Pulut Kuning Istimewa Arleena Menjadi Tarikan
Hi korang...
Sejak zaman dahulu pulut kuning sangat sinonim dalam adat istiadat dan apa juga perayaan di kalangan orang Melayu kan?.Sebenarnya adat istiadat masyarakat melayu ni sangat unik apabila Pulut Kuning sebagai simbol berkasih-sayang dalam keraian orang Melayu, dijadikan juadah istimewa dalam keraian perkahwinan untuk menunjukkan kegembiraan, kelahiran, berkhatan, khatam Quran, kenduri kesyukuran dan sebagainya
Beras merupakan makanan ruji di Asia dan telah melalui sejarah yang sangat panjang di dalam masyarakat Melayu . Sebagai sumber makanan utama, beras juga dipandang sebagai tanda syukur-nikmat masyarakat, tanda kecukupan rezeki, kemewahan penduduk dan kegembiraan serta kemakmuran.Oleh sebab itu makanan berasaskan beras sangat sinonim dalam rangkaian makanan di Asia. oleh itu dalam banyak-banyak jenis beras, beras untuk membuat pulut antara yang termahal. Untuk menyajikannya juga memerlukan proses yang agak lama dimana beras direndam bersama kunyit semalaman, dan menanaknya juga bukan semudah nasi biasa. Sebab itu pulut kuning dijadikan sebagai juadah istimewa yang menjadi kegemaran semua peringkat umur
So hari ni SA terpanggil untuk share dengan korang bisnes kawan office SA ni..pulut kuning hasil kreativiti beliau yang menjadi tarikan ramai. Ramai yang tempah pulut kuning sempena majlis -majlis istimewa samada Hari Lahir, Meraikan kejayaan, Majlis perpisahan, Akikah dan banyak lagi majlis- majlis istimewa. Apa aje majlis mesti ada yang tempah kat kawan SA ni..menariknya pulut kuning ni dihias cantik dengan dekorasi. Kalau nak suruh SA yang hias..rasanya tak jadi cantik macam tu..haha..sorry SA tangan tak seni sangat..
Eh jom la tengok hasil kreativiti kawan SA ni
Pernah korang tengok roti jala dan nasi lemak boleh dijadikan menu utama menggantikan kek untuk sambutan hari lahir? tak pernah? haa..kawan SA ni mampu merealisasikan apa je permintaan korang. Ye la..kadang- kadang kita nak buat sesuatu yang diluar kotak pemikiran kita kan. SA pun first time tengok Roti Jala dijadikan kek hari lahir..menarik sangat idea tu...ye la asyik makan kek jer kan..manis dan tak sihat..kasi tukar plak la dengan kek dari roti jala. Eh...rasa nak buat plak la nanti...sebab SA x makan sangat kek..cut sugar katanya kannn..
So korang kalau berminat nak order pulut kuning atau roti jala untuk apa- apa majlis korang boleh la berbuat demikian dan details ada kat bawah. Tentang harga kena tanya tuan punya bisnes la kan...pulut kuning yang dah dihias indah tu sesuai dijadikan hantaran kan..cantik je..
Lagi design menarik korang boleh tengok kat instagram kawan SA. Bukan pulut kuning dan roti jala je dia jual ye...ada macam-macam antaranya rendang, nasi lemak (the best so far), Seri Muka Durian Berhantu dan banyak lagi la.
Sebarang tempahan boleh hubungi :
FB : https://www.facebook.com/arleena.rahimIG : https://www.instagram.com/arleena_rimau/Whatsapp: 012 - 3636349
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/01/pulut-kuning-istimewa-arleena-menjadi.html