Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa


Puasa Tarwiyah 2024: Maksud Hari Tarwiyah & Hukum Berpuasa
Pada bulan Dzulhijjah, terdapat dua puasa sunat yang memiliki keutamaan dan dianjurkan untuk dilakukan iaitu puasa Tarwiyah dan Arafah. 
Pada artikel kali ini, berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai puasa Tarwiyah dan kelebihan melakukannya.
BACA JUGA: Puasa Sunat Arafah 2024: Niat, Tarikh & Kelebihan – JAKIM
Apakah Maksud Hari Tarwiyah? Hari Tarwiyah adalah hari kelapan pada bulan Dzhulhijah. Hari Tarwiyah mempunyai dua maksud. 
Menurut Imam Ibn Qudamah Hari Tarwiyah ialah; hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
Berikut penjelasannya:
Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون). Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah.  Kelebihan Puasa Tarwiyah Terdapat satu hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa semasa hari Tarwiyah. Hadisnya berbunyi;
Rasulullah SAW telah bersabda;
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Penjelasan Hadis  Walaubagaimanapun, Mufti WP menjelaskan bahawa para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. 
Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri.
Dr Rozaimi Ramle turut menjelaskan bahawa sanad hadis di atas adalah daripada Al-Kalbiy daripada Abu Soleh daripada Ibnu ‘Abbas. Al-Kalbiy ini merupakan seorang pendusta.
Yahya bin Ma’in berkata: Laisa bisyai’, kazzab saqit.
An-Nasaie, ‘Ali bin Al-Junaid, Ad-Daraquthni: Matruk al-Hadis.
Ibnu Hibban: Pendusta yang sangat jelas.
[Rujuk Ibnu Jauzi, Ad-Dhu’afa’ wa Al-Matrukin]
Kesimpulan  Kesimpulannya, tidak terdapat hadith yang sahih menceritakan amalan tertentu yang boleh dilakukan pada hari Tarwiyah.
Melainkan ia termasuk di dalam umum hadith yang menceritakan akan kelebihan melakukan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Dzulhijjah dan ia juga termasuk di dalam kelebihan beramal pada bulan-bulan Haram. 
10 hari terawal bulan Dzulhijjah adalah merupakan hari-hari disukai oleh Allah SWT. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Ibn Abbas R.anhuma, Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”
Membanyakkan puasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah adalah sunnah.
Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis. Rujuk Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417. 
Sumber:
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-404: APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA? – Mufti WP SUNNAHKAH PUASA HARI TARWIYAH DAN ARAFAH? – Dr. Rozaimi Ramle

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/puasa-tarwiyah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=puasa-tarwiyah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 451 hits
Selamat Hari Gawai buat yang menyambutnya Hari Gawai diraikan sebagai tanda berakhirnya musim menuai pada bukti selain untuk melahirkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh pada musim tersebut Hari ini merupakan hari bagi suku kaum Iban B...
Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 243 hits
Selamat Hari Raya 2024 buat semua Maaf Zahir dan Batin ye Terasa sekejap je masa berlalu kan Tiba tiba dah 6 Syawal dah ni Korang balik raya mana tu Mummy sekeluarga balik ke Kamunting Taiping Bab balik raya mana ni Mummy serahkan kepada en...
Foto Suasana Hari Pertama Asn Di Balai Kota Dki Jakarta Kembali Bekerja Usai Libur Lebaran 2024

Foto Suasana Hari Pertama Asn Di Balai Kota Dki Jakarta Kembali Bekerja Usai Libur Lebaran 2024

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 155 hits
Pemprov DKI mewajibkan seluruh pegawainya untuk bekerja di kantor meskipun KemenPANRB memberikan kesempatan ASN di instansi tertentu untuk WFH
Mk Bacakan Putusan Hasil Sidang Sengketa Pilpres 2024 Hari Ini Ganjar Dan Anies Bakal Hadiri

Mk Bacakan Putusan Hasil Sidang Sengketa Pilpres 2024 Hari Ini Ganjar Dan Anies Bakal Hadiri

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 302 hits
MK telah mengirimkan surat panggilan kepada para pihak untuk menghadiri sidang putusan sengketa Pilpres 2024
Perak Tuan Rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

Perak Tuan Rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 226 hits
Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 akan diadakan di Lost World of Tambun pada 4 Mei IPOH Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan berlangsung pada 4 Mei ini Menteri Pembangunan dan...
Foto Penampakan Pantai Ancol Diserbu Puluhan Ribu Wisatawan Di Hari Kedua Lebaran 2024

Foto Penampakan Pantai Ancol Diserbu Puluhan Ribu Wisatawan Di Hari Kedua Lebaran 2024

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 140 hits
Taman Impian Ancol memprediksi pengunjung pada hari kedua Idulfitri bisa mencapai sebanyak 80 ribu
Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Contoh Caption Menarik Gambar Raya Boleh Anda Gunakan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 377 hits
Kalau dah hari raya pastilah masing masing akan flex baju raya kan Jadi bila nak share ootd baju raya anda di Instagram kena lah ada caption yang menarik untuk gambar raya raya kan Jadi disini disenaraikan beberapa caption menarik caption l...
Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan

Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 233 hits
Salam Aidil Adha Tarikh Hari Raya Korban 2024 30 Contoh Ucapan Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban Hari Raya Haji adalah merupakan salah satu perayaan yang paling ditunggu tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi