Public Holiday Penang 2024 Dan Lokasi Pelancongan Di Penang
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 17
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi jadual public holiday Penang 2024 berserta kalendar cuti umum. Jadual public holiday Penang 2024 boleh dijadikan rujukan dan panduan buat warga Penang yang ingin merancang percutian di sepanjang tahun ini. Maklumat daripada artikel ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Pulau Pinang pada tahun 2024 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti.
Berkenaan Public Holiday Penang 2024 Berserta Kalendar Cuti Umum
Cuti hujung minggu di Pulau Pinang termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Cuti ini adalah sama dengan Kuala Lumpur, Selangor dan kebanyakan negeri yang lain di Malaysia. Namun cuti hujung minggu (weekend) adalah berbeza dengan negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
Jadual Public Holiday Penang 2024
Berikut merupakan jadual public holiday Penang 2024.
HARI KELEPASAN AM (PERSEKUTUAN)TARIKHTahun Baru Cina (2 hari)10 Februari (Sabtu)
11 Februari (Ahad)Hari Raya Puasa ( * )
Hari Raya Puasa (Hari Kedua) ( * )10 April (Rabu)
11 April (Khamis)Hari Pekerja1 Mei (Rabu)Hari Wesak22 Mei Rabu)Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong3 Jun (Isnin)Hari Raya Qurban (*)17 Jun (Isnin)Awal Muharram (Maal Hijrah)7 Julai (Ahad)Hari Kebangsaan31 Ogos (Sabtu)Hari Malaysia16 September (Isnin)Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W (Maulidur Rasul)16 September (Isnin)Hari Deepavali (*)31 Oktober (Khamis)Hari Krismas25 Disember (Rabu)( * ) Tertakluk kepada perubahan
HARI KELEPASAN AM (NEGERI)TARIKHTahun Baru 20241 Januari (Isnin)Hari Thaipusam25 Januari (Khamis)Hari Nuzul Al-Quran28 Mac (Khamis)Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia7 Julai (Ahad)Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang13 Julai (Sabtu)
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.
Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong / Tuan Yang Terutama maka hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.
Kalendar Cuti Umum 2024
Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umumnya ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun. Di Malaysia terdapat banyak Hari kelepasan Am (cuti umum) yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), namun di bawah Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan adalah tidak diwajibkan memberikan cuti pada setiap cuti umum yang telah diwartakan.
Boleh rujuk kalendar tahun 2024 seperti di bawah.
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 18
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 19
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 20
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 21
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 22
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 23
5 Lokasi Pelancongan di Penang 2024
1. Bukit Bendera
Bukit Bendera, satu tempat menarik di Penang iaitu kawasan tanah tinggi untuk anda melakukan pelbagai aktiviti menarik dan bersantai bersama keluarga. Anda boleh menaiki kereta kabel menuju ke puncak Bukit Bendera. Sebaik sampai di puncak, banyak tempat menarik di Bukit Bendera samada anda berjalan kaki atau menaiki buggy untuk melawat tempat tarikan seperti Muzium Burung Hantu, The Habitat, SkyWalk & sebagainya.
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 24
2. Pantai Batu Ferringhi.
Pantai Batu Ferringhi adalah pantai peranginan yang mempunyai banyak aktiviti sukan air menarik yang boleh anda dan sekeluarga cuba seperti bermain jetski, parasailing, banana boat & sebagainya. Setiap hujung minggu, ramai pengunjung setempat & pelancong yang datang riadah ke sini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Public Holiday Penang 2024 dan Lokasi Pelancongan di Penang 25
3. Taman Negara Pulau Pinang.
Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang terkenal di kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti yang lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti jungle trekking, bird watching, merentas titian kanopi sepanjang 210 meter & banyak lagi. Ianya adalah destinasi yang kaya dengan flora fauna yang pasti tidak akan menghampakan pencinta alam & kaki jungle trekking.
4. Taman Botani Penang.
Dalam Taman Botani Penang ini terdapat 11 tarikan utama yang boleh diterokai seperti Taman Jepun, Android Trail, Taman Herba, Aquatic Garden & sebagainya. Menariknya, di sini juga terdapat jualan langsung di mana pengunjung boleh membeli lebih 23 jenis pokok-pokok bunga atau anak pokok herba yang boleh dikategorikan eksotik seperti Bunga Ros Jepun, Tongkat Ali, Belalai Gajah, Mahkota Dewa & macam-macam lagi. Bagi kaki lensa kamera, destinasi ini juga merupakan satu tempat menarik di Penang untuk fotografi landskap yang sangat ideal kerana mempunyai banyak subjek unik seperti Rain Tree, Cannon Ball Tree, Ebony Tree & banyak lagi.
5. Escape Theme Park Penang.
Terdapat lebih 33 pilihan aktiviti outdoor menarik yang boleh dilakukan di sini. Bagi dewasa & muda mudi yang sukakan cabaran, cubalah berkunjung ke sini bersama rakan-rakan untuk melakukan aktiviti outdoor seperti merentasi laluan berhalang dari pokok ke pokok, abseiling, sling shot, kite flyer & banyak lagi. Malah, terdapat beberapa aktiviti mencabar di sini yang hanya boleh anda lakukan di Escape Theme Park Penang ini seperti sling shot, tubby racer & jungle swinger.
Traveler guide
Soalan FAQs Berkaitan Public Holiday Penang 2024
Bilakah tarikh hari jadi TYT Penang?
13 Julai 2024.
Berapakah bilangan hari kelepasan Negeri Pulau Pinang tahun 2024?
Lima hari.
Dimanakah terletaknya pantai Batu Feringgi?
Pulau Pinang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/02/public-holiday-penang-2024.html