Pucat Weh Muka Dia Baru 10 Tahun Dah Pandai Ajar Kawan Muda Setahun Bawak Kereta Sampai Kena Langgar
Kanak-kanak di usia pertengahan dan akhir iaitu di antara usia 7 sehingga 12 tahun mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan menterjemahkan perkara tersebut melalui perbuatan.
Nampak remeh, tetapi sekiranya dibiarkan dan tidak dipantau dengan alasan masih kecil, apa yang tidak terfikir di akal ibu bapa pun boleh dilakukan oleh anak-anak. Ini kerana di usia sebegini sememangnya mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.
Seperti kes yang tular sejak semalam di media sosial mengenai kanak-kanak berusia 10 tahun yang sudah pandai mengajar rakan sebayanya yang berusia 9 tahun memandu kenderaan. Perkara itu terbongkar apabila kereta yang dipandu kanak-kanak tersebut melanggar pula kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Ikuti perkongsian seperti di bawah.
”Jangan letak kunci kereta merata..”
Kepada mak ayah semua, harap dapatlah pantau anak-anak sebaik mungkin dan jangan letak kunci kereta tempat yang anak-anak senang ambil.. yang paling penting jangan tinggalkan kunci dalam kereta terbiar je..
”Kereta Uncle kena langar dengan budak 10 tahun”
Kereta Uncle aku kena langgar dengan budak 10 tahun.. Dia ajar budak 9 tahun bawa kereta..
Kepada mak ayah semua, harap dpt lah pantau anak2 sebaik mungkin dan jangan letak kunci kereta tmpt yg anak2 senang amik.. yg paling penting jgn tinggalkan kunci dlm kereta terbiar je.. kereta uncle aku kena langgar, dgn budak 10 tahun, dia ajar budak 9 tahun bawak kereta
pic.twitter.com/x1d27MzPML
— TeD (@BukanWanted) July 2, 2019
”Pucat muka…”
”Bukan kali pertama”
Sementara itu, kes tersebut telah mendapat perhatian warganet dengan rata-ratanya meninggalkan komen berdasarkan pengalaman mereka ketika di usia sama.
Nampak kelakar tapi tak kurang juga yang bimbang dengan kurangnya didikan dan pantauan dari ibu bapa sehingga kanak-kanak ini berani berindak sedemikian. Apa pula pendapat anda?
”Aku umur 10 tahun main dengan pacat”
”Umur 21 tahun, start kereta pun takut lagi”
”Mesti balik kena tibai dengan ayah”
”Dia ingat semudah tu bawa kereta”
Sumber : TeD
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/04/pucat-weh-muka-dia-baru-10-tahun-dah-pandai-ajar-kawan-muda-setahun-bawak-kereta-sampai-kena-langgar/