Puding Koktel
Assalamualaikum WBT
HARI ini genap setahun ibu Sk meninggal dunia. Post hari ini, Sk dedikasikan kepada arwah ibu yang mengajar Sk buat Puding Koktel ni. Sk ingat lagi, setiap kali ibu buat Puding Koktel ni, ibu akan sediakan air panas, untuk persediaan sekiranya puding terlalu pekat. Orang lama masak, mana ada sukat-sukat. Semua main agak-agak ya, tapi peliknya mesti menjadi pulak tu.

Sk buat Puding Koktel ni masa hari kedua Ramadhan hari tu atas permintaan Pak Inche, sebagai dessert berbuka. PI dok berzikir bila nak buat, buah koktel dalam tin dah beli dari sebelum puasa, hehehe. Cuma buah koktel tu buah tropika, tu yang mood tak mari nak buat Puding Koktel. Tapi sebab hari tu, SK nak berbuka di Pulai Springs Resort, Sk godakkan jugak tepung kastardnya

Mujurlah masih ada baki secawan tepung kastard ni, hehehehe. Nisbah tepung dan cecair ialah 1:5. Untuk adunan puding ni, resepinya di bawah :
Puding Kastard
1 cawan tepung kastard2 tbs gula pasir5 cawan airsecubit garam

Cara sediakan puding
1. Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali, kacau guna handwhisk hingga tepung larut sepenuhnya. (Sk lagi suka guna kuali, puas kacau)
2. Apabila tepung dah larut, baru buka api, kacau jangan berhenti sehingga adunan pekat
3. Bila adunan dah pekat, kecilkan api dan terus kacau hingga adunan berkilat dan mendidih
Kena masak dan kacau sampai dia meletop-letop macam ni
Susu Koktel
1 tin susu cair1 tin air4 - 5 tbs gula pasir (ikut manis dikehendaki)
Masak hingga mendidih
Susu Sk ni tak cukup ya setin, tu yang kelmarin pergi kedai beli susu lagi, hihi). Jadi, kalau anda suka banyak susu, boleh gandakan sukatan
PI mintak setkan siap-siap dalam mangkuk. Tu lah tu tak sempat masuk peti sejuk pudingnya. Dia ni memang mengada la kalau SK nak berbuka kat luar. Padahal dia lagi banyak nak berbuka kat luar nanti

Memang mengulang makan jer la, kali ni letak buah anggur, hehehehe
Sedap jugak la koktel buah tropika tu, ingat tak sedap, hihi. Untuk sukatan secawan tepung, boleh dapat 28 ketul puding saiz kuih lompang tu. Jadi, kalau nak buat banyak, bolehlah gandakan, nak buat sikit, boleh kurangkan sukatan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/puding-koktel.html