Pu Syed Disekolahkan Kaw Kaw Kerana Setankan Bts


SOSMED | Peperangan maya antara pro KPOP dan PU Syed diteruskan lagi dengan kritikan individu yang bernama Sheila Jamal.

Di kenyataan itu, Sheila mempersoalkan kewajaran PU Syed mengelarkan BTS sebagai syaitan sedangkan kumpulan itu seringkali melakukan kebaikan dan bebas dari skandal.

Sheila juga menegur cara PU Syed berdakwah yang dikatakanya tidak sesuai untuk diamalkan.  


Oleh : Sheila Jamal

APA NAK JADI DENGAN PU-PU NI?? 🤦🏻‍♀️ Suka-suka kata kat orang Syaitan! Berdakwahlah dengan Akhlak bukan dengan sedap mulut! Akak puuun tak faham kenapa orang BENCI sangat dengan kumpulan Kpop BTS ni. Mereka ni 'Clean', bukannya gay, jadi ikon untuk UNICEF, menyokong untuk pembebasan Palestine, tak ada pulak skandal dengan perempuan ke, pergi buntingkan mana-mana perempuan ke, girlfriend pun tak ada. Artis Kpop ni, kalau nak tahu, dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Tak boleh nak bercinta-cinta, tak boleh keluar sesuka hati, kerja mereka; menyanyi, menari, cipta lagu dan perkara-perkara yang berkaitan dengan karier mereka sahaja.

Tak tahu kenapa orang kita, artis kita pandang jelek pada group Kpop ni. Tak kacau orang pun, tak tunjuk teladan yang tak elok pun. Kalau group wanita yang pakai skirt pendek tu yang dibising-bisingkan, mereka bukan orang Islam. Yang artis ISLAM kita tak tutup aurat, skandal sana sini, pergaulan yang kita sendiri tahu macam mana, kenapa tak ban? Tahu tak macam mana netizen-netizen kita, anak-anak muda, budak-budak hingusan ni beri komen LUCAH pada group Kpop wanita di SocMed? Memalukan!! Hilang Islam dan Adab! Tak ada pulak mana-mana pihak nak menegur.

Apa kesalahan mereka yang mereka ni dibenci, digelar Syaitan, dan lain-lain. Ingatlah.. HIDAYAH MILIK ALLAH. Kau siapa nak gelarkan orang macam-macam. Bila Syed Saddiq nak bawa mereka ke sini.. WOW!! Riuh rendah orang hentam dan kondem. Orang kita kalau pasal menghentam orang, tengok dari sudut negatif, membawang tanpa berfikir panjang, serahlah.. Macam Malaysia ni tak pernah jemput artis luar perform kat sini. Yang head banging, yang bertatoo, yang mengaku gay, yang tersiat sana sini bila perform.. tak ada pulak nak kata Setan!

Ada beberapa orang remaja.. kawan anak Akak, merasa hidup mereka ceria semula bila kenali BTS dengan lagu-lagu mereka yang banyak beri inspirasi kepada mereka. Mesti ada yang nak kata.. kenapa tak balik pada Agama untuk rasa hidup ni lebih ceria dan bermakna? Sebab ada diantara mereka yang seperti tak wujud pada parents mereka. Tak ada yang ambik peduli tentang mereka. Parents sibuk dengan hal-hal mencari rezeki dan dunia social mereka.

Ada yang PM/DM anak Akak share kisah hidup mereka walaupun mereka cuma kenal anak Akak d Twitter. Ada yang dah berkali-kali cuba untuk bunuh diri, ada yang berkali-kali cuba cederakan diri sendiri. Sedih sungguh Akak mendengarnya.. Bila muncul BTS dengan Album Love Yourself Series (Her, Tear & Answer), sedikit sebanyak telah memberi IMPAK untuk mereka sayangi diri sendiri. Di mana kita, parents, PU di saat anak-anak muda ini memerlukan bantuan dan sokongan moral.

BTS dan lain-lain manusia, Islam atau tidak perlu kita hormati kerana mereka ada HAK mereka kerana mereka juga makhluk Allah swt. Janganlah suka-suka hati dan mulut nak menghina sesama manusia yang tak buat salah apa pun dengan kita. Lalu mayat orang kafir di hadapan Rasulullah saw, tidak pulak Rasulullah menyumpah mengatakan Celakalah kamu Kafir Laknatullah ke.. Rasulullah saw bangkit untuk beri penghormatan kepada si mati. Inikan pulak yang hidup. Tak pernah kita dengar Baginda menghina dan mencaci walau musuh sekalipun.

Hal nak bawa mereka tahun depan, sempena TAHUN MELAWAT MALAYSIA, tak confirm pun lagi.. 🤦🏻‍♀️. Kut iya pun.. apa masalahnya kerana peminat2 BTS ni berjuta kat rantau Asia Tenggara ni.. Mereka sanggup turun ke Singapore, Indonesia ke, Thailand ke hanya untuk tengok konsert BTS yang dah tentu AURAT dan Adab mereka, mereka jaga. Currency exchange, kempen untuk pembebasan Palestine, membela nasib untuk kanak-kanak Sedunia UNICEF dan lain-lain turut akan berlaku. Ada masalah ke? 🤷🏻‍♀️. - 1 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/pu-syed-disekolahkan-kaw-kaw-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Setankan Bts Pu Syed Berperang Dengan Kpopers

Selepas Setankan Bts Pu Syed Berperang Dengan Kpopers

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 484 hits
SOSMED Semuanya bermula apabila BTS disyaitankan oleh PU Syed Kita Negara Islam boleh nak jemput setan ni datang Rusia Negara Kapir pun tahu nak jaga rakyat mereka Maaf guna kalimah setan sebab hanya setan yang mahu menyesatkan manusia Kump...
Nak Jemput Setan Setan Ni Datang Kenyataan Pu Syed Setankan Bts Peminat Bukan K Pop Turut Sekolahkan Pu Syed

Nak Jemput Setan Setan Ni Datang Kenyataan Pu Syed Setankan Bts Peminat Bukan K Pop Turut Sekolahkan Pu Syed

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 693 hits
Nak Jemput Setan Setan Ni Datang Kenyataan PU Syed Setankan BTS Peminat Bukan K Pop Turut Sekolahkan PU Syed Selepas Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa pihaknya bakal membawa masuk kumpulan BTS dari ...
Ditegur Artis Tempatan Kenapa Nak Sangat Nak Bawa Bts Ke Malaysia Ini Respon Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

Ditegur Artis Tempatan Kenapa Nak Sangat Nak Bawa Bts Ke Malaysia Ini Respon Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 596 hits
Sebelum ini kecoh apabila Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq mengumumkan bahawa Kumpulan K Pop BTS dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia Terdapat segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan je...
Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 706 hits
Penggemar muzik K Pop pastinya gembira dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa persembahan kumpulan popular Bangtan Boys ke negara ini Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui penggiat seni tempatan S...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme