapat kebocoran kepada penutup outlet tangki intermediate bulk container (IBC) milik premis yang menyimpan bahan cecair getah berwarna biru bagi pembuatan sarung tangan.
“Pemerhatian lanjut mendapati tiada kolam takungan di premis bagi menampung aliran sisa cecair berwarna itu sehingga menyebabkan ia terus mengalir ke dalam longkang premis, seterusnya ke parit berhampiran, dan akhirnya ke Sungai Kapar Kechil.
“LUAS mengeluarkan Surat Arahan di bawah Seksyen 121 (1), Enakmen LUAS 1999 untuk premis menghentikan dan menutup aliran serta melakukan pembersihan sisa tumpahan itu di semua lokasi terbabit di dalam premis serta-merta,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR Ayuh Malaysia, Kita Merajuk Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Pada masa sama katanya, LUAS sudah melaksanakan pensampelan di semua lokasi dan dihantar kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut.
“Kerja-kerja pembersihan oleh premis di semua lokasi terbabit dipantau rapi oleh LUAS dan selesai sekitar jam 10.45 malam semalam.
“LUAS juga membuka kertas siasatan terhadap premis terbabit di bawah Seksyen 79 (4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri memandang serius sebarang permasalahan pencemaran sumber air negeri sama ada ia terbabit ataupun tidak kepada pembekalan air mentah loji rawatan air (LRA).
“Penemuan punca pencemaran air berwarna ini berjaya mengelakkan risiko permasalahan kepada Sungai Kapar Kechil dan seterusnya pencemaran laut Selat Melaka.
“Kerajaan negeri, LUAS dan agensi-agensi berkuasa berkaitan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti tanpa kebenaran dan kecuaian mana-mana pihak yang menimbulkan permasalahan dan mencemarkan sumber air,” katanya
Lapan jam bersihkan tumpahan bahan kimia di jalan  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien? Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 
The post Punca air Sungai Kapar Kechil bertukar biru dikenal pasti, premis diarah henti operasi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/07/11/punca-air-sungai-kapar-kechil-bertukar-biru-dikenal-pasti-premis-diarah-henti-operasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Factories Linked To Sungai Kapar Kechil Pollution

2 Factories Linked To Sungai Kapar Kechil Pollution

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 120 hits
The water in the river which had turned dark blue on June 18 has since been cleaned up by the suspected companies Luas is investigating the two factories for polluting Sungai Kapar Kechil and unauthorised water extraction PETALING JAYA Two ...
Rangka Manusia Ditemui Di Felda Bukit Mendi Dikenal Pasti Milik Seroang Lelaki Dilaporkan Hilang 14 Bulan Lalu

Rangka Manusia Ditemui Di Felda Bukit Mendi Dikenal Pasti Milik Seroang Lelaki Dilaporkan Hilang 14 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 161 hits
BERA Rangka manusia ditemui di Felda Bukit Mendi di sini 2 Mei lalu dikenal pasti milik seorang lelaki berusia 49 tahun yang dilaporkan hilang 14 bulan lalu Rangka itu ditemui di kawasan semak di kawasan paya di Felda itu dan disahkan milik...
Ugut Bunuh Exco Armada Bersatu Saksi Penting Dikenal Pasti

Ugut Bunuh Exco Armada Bersatu Saksi Penting Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 133 hits
HARRITH HISHAMKUALA LUMPUR Polis sudah mengenal pasti saksi penting dalam kes ugutan bunuh membabitkan seorang pengarah sebuah syarikat yang juga Exco Armada Bersatu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman...
Remaja Lelaki Tergelincir Di Sungai Ditemukan Lemas

Remaja Lelaki Tergelincir Di Sungai Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 128 hits
Remaja lelaki tergelincir di sungai ditemukan lemas Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat Mohamad Isyraf Danish di Sungai Kuantan Foto NSTP Muhammad Delima Atan KUANTAN Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan terge...
Mak Cik Kejar Ular Dalam Sungai Selamba Tangkap Pakai Tangan

Mak Cik Kejar Ular Dalam Sungai Selamba Tangkap Pakai Tangan

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 107 hits
Mak cik kejar ular dalam sungai selamba tangkap pakai tangan Suliestyo menunjukkan ular sawa yang ditangkap Instagram JAKARTA Seorang wanita di Semarang wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian pengguna media sosial kerana berjaya menangkap...
Tips Keluar Dari Kereta Jika Termasuk Dalam Sungai

Tips Keluar Dari Kereta Jika Termasuk Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 158 hits
Kemalangan boleh berlaku secara tiba tiba dan antara yang paling berbahaya ialah apabila kereta terjunam ke dalam sungai atau tenggelam akibat banjir Jika tidak bertindak pantas dan betul ia boleh mengancam nyawa Berikut ialah beberapa lang...
Mb Tiada Kesan Gigitan Buaya Ditemui Pada Jasad Remaja Lelaki Lemas Di Kawasan Empangan Sungai Kobat

Mb Tiada Kesan Gigitan Buaya Ditemui Pada Jasad Remaja Lelaki Lemas Di Kawasan Empangan Sungai Kobat

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 175 hits
KUANTAN Tiada sebarang kesan gigitan buaya ditemui pada jasad remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemukan lemas di kawasan Empangan Sungai Kobat di sini pada Rabu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu di...
Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 242 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor menggesa kerajaan serta agensi berkaitan segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Pahang yang semakin meruncing terutama di kawasan luar bandar kampung tradisi dan tanah rancanga...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ambil Report Card

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Drama Seadanya Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Favourite Way To Take A Break

Capai 2k Views Blog Ini Bukti Usaha Tidak Sia Sia

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur