Pru 15 Mungkin Antara Oktober Hingga Disember


hmetro.com.my
Mohamed Farid Noh
[email protected]
Ahmad Maslan menunjukkan demontrasi sukan rakyat selepas merasmikan Karnival Sukan Peladang Sempena Hari Malaysia di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi. FOTO FARID NOH
Pontian: UMNO yakin Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan antara Oktober hingga Disember ini, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, ia susulan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menyatakan pembubaran Parlimen akan dibuat sedikit masa lagi.

Katanya, bayangan diberikan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO semalam adalah petunjuk paling jelas mengenai PRU-15 yang dimaklumkan secara umum dalam acara parti.

"UMNO yakin PRU-15 akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan ini (Oktober hingga Disember).

"Cuma kena cuba elak sebelum banjir. Jika banjir Disember, jangan buat (PRU-15) Disember. November pun boleh pilihan raya.

"Kalau November pilihan raya, maknanya bubar (Parlimen) Oktober. Pengesahan Perdana Menteri dalam ucapan beliau semalam membolehkan parti membuat persiapan dan mencongak tarikh PRU-15," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan Peladang Sempena Hari Malaysia di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi di sini, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri ketika melancarkan Jentera Pemuda UMNO, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, dilaporkan mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan 'Top Five' mengenai pembubaran Parlimen.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengesahkan pertemuan dan rundingan Top Five UMNO yang dijadualkan pada 30 September ini akan diteruskan.

Katanya, walaupun Top Five sering bertemu secara tidak rasmi serta tidak diumumkan secara terbuka di media, pertemuan pada 30 September itu akan diteruskan seperti sudah dirancang.

"Saya yakin ucapan Perdana Menteri semalam itu bertitik tolak dari pertemuan dan rundingan Top Five secara tidak rasmi.

"Sebenarnya setiap kali sebelum Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, akan diadakan dahulu mesyuarat Top Five diikuti mesyuarat Biro Politik UMNO pada sebelah petang.

"Itu tidak termasuk pertemuan tidak rasmi di luar," katanya.

Top Five UMNO merujuk kepada lima kepimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/pru-15-mungkin-antara-oktober-hingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Beri Gambaran Jelas Pru Seawal Mungkin Ahmad Maslan

Pm Beri Gambaran Jelas Pru Seawal Mungkin Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 184 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau yakin Pilhan Raya Umum ke 15 akan diadakan dalam tahun ini yang hanya berbaki tiga bulan Semua negeri kita dah buat pertemuan beramai ramai semua pertemuan setiap bahagian Pendek ...
Khairy Mungkin Tidak Bertanding Pru 15 Malu Ceroboh Kawasan Lain

Khairy Mungkin Tidak Bertanding Pru 15 Malu Ceroboh Kawasan Lain

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sekiranya tidak diberikan kawasan Saya menerima satu mesej daripada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasa...
Tawaran Kemasukan Pusat Bahasa Jepun Mara Oisca Oktober 2022

Tawaran Kemasukan Pusat Bahasa Jepun Mara Oisca Oktober 2022

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 350 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat dan Organisation for Industrial Spiritual Cultural and Advancement kini menawarkan program pembelajaran Bahasa Jepun menerusi Pusat Bahasa Jepun MARA OISCA kepada lepasan Institusi Pendidikan...
Indonesia Bakal Pasok Udang Hingga Rumput Laut Ke Rusia

Indonesia Bakal Pasok Udang Hingga Rumput Laut Ke Rusia

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 287 hits
Kementerian Kelautan dan Perikanan mengupayakan penguatan kerja sama perdagangan produk perikanan dengan otoritas Rusia Hal tersebut dilakukan untuk meningkatkan nilai ekspor perikanan ke negara tersebut
Duta Jenama Lee Minho Bakal Hadir Ke Konsert Ulang Tahun Cuckoo Di Malaysia Oktober Ini

Duta Jenama Lee Minho Bakal Hadir Ke Konsert Ulang Tahun Cuckoo Di Malaysia Oktober Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 317 hits
Selepas Rain peminat di Malaysia nampaknya akan berpeluang untuk berjumpa dengan Lee Min ho pula ARTIKEL BERKAITAN Terbaru jenama perkakas rumah CUCKOO telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert ulang tahun ke 8 CUCKOO Appreci8...
Program Latihan Untuk Siswazah Ambilan Oktober 2022

Program Latihan Untuk Siswazah Ambilan Oktober 2022

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 273 hits
Program Latihan Untuk Siswazah Yayasan Peneraju Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Sembilan Skills Development Centre dengan kerjasama Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia kini menawarkan lepasan Diploma dan Ijazah untuk menyertai Program L...
Selepas 7 Bulan Kihyun Monsta X Kembali Dengan Album Solo Kedua Oktober Ini

Selepas 7 Bulan Kihyun Monsta X Kembali Dengan Album Solo Kedua Oktober Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 226 hits
Kihyun MONSTA X bakal comeback dengan album solo keduanya tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Khabar gembira itu semestinya sudah disahkan oleh agensinya Starship Entertainment dengan menyatakan Ianya benar Kihyun sedang membuat persiapan bag...
Video Pimpinan Dprd Depok Injak Hingga Suruh Sopir Truk Push Up Dan Berguling Di Aspal

Video Pimpinan Dprd Depok Injak Hingga Suruh Sopir Truk Push Up Dan Berguling Di Aspal

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 228 hits
Anggota DPRD Depok Tajudin Tabri melakukan tindakan kekerasan terhadap sopir truk yang melintas di Jalan Krukut Kelurahan Limo Depok
Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalkan Budaya Pelajar Cemerlang Dalam Menjalani Kehidupan Dan Urusan Mencari Rezeki

Resepi White Macadamia Cake

Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

Data Analytics For Business Decisions

Nsfc Tekad Sekat Jdt Berita Harian

Liga Super Tfc Jinakkan Penang Fc 3 0