Pu Amin Minta Di Pulangkan Dompet Yang Tertinggal Di Tandas Rnr Gambang
PU AMIN MINTA DI PULANGKAN DOMPET YANG TERTINGGAL DI TANDAS RNR GAMBANG. Ni kira entri khidmat masyarakat je.. Walau Ahad normally den jarang nak update blog kan tapi bila nampak ada orang dalam kesusahan.. Maka sarung kostum Wonderpets terus mulakan misi menyelamat katanya. Kau hado jadi Blogger wonderpets pepagi ni.. Mulia tak hati den ni. kekekeke
Terbaca posting PU AMIN kat Facebook beliau tadi katanya dia tertinggal wallet dia di Tandas RnR Gambang lebih kurang pukul 7.45 pagi tadi. Bila dia berpatah balik nak cari wallet dia memang dah tak ada la kan.. Almaklum la dompet berisi ni memang nak kekal statik kat tempat yang sama memang agak mustahil. Yang kesian lagi sebab petang nanti lebih kurang pukul 6 petang dia nak bertolak ke Mekah untuk tunaikan Umrah.
Bagi sesiapa yang terambik... Pulangkanlah dompet bersama dokumen dokumen penting dalam tu. Kata PU Amin.. nak ambil duit duit yang ada ambil la.. yang penting kad kad yang ada dalam dompet tu pulangkan. Hangpa nak buat apa kan dengan kad kad tu.. terutama kad pengenalan tu. Mudahkan lah orang nak pi buat ibadah. Takpa
Dompet saya tertinggal jam 7.45 pagi di tandas Petronas RnR Gambang arah ke KL . Lepas sampai di Tol Karak saya sedar dompet tak ada dan saya patah balik ke Petronas RnR Gambang . Saya cari sudah tiada dalam bilik air tempat saya masuk sebelum ini . Puas cari , guna bantuan staff petronas untuk cari guna CCTV masih juga tak jumpa kalau ada siapa siapa yang ambil . Kerana CCTV terhad .
Maka saya merayu pada yang ambil dompet saya , awak ambil lah semua duit dalam tu , tapi tolong sangat sangat pulangkan dompet dan kad kad peribadi di dalam nya . Saya merayu sangat sangat . Kad kad itu kehidupan saya . Dalam tu ada ic saya , isteri dan anak anak saya . Kad Tauliah mengajar agama dan lain lain .
Kalau anda lembut hati , terambil atau tersimpan dompet saya . Saya merayu sekali lagi . Pulangkan lah . Hubungi saya 0193676648 atau ,
Awak post kan ke alamat :
No 19,
Jalan jelok ria 1
taman jelok ria
43000 kajang selangor .
Petang ini jam 6 saya akan terbang ke Mekah untuk buat Umrah . Ujian besar kali ini . Allahuuu . Allah sahaja tahu perasaan ini .
Pada Allah saya berserah . Tolong share ya .Kita membantu meringankan beban orang lain Insya Allah.. Allah bantu permudahkan urusan kita jugak. Sama sama kita bantu share posting PU Amin sampai yang terambik wallet dia pulangkan balik. Semoag dapat di temui sebelum beliau berangkat te tanah suci Mekah petang nanti.
Moral Of the story.. Pulangkan!! Kalau tidak akan ku robek seluruh keturunanmu (Pontianak Harum Sengal Malam) kekekekkee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2019/02/pu-amin-minta-di-pulangkan-dompet-yang.html