Pulut Hitam Melawan Kanser Dan Sakit Jantung
Pulut hitam merupakan bahan makanan yang sering diolah menjadi pelbagai menu makanan manis. Teksturnya yang manis lemak membuatkan banyak orang menyukai olahan makanan daripada pulut hitam ini.
Beras pulut ini berwarna hitam sebelum dimasak. Namun, setelah dimasak warnanya akan berubah menjadi keunguan. Warna hitam pada pulut hitam ini merupakan tanda bahawa bahan makanan ini mengandungi antoisanin (sebatian pewarna) yang tinggi.
Selain itu, pulut hitam juga mengandungi zat besi, protein, karbohidrat, serat, vitamin E, serta mineral seperti kalium, natrium, magnesium, dan zink.
Berikut manfaat pulut hitam untuk kesihatan yang telah dari berbagai sumber;
Melawan Kanser dan Penyakit Jantung
Pulut hitam dipercayai dapat membantu melawan kanser dan penyakit jantung kerana adanya kandungan antosianin di dalamnya.
Antosianin yang merupakan salah satu pigmen dari antioksidan ini memiliki peranan penting untuk mengurangi kadar koletserol jahat atau LDL, sehingga mampu melawan penyakit jantung. Selain itu, jenis antioksidan ini juga memiliki sifat antiradang dan antikanser sehingga antosianinnya mampu menurunkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.
Menjaga Kesihatan Pencernaan
Pulut hitam mengandungi serat yang cukup tinggi. Kandungan serat tinggi ini sangat penting untuk menjaga kesihatan usus. Serat membantu menurunkan berat badan, tekanan darah, dan kolesterol. Pulut hitam memiliki efek probiotik yang baik untuk kesihatan saluran pencernaan.
Menjaga Berat Badan
Serat pada pulut hitam ini dipercayai berkesan mencegah masalah pada pencernaan. Selain itu, seratnya juga mampu mempertahankan berat badan ideal. Mengambil makanan tinggi serat daripada pulut hitam membuatkan rasa kenyang lebih lama
Menjaga Daya Tahan Tubuh
Pulut hitam membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh dengan adanya kandungan vitamin E yang tinggi di dalamnya. Vitamin E pada pulut hitam dapat melindungi sel dari kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Hal ini kerana tingginya kandungan antosianin dalam pulut hitam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://orangmuo.blogspot.com/2019/12/pulut-hitam-melawan-kanser-dan-jantung.html